Saturday, July 28, 2007

Membaca tulisan dan bahasan penulis dalam rencana UM pada hari ini dalam soal didiplin pelajar masa kini, adalah satu lontaran yang 'memahami' soaln menajdikan anak-anak kita ke arah memanusiakan mereka.
Masyarakat janganlah kketerlaluan menakutkan dan memberi gambaran bahawa 'guru pendera, guru itu dan ini, janganlah kita hancurkan masa depan generasikan dengan meletakan label dan palftform bagi profesion ini begitu menakutkan. Tiada pihak terutama menteri yang bangun memaklumkan bahawa kes ini adalah kes terpencil, rasionallah dan merasionalkan masyarakat, jangan takutkan dan kita undang masalah ke arah ke hancuran masa depan genarasi kita ...... Lihat ulasan herhemah hari ini ......
Menilai pendekatan hukuman disiplin


KENAPA guru asyik dipersalahkan apabila mengambil tindakan fizikal memperbetulkan disiplin pelajar di bawah jagaan mereka? Tetapi apabila murid atau pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM atau STPM, berapa ibu bapa datang ke sekolah menghulurkan tangan dan mengucapkan tahniah atau terima kasih kepada guru?

Dalam bulan Julai ini sahaja, isu guru dan pelajar hangat dibicarakan. Masyarakat amat teruja mencari kesilapan dan salah laku guru terhadap pelajar. Biasanya pendedahan ini diwarnai dengan pandangan beremosi dan sebahagian bersifat negatif dan tidak menyumbang kepada kemajuan pendidikan negara.

Kerap kali apabila laporan masalah salah laku guru terhadap pelajar didedahkan, tanpa kita sedar moral golongan pendidik yang terlibat dan guru lain amnya turut terjejas.

Banyak pengajaran daripada isu pelajar perempuan Sekolah Menengah Bawang Assan, Sibu, Sarawak yang direndam di dalam kolam sekolah tersebut gara-gara tidak mengendah arahan jangan membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas asrama. Ada mesej tersurat dan tersirat dalam kaedah mendidik dan mendisiplinkan pelajar yang degil.

Apa pun tanggapan salah sebelum ini kepada guru asrama, Wee Yim Pien, ia membuka satu dimensi baru terhadap pendekatan yang wajar diambil ke atas pelajar bermasalah dan degil supaya patuh mengikuti disiplin sekolah.

Hakikatnya sekarang, guru juga patut diberi peluang menggunakan pendekatan tersendiri untuk mendisiplinkan anak-anak bangsa, asalkan ia tidak memudaratkan mental dan fizikal pelajar. Guru pun manusia biasa yang tahu mana yang baik dan yang tidak baik. Lantaran itu, tindakan guru mendisiplinkan usah diperlekehkan oleh masyarakat.

Kini kebanyakan ibu bapa menyedari betapa penting sokongan moral mereka kepada guru-guru yang berdedikasi mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang kreatif, berdaya saing dan berdisiplin.

Untuk berdepan dengan pelajar yang mempunyai seribu macam kerenah dan masalah disiplin, bukan mudah. Apatah lagi menyelesaikannya kecuali guru itu tabah dan berani menggunakan segala kemampuan dan kreativiti mereka.

Episod guru didakwa mendera pelajar sekolah tidak mungkin akan lenyap selepas ini. Apa yang dilakukan oleh Yim Pien mungkin menjadi ikutan guru atau guru asrama lain untuk mendisiplinkan pelajar.

Adakah para ibu bapa dan penjaga akan dapat menerima hukuman seumpama itu terhadap salah laku anak-anak mereka? Bagaimana jika hukuman seumpama ini diambil oleh guru, apakah Kementerian Pelajaran yang mengambil tindakan ke atas guru berkenaan?

Hakikat yang tidak dapat ditepis ialah peluang untuk guru dicemuh tetap ada. Ini kerana ibu bapa sekarang banyak yang sudah hilang rasa hormat terhadap profesion guru.

Mereka perlu sedar amat berat tanggungjawab seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan ratusan perangai pelajar. Sedangkan ibu bapa yang hanya melayan kerenah misalnya dua hingga enam orang anak pun sudah ‘angkat tangan’ daripada mendisiplinkan anak sendiri.

No comments: