Penyiasatan belum lagi dibuat tetapi Najib sewenang-wenangnya menyalahkan cuaca sebagai faktor penyebab kemalangan yang berlaku.
Kenapa?Berlaku juga kepada pemberita BERNAMA yang menyiarkan berita tentang kesesatan yang mereka alami ketika ingin mengunjungi lokasi NURI yang terhempas, sehinggakan mereka mengorbankan masa selama sehari untuk mencari jalan keluar. Kenapa perkara sebegini berlaku? Adalah bimbang rahsia terbongkar atau strategi kementerian pertahanan?
Kalau difikirkan secara logik, Helikopter akan menghadapi masalah dengan cuaca apabila kabus yang tebal menyukarkan penglihatan pemandu seperti yang berlaku pada 1997, dimana 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban dan ketika itu adalah jelas bahawa faktor kabus dan angin lintang menjadi punca kemalangan. Ini turut dibuktikan dengan pengalaman beberapa pilot tentera udara yang pernah melalui jalan udara yang sama.
Untuk pengetahun kita bersama, Kerajaan Malaysia telah membeli 40 pesawat Nuri atau dikenali sebagai Sikorsky S61 Sea King pada 1968 daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat.
Berikutan beberapa nahas udara, pada 3 Okt 2004 TUDM pernah bercadang menukar helikopter Nuri yang berharga antara RM76 juta dan RM95 juta sebuah dengan pesawat baru yang lebih moden dan setanding dengannya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).Bagaimanapun rancangan itu terpaksa ditunda pada tahun lepas dengan alasan “masalah kewangan dan keutamaan perbelanjaan lain”. Mungkin ‘perbelanjaan lain’ yang dimaksudkan adalah pembelian 2 buah kapal selam jenis Scorpene sebanyak RM4.78 billion, Pembelian pesawat 18 Sukhoi SU-30MKM yang bernilai RM3.4 billion dan juga tidak ketinggalan pembelian JET MEWAH PAK LAH bernilai RM200 juta.
Jika dikaji dari segi keperluan penggunaan adalah jelas NURI atau helikopter pengangkutan pelbagai guna adalah jauh lebih penting dari SCORPENE dan JET PERIBADI PERDANA MENTERI. Ini adalah kerana berdasarkan keperluan sekarang dan adanya alternatif lain.
Pada November 2006, Kementerian Pertahanan mengumumkan menandatangani kontrak bernilai RM55.8 juta dengan pusat penyelenggaraan pesawat udara tempatan Airod Sdn Bhd bagi menaik taraf pesawat itu dengan memasang sistem “Autohover” pada enam helikopter Nuri itu. Faktor ini tidak lah boleh dikaikan dengan membaik pulih sepenuhnya NURI melainkan pemasangan alat tambahan yang dipasang di dalam tempoh 30 bulan.
Wak tertarik dengan komen seorang pelayar web Tranung kite di dalam menceritakan tentang andaian beliau bahawa kemalangan Nuri mungkin berpunca dari beberapa faktor yang bukannya faktor usia pesawat. Ia lebih kepada soal membaik pulih serta alat ganti yang kerap bermasalah di dalam TUDM.
Berikut adalah kenyataan beliau: -Banyak orang memperkatakan tentang nahas pesawat tetapi tidak semua tahu tentang peraturan pesawat. Kita kaitkan nahas dengan faktor usia pesawat kerana faktor ini yang jelas.
Sebenarnya ia bukan begitu. Faktor usia bukanlah penyebab utama nahas sesebuah pesawat. Ini kerana setiap komponen pesawat yang kritikal ada diletakkan nyawa padanya. Definasi krikital di sini ialah jika ia rosak ia akan menyebabkan bencana pada pesawat itu. Pesawat-pesawat juga ditentukan mendapat rawatan berjadual.
Saya rasa jika dibandingkan jumlah rawatan berjadual pada pesawat, maka pesawat TUDM menjalani lebih rawatan dari pesawat awam. Tetapi mengapa pesawat TUDM kerap terhempas? Jawapannya begini.TUDM tidak pernah ada cukup komponen untuk diganti apabila rosak atau telah tamat hayatnya. Apa yang dilakukan ialah dengan memaksa Pegawai Kejuruteraan menandatangani apa yang dipanggil ‘RED LINE ENTRY”, ia itu membenarkan pesawat terbang walaupun komponen itu tamat hayatnya. Dan inilah yang menakibatkan bukan setakat tamat hayat pesawat tetapi dengan juruterbangnya sekali.
Satu lagi cara yang dibuat oleh TUDM ialah membogelkan sebuah pesawat yakni dengan merompak komponen-komponen dari sebuah pesawat sehingga bogel dan pasangkan pada pesawat lain supaya pesawat itu boleh terbang. Amalan inilah yang kita tidak tahu dan ianya berlaku. Ini adalah punca utama kemalangan dan tidak pernah diumumkan. Dan kita orang awan selalu menyalahkan pesawat lama.
Kerajaan Malaysia tidak mampu menyediakan alatganti yang cukup, bukan kerana tidak ada wang tetapi kerana kerajaan menganugerahkan bekalan alatganti ini pada pihak ketiga yang buat duit berjuta tetapi tidak membekalkan alatganti ini. Kerajaan kita memperjudikan nyawa anak bangsa dengan memperkayakan pihak ketiga.
Baru-baru ini timbul sedikit cerita dalam akhbar di mana seorang ahli politik dari Melaka mendapat kontrak membekalkan alatganti pesawat bergaduh dengan rakankongsinya dan akhirnya mereka gagal membekalkan barangganti. Baru kita tahuwujudnya konspirasi ini.Kenyataan penulis yang dikenali sebagai pang5nayan (Panglima Nayan) mungkin ada logiknya . Mengikut tulisan dan terma-terma yang digunakan, tidak mustahil penulis ada pengalaman di dalam Angkatan Tentera Udara. Oleh kerana itu, mungkin kita keliru di dalam mempersoalkan asbab sebenar kemalangan pesawat NURI ini.
Diatas beberapa sikap yang mencurigakan oleh TPM dan TUDM sendiri, maka perlulah penyiasatan yang dilakukan sekarang merangkumi juga soal kontrak membaik pulih, pembekalan alat ganti dan individu yang bertugas memastikan pesawat boleh digunakan sebelum ianya diterbangkan oleh pilot tentera.
Kita tidak akan diberitahu punca kemalangan selepas siasatan berlaku kerana kita tidak pernah bertanya dan ambil berat. Kita akan senyap apabila alasan CUACA digunakan dan sekiranya ada kebocoran maklumat penyiasatan, baru lah kita mempersoalkan. Ini adalah kerana kita tidak tahu dan tidak mempunyai ilmu di dalam bidang ini. Maka kerana itu, tidak mustahil perkara ini di diamkan.
Untuk tidak mau berdepan dengan masalah yang sama berulang kali, maka kita perlu tahu seberapa terperinci penyiasatan agar kita tahu siapa sebenarnya yang bertanggung jawab dan bersalah selain hanya menyalahkan cuaca di dalam apa jua kemalangan yang meragut nyawa.
Jika Faktor utama tidak didedahkan, pastinya kemalangan pesawat tidak akan berakhir meskipun kita sudah memiliki pesawat yang scanggih mana pun. Ini adalah kerana punca sebenar ditutup dan fokus dipesong ke faktor yang lain. Maklumlah, Rasuah kita sudah sampai tahap nazak dan dimana-mana pun ada rasuah.
No comments:
Post a Comment