Bila mana Utusan Malaysia menjadi hakim, terhadap tindakan pihak sekolah membuang pelajar , istilah 'buang sekolah ' bagi mereka yang tidak mengetahui bererti buang terus tanpa bersekolah sampai bila-bila, dia akan hilang semua sekali. Makna hidup sudah tidak bermakna.
Sebenarnya undang-undang tidak begitu, pelajar ini bebas lepas boleh membuat rayuan dan insyallah akan diterima belajar ke sekolah lain pula. Biarlah dia seorang penjenayah ke, perogol ke, dan seumpama.
Tindakan atas kes berlaku tidak akan 'kasi pelajaran' kepada pelajar2 lain. Kekadang yang melawan guru inilah yang akan diangkat oleh golongan pelajar lain sebagai 'hero' atau 'pahlawan' bagi mereka. Malah bagi golongan ini akan jadi satu bualan atau bahan kebanggaan mereka dalam lipatan sejarah diri mereka.
Wahai, insan ibubapa yang berada diluar sana cuba fahami, jangan keterlaluan dalam menghukum. Belum reda kes ini, disensaikan seorang pelajar dicabul oleh guru di Kubang Pasu Kedah. Apa ni.....
Pelajar tingkatan lima yang didakwa mencekik dan menolak seorang guru sehingga hampir jatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya dikenakan tindakan dibuang sekolah.
Bapa pelajar terbabit, Nordin Narkam, 56, memberitahu surat buang sekolah atas alasan masalah disiplin itu diserahkan kepadanya sewaktu dia dipanggil ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kota Tinggi, hari ini.
Menurutnya, dia diberitahu tindakan buang sekolah ke atas anaknya itu diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pengetua serta pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Dia yang terkejut dengan tindakan serta-merta pihak sekolah, kecewa kerana hukuman ke atas anaknya diambil tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu.
Apatah lagi anaknya, Daud, 19, menafikan perbuatannya kelmarin bertujuan mencederakan guru tersebut sebaliknya merupakan satu tindakan spontan ekoran salah faham.
“Apa yang dikesalkan saya dipanggil ke sekolah hari ini semata-mata untuk diberi surat buang sekolah malah anak saya tidak diberi sebarang peluang untuk membela diri atau berbincang.
“Walaupun anak saya nakal, berilah peluang untuk rayuan. Lagipun tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata Nordin ketika ditemui di Kampung Makam di sini hari ini.
Nordin berpendapat tindakan pihak sekolah itu dibuat secara terburu-buru kerana dia dimaklumkan sebelum ini perkara tersebut tidak akan diperbesarkan sebaliknya diselesaikan di peringkat dalaman.
“Bagaimanapun, kira-kira pukul 5 petang semalam saya telah dihubungi polis meminta datang ke balai untuk memberi keterangan kerana guru terbabit telah terlebih dahulu membuat laporan,” katanya.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan kejadian seorang pelajar yang didakwa mencekik dan menolak jatuh seorang guru kerana enggan melakukan denda tekan tubi yang dikenakan terhadapnya serta dua lagi rakannya.
Dalam kejadian itu, guru wanita berkenaan pada mulanya memarahi sekumpulan sembilan pelajar yang membuat bising di dalam tandas sehingga mengganggu pembelajaran di kelasnya yang terletak berhampiran.
Mengimbas kejadian itu, Daud mendakwa dia enggan melakukan denda tekan tubi sewaktu diarahkan oleh guru wanita terbabit kerana lantai di kaki lima tempat mereka berada kotor dan basah ekoran limpahan air dari bilik tandas.
“Guru tersebut marah atas keengganan saya berbuat demikian lalu menarik tangan kiri saya sehingga terluka.
“Saya minta guru itu melepaskan tangan saya dengan berkata ‘sakit cikgu, tolong lepaskan tangan saya’ tetapi dia tidak mengendahkannya,” katanya yang turut menafikan menolak gurunya hingga hampir jatuh dari bangunan.
Sebaliknya dia mendakwa hanya menepis tangan gurunya kerana tidak tahan sakit akibat cengkaman tersebut tetapi secara tidak sengaja tangannya pula terkena leher guru terbabit.
Sementara itu Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan siasatan kes seorang guru perempuan yang dicekik pelajar di Kota Tinggi, Johor semalam akan dilaksanakan secara adil dan kini diserahkan kepada timbalannya, Datuk Noh Omar.
‘‘Jangan ada pihak yang teraniaya dan kita tidak mahu berkompromi dalam hal sebegini,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment