Guru berpolitik, aktif bisnes rugikan pelajar. Begitulah tajuk forum atau surat pembaca yang menamakan dirinya Guru Tua dari Baling Kedah. Beliau menyokong pandangan Suara Guru Sejati dari Kota Bharu, Kelantan dalam ruangan ini kelmarin yang kurang senang dengan pembabitan segelintir guru dalam politik.
Kepada Guru Tua dan Guru Sejati, tak berparti politik bukannya tidak berpolitik. Yang duduk diam sahaja tu pun tetap berpolitik. Sebenarnya di mana2 kita berada kita tetap berpolitik. Minta guru tua dan guru sejati , menuntut ilmu lebih terbuka dan lebih mendalam.
Sebagai pesara guru, saya setuju dengan pandangan beliau bahawa guru-guru terutama yang memegang jawatan tertentu dalam mana-mana parti politik akan mengorbankan sebahagian tugas hakikinya sebagai guru.
Walaupun ada pihak merasakan apa salahnya guru-guru aktif berpolitik seperti- mana yang dimainkan pada tahun 1950-an dan 1960-an tetapi situasi sekarang sudah jauh berbeza.
Dulu, tidak ramai orang Melayu yang mendapat pendidikan formal dan peranan guru ketika itu amat diperlukan menguatkan perjuangan parti tunjang orang Melayu iaitu UMNO.
Kini, keadaan telah berubah di mana peranan guru lebih diperlukan di sekolah dalam mendidik anak bangsa agar mereka menjadi manusia yang boleh dibanggakan.
Sepengetahuan saya, guru-guru yang aktif berpolitik baik dalam parti kerajaan atau pembangkang, 50 peratus dari masa dan tumpuan mereka akan mengarah kepada menjaga kepentingan mereka dalam politik.
Apa yang menyedihkan lagi, golongan ini biasanya akan menggunakan kedudukan mereka dalam politik untuk terlibat dalam bisnes terutama menjadi kontraktor secara senyap-senyap.
Tidak menghairankan jika dikatakan guru-guru yang aktif berpolitik akan kerap ‘hilang’ dari sekolah. Apabila ada acara penting parti, jumlah hari yang mereka ‘hilang’ dari sekolah akan bertambah. Yang ruginya adalah para pelajar mereka.
Seperkara lagi, guru-guru yang memegang jawatan penting politik akan menyebabkan kedudukan mereka begitu ‘kebal’ sehingga guru besar atau pengetua sekolah takut untuk menegur jika guru berkenaan kerap ponteng atau melakukan kesilapan.
Jika terlalu kerap menegur atau berkasar sangat, silap-silap haribulan pengetua itu pula kena bertukar sekolah atau dihantar ke sekolah luar bandar.
Sehubungan itu, saya menyokong pendapat Suara Guru Sejati agar Kementerian Pelajaran memberi perhatian serius perkara itu demi menjaga hak sesetengah pelajar yang mendapat guru aktif berpolitik.
No comments:
Post a Comment