Apabila orang berniaga menolak dan mencadangkan mereka tidak mahu berniaga sehingga 24 jam sehari, maka alasan penolakkan dibuat sebulat suara dalam persatuan mereka dan mereka cadangkan cadangan tersebut kepada pihak kerajaan.
Gambaran ini , jelas walaupun mereka tahu mereka menanggung rugi, rugi berniaga tidak terjejas sangat daripada rasa mereka daripada rugi banyak perkara lain. Maka atas keperitan yang mereka rasai sendiri , maka kerajaan pula bingkas bangun dengan beri alasan kesian kepada orang bandar , tambah kerajaan akan sengarasara barang x sampai dihantar oleh lori kargo. Gitu jadinya...bila Operasi 7–10 ditolak -- Kerajaan tidak mahu menyulitkan pengguna, jejaskan ekonomi negara
Kerajaan hari ini menolak keputusan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang mahu semua pengusaha minyak termasuk di lebuh raya beroperasi antara pukul 7 pagi hingga 10 malam.
Kerajaan hari ini menolak keputusan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang mahu semua pengusaha minyak termasuk di lebuh raya beroperasi antara pukul 7 pagi hingga 10 malam.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S. Veerasingam berkata, pihaknya melihat keputusan itu bukan sahaja menyulitkan pengguna malah akan menjejaskan ekonomi negara.
Jejas ekonomi ditakuti daripada terjejas kualiti hidup, kesihata n rakyat, masa dan tenaga serta risiko kerugian dirompak, curi atau culik, maka keselamatan atau rasa selamat di kesampingkan?
Menurutnya, pengusaha terbabit harus sedar bahawa keputusan seumpama itu hanya akan menyebabkan kehidupan rakyat menjadi lebih sengsara kerana kemudahan mendapatkan keperluan paling asas telah dihadkan pada satu tempoh tertentu.
‘‘Ini bukan satu tindakan paling bijak untuk selesaikan masalah dan kementerian juga berpendapat ia merupakan satu langkah yang tidak boleh diterima sama sekali. Kita beri lesen kepada mereka untuk berniaga dan untuk memberi kemudahan kepada rakyat.
“Sebenarnya mereka tidak harus membuat keputusan seperti ini. Jika ada masalah mereka boleh berjumpa dengan pihak kementerian dan kita boleh berbincang. Jangan nanti ekonomi kita terjejas akibat tindakan tersebut,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas keputusan Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-34 PDAM hari ini yang meluluskan resolusi supaya operasi stesen minyak di seluruh negara termasuk di lebuh raya dihadkan kepada pukul 7 pagi hingga 10 malam.
Pemangku Presiden PDAM, Mejar (B) Wahid Bidin berkata, walaupun perwakilan mahu keputusan itu disegerakan, namun pihaknya menyasarkan ia akan dilaksanakan dalam tempoh dua bulan lagi.
Katanya, selain kos operasi yang semakin meningkat, pengusaha stesen juga terdedah kepada pelbagai ancaman termasuk dirompak, diculik dan disamun.
Persidangan itu turut meluluskan resolusi supaya Presiden PDAM, Alang Zari Ishak disingkirkan daripada jawatannya, caj penggunaan kad kredit yang sebelum ini ditanggung oleh pengusaha stesen minyak ditanggung sepenuhnya oleh pengguna dan khidmat pembantu di kawasan mengisi minyak dihentikan.
Mengulas lanjut, Veerasingam berkata, kebanyakan lori atau kenderaan berat yang membawa barang keperluan ke kawasan pedalaman sering mengisi minyak pada waktu malam.
‘‘Saya tidak dapat bayangkan jika operasi stesen minyak terutama di lebuh raya setakat pukul 10 malam. Pasti lori-lori ini tidak dapat menghantar barang keperluan kepada penduduk kampung.
‘‘Jika keadaan itu benar-benar berlaku, apa yang akan terjadi kepada orang kampung. Saya percaya mereka bakal mengalami kesusahan,’’ katanya lagi.
Dalam pada itu, Veerasingam berkata, pihak kementerian sedia menemui pengusaha terbabit bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah yang berlaku termasuk yang melibatkan isu keselamatan.
‘‘Kita sedia menemukan mereka dengan polis untuk mencari jalan terbaik bagi mengatasi isu ini. Kementerian serius untuk membantu mereka.
‘‘Mengenai keputusan mereka supaya caj penggunaan kad kredit dikenakan sepenuhnya ke atas pengguna, perkara itu perlu dibincang lebih lanjut dengan semua pihak terlibat termasuk Bank Negara sebelum sebarang keputusan dibuat,’’ tambahnya.
No comments:
Post a Comment