Sunday, July 22, 2007

Usah bazir wang sambut merdeka, beli helikopter baru segera




Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa membidas kerajaan kerana sanggup menangguhkan pembeliaan helikopter baru tiga tahun lagi sedangkan dalam masa yang sama sedia membelanjakan jutaan ringgit untuk sambutan kemerdekaan 31 Ogos depan.

Katanya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib jelas mengambarkan kerajaan tidak prihatin terhadap tahap keselamatan negara sehingga rela melihat ramai lagi pegawai atasan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) terkorban bila terus memandu helikopter Nuri yang dianggap 'keranda terbang' oleh setengah masyarakat.


"Kerajaan seolah-olah tidak tahu mengimbangkan yang mana lebih penting antara kelengkapan negara dengan keseronokan menyambut kemerdekaan negara. Kegilaan kerajaan merancang sambutan ke-50 sejak awal tahun pasti memakan belanja yang besar dan merugikan," ujarnya ketika berceramah di Kampung Guar Kepayang anjuran Majlis Tindakan Dun Sungai Dua semalam.


Sebelum itu, beliau menziarahi keluarga Allahyarhamah, Nor Intan Asykeen Mohd Arof di Taman Desa Murni.


Menurut Ustaz Nasharuddin, sepatutnya Dato' Seri Najib meletakan jawatan sebagai Menteri Pertahanan kerana gagal memastikan jentera berusia 39 tahun itu diganti bukanya memperkenalkan alat pengesan baru pada setiap pesawat lama untuk mengelak daripada gagal di kesan bila berlaku nahas udara.


Selepas berlaku sesuatu kejadian lazimnya jentera itu dihentikan sementara dan akan digunapakai semula bila ia diperbaiki.


"Jika macam ni cara kerajaan tangani masalah keselamatan susahlah sebab mereka asyik mementingkan keuntungan," tegasnya.


Kerajaan tidak pun mengambil masa yang lama untuk membeli jet peribadi Perdana Menteri walhal helikopter kegunaan TUDM amat penting diberikan keutamaan.


Justeru, rakyat kena bijak membuat pilihan kerana kebijaksaan boleh membantu menyelamatkan maruah negara yang sudah tergadai secara terhormat.


Berceramah sama dalam majlis berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman. - mns

No comments: