Dengan membenarkan larangan PM, disokong atas sifat bagi melindungi 'pasukan kabinatnya' atau dalam lain perkataan sentiasa menyebelhi dan melindungi anak buah dalam melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan kepada tanggungjawab mereka.
Maka atas sifat sebagai PM beliau melarang keras katanya agar ...Menteri, timbalan dilarang terajui badan sukan. Namun jika dilihat alasannya takut dipersalahkan apabila sesuatu badan sukan itu merosot, maka betapa 'tak glokal'nya PM daripada Najib TPM yan glokal. Bertapa tak berminda dengan minda kelas pertama. Maka 'takut' kepada tanggungjawab, takut dipersalahkan, kesannya negara yang dipimpin oleh PM pun dalam berpentadbiran 'penakut' atas dasar arahan PM. Maka bayangkanlah dalam kita mahu melancar dan laksanakan WPI dan Koridor Utara, maka 'habihlah kita', maka PM akan beramal dengan amalannya , kembali terserlah.
Kita ingatkan Pm berseru supaya mereka ini menfokuskan atau menumpukan sepenuh tenaga dan fikiran dengan tugas atau amanah kemnterian bawah mereka. Maknanya mengutamakan kepentingan rakyat secara bersungguh2, namun melset dengan alasan 'sedeer' sangat kata orang Pahang. Oh PM ku.......
Kabinet hari ini mengambil keputusan melarang semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen daripada menyandang sebarang jawatan dalam badan-badan sukan.
Langkah ini, menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said, bertujuan menjaga imej mereka daripada dijadikan “kambing hitam” apabila pencapaian sukan yang diketuai mereka merosot.
“Pada umumnya, langkah ini bertujuan menjaga imej menteri, timbalan dan setiausaha parlimen. Ia tidak ada kena-mengena dengan pencapaian sukan-sukan tertentu sejak akhir-akhir ini.
“Selain itu, Kabinet mengambil keputusan itu untuk memastikan semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen dapat menumpukan seluruh perhatian mereka pada tugas masing-masing dan tidak terlalu dibebankan dengan masalah dalam persatuan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Bagaimanapun arahan itu tidak melibatkan menteri-menteri besar kerana, menurut Azalina, mereka tidak termasuk bawah bidang kuasa Kabinet.
Namun menteri, timbalan menteri atau setiausaha parlimen tidak dihalang menjadi penasihat atau penaung sesebuah badan sukan.
Arahan itu, menurutnya, berkuatkuasa serta-merta dan semua yang terbabit telah diarahkan agar meletakkan jawatan masing-masing bagi membolehkan pertubuhan yang mereka wakili mencari pengganti di kalangan yang sesuai dan berkebolehan.
Selama ini, katanya, banyak pertubuhan dan persatuan sukan menganggap bahawa jika mereka mempunyai ahli politik berjawatan seperti menteri, timbalan menteri atau setiausaha parlimen dalam barisan pemegang jawatan, mereka mempunyai kelebihan untuk mendapat peruntukan lebih tinggi daripada kerajaan.
“Ini adalah satu persepsi meleset. Peruntukan dan bantuan yang kerajaan beri biasanya tidak bergantung pada personaliti pemegang jawatan, tetapi atas pencapaian sukan terbabit. Oleh itu, arahan terbaru ini tidak akan mengubah kadar peruntukan dan bantuan yang akan diberikan kerajaan, lebih-lebih lagi kita akan memperkenal sistem “rating” tidak lama lagi.
“Melalui sistem ini, peruntukan dan bantuan diberikan bergantung keseluruhannya atas pencapaian sesuatu jenis sukan itu,” tambahnya.
Timbalannya Datuk Liow Tiong Lai sementara itu berkata semua pihak perlu melihat keputusan itu dari sudut positif, iaitu untuk menjaga imej pemegang jawatan dalam kerajaan.
“Orang ramai akan kerap menyalahkan golongan ini kalau sesuatu jenis sukan itu merosot pencapaiannya. Pada saya ini (arahan Kabinet) adalah satu perkembangan positif,” katanya.
Lima menteri ketika ini memegang jawatan dalam pertubuhan-pertubuhan sukan.
Mereka ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Fong Chan Onn (presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia), Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy (presiden Persatuan Ping Pong Malaysia), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Jamaludin Jarjis (presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia), Menteri Tenaga Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (naib presiden Persekutuan Wusyu Antarabangsa) dan Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Mansor (presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur dan presiden Persatuan Bolasepak Melayu).
Beberapa timbalan menteri juga memegang pelbagai jawatan dalam badan sukan termasuk Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Datuk Anifah Aman yang memegang jawatan naib presiden Persatuan Bolasepak Malaysia dan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zahid Hamidi (presiden Persatuan Bolasepak Perak).
Berikutan arahan itu, Tengku Adnan telah meletakkan kedua-dua jawatannya itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, menteri itu berkata beliau telah melepaskan kedua-dua jawatannya berkuatkuasa hari ini.
No comments:
Post a Comment