Monday, July 16, 2007

Tempat Wudhu Zaman Islam hadhari



Saya amat terkejut! Sebagai sebuah organisasi milik GLC seperti Subang Jaya Medical Centre SJMC ( yang saya ketahui milik Sime Darby) tidak meletak sebarang keutamaan kepada keperluan asas umat Islam dalam SOP mereka. Sembahyang merupakan tiang agama dan Islam adalah agama Persekutuan. Kalau di Istana Buckingham, di sebuah Negara yang kelihatan amat anti Islam, Permaisuri Queen Elizabeth mengambil berat terhadap keperluan pekerja Islam yang tak berapa kerat, dengan mengadakan sebuah surau untuk menengakkan tiang agama. Berbeza dengan SJMC yang seharusnya menentukan keperluan ini diambil kira terlebih dahulu sebelum operasi dimulakan. Agaknya, ini merupakan amalan biasa orang Islam yang menjadi “ bos ”.. tidak langsung melihat keperluan tempat solat kepada orang Islam. Kita lihatlah Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang juga terpaksa membuat tempat wuduk sementara dalam tandas apabila MIHAS dilangsungkan..Marilah kita renung sebentar…apakah rupanya jika tempat wuduk di bawah tangga dan berkongsi antara lelaki dan perempuan.. Tidakkah kita malu kepada Allah jika kita tidak malu kepada kita sendiri yang tidak menghormati keperluan asas kita. Inilah merupakan kelemahan asas kita yang menjadikan orang bukan Islam juga boleh tumpang sekaki boleh memandang rendah kepada kepercayaan kita. Kalau perkara kecil seperti inipun terlepas daripada pandangan kita, maka apakah harapan kita untuk mengembalikan maruah kita di mata antarabangsa?

No comments: