Thursday, July 26, 2007

Guru Oh Guru !!!! Baikkah mu atau salah ertikah mereka ?



Antara berita elektronik dan akhbar cetak dalam UM dilaporkan ..Warden, ibu bapa bermaaf-maafan. Oklah tu, namun dalam Buliten TV3 semalam, diberitakan guru (warden) memohon maaaf atas kesilapannya.


Dari sudut ,, berita apalah sangat, dari segi kesan psikologinya, jika diperhalusi nampak jelas biasanya orang yang mohon maaf tu lah yang menjadi punca, justeru dialah yang memohon maaf. Maka jelaslah di sini guru tadi tampak mudahnya salah dan dipersalahkan, janganlah dibaca dari mana sudut niat apa yang mahu dilaporkan. Kesan jangka panjang berita tadi , akan masuk ke dalam minda rakyat, jelas guru sekarang cukup bermasalah dan wajarlah mereka dipersalahkan dalam menangai masalah disiplin pelajar.


Guru, jika bercakap banyak dan berungut banyak mestilah ditempelak ngapa pilih kerja itu. Teringat kata penulis dan M Thalinian dan pesanan Dato Murad Mohd Noor, menjadi legalah sedikit perasaan guru.


Menteri Pelajaran cuma dua tiga hari ini , nada dah berubah, berbanding dengan hari pertama, tampak Noh Omar lebih hebat dan kedepan daripada Menteri Pelajaran sendiri.



MAAF... Wee Yim Pien (dua dari kiri) memeluk salah seorang ibu pelajar yang dipaksanya berendam di dalam kolam minggu lalu pada perjumpaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan dekat Sibu, Sarawak, semalam.
KUCHING 25 Julai – Kes warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan dekat Sibu yang mengarahkan 200 pelajar wanita sekolah itu berendam dalam kolam diselesaikan secara baik hari ini selepas warden tersebut memohon maaf kepada ibu bapa para pelajar itu atas perbuatannya.
Warden wanita itu, Wee Yim Pien, memohon maaf kepada ibu bapa pelajar terbabit dalam satu pertemuan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan di Sibu pagi ini.
Shahsinshah Han, wakil khas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar yang turut menghadiri perjumpaan itu berkata, guru terbabit memohon maaf dan mengakui kesilapannya.
Ibu bapa dan wakil PIBG sekolah tersebut menerima permohonan maaf guru itu yang dibuat pada satu majlis perjumpaan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni.
‘‘Dengan permohonan maaf daripada guru itu, Kementerian Pelajaran menganggap kes ini sudah selesai,” kata Shahsinshah kepada pemberita.
Menurut beliau, Yim Pien menyatakan permohonan maaf itu dalam pertemuan kira-kira sejam yang diadakan secara tertutup dengan ibu bapa dan wakil PIBG sekolah berkenaan.
Yim Pien, para pelajar terlibat, guru-guru sekolah, penyiasat daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Shahsinshah dipertemukan untuk mencari penyelesaian berhubung kejadian itu.
Turut hadir ialah polis dan ketua-ketua masyarakat yang bertindak sebagai pemerhati untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati.

No comments: