Sunday, July 22, 2007

Mendedahkan Muslihat Jahat UMNO - SPR


Sebuah akhbar mingguan hari ini menyatakankan seramai 200,000 daripada 900,000 rakyat Kelantan yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga penghujung tahun lalu.Akhbar itu memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata, hanya kira-kira 700,000 rakyat di negeri itu berdaftar sebagai pemilih dan jumlah tersebut dianggap masih rendah.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang layak supaya mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka menggunakan hak untuk mengundi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Sesuatu yang merugikan jika kita tidak menggunakan hak yang diberikan oleh Perlembagaan untuk memilih kerajaan dalam sebuah negara demokrasi.

“Kita akan berusaha untuk mengadakan kempen bagi menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih, malah SPR telah melantik seramai 177 wakil parti politik dari seluruh negeri ini sebagai ejen pendaftar,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih peringkat negeri Kelantan di Pantai Irama di sini hari ini.

Gerakan tersebut diadakan bagi menggalakkan lebih ramai warganegara yang berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih.

Wan Ahmad berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, seramai 15.1 juta rakyat di negara ini layak menjadi pemilih tetapi hanya 10.2 juta yang mendaftar.

“Berdasarkan kajian yang dibuat oleh badan profesional, sebanyak 60 peratus daripada mereka yang tidak mendaftar pemilih adalah golongan belia yang berusia di antara 21 sehingga 35 tahun,” katanya.Menurutnya, kebanyakan alasan yang diberikan oleh golongan terbabit adalah bersifat peribadi seperti sibuk, tidak ada masa dan malas.

Beliau menegaskan, parti politik perlu memainkan peranan untuk menarik lebih ramai rakyat yang berkelayakan mendaftar sebagai pemilih.
ULASAN TKO
Kami memandang isu ini serius dan terus terang kami menyatakan bahawa terdapat muslihat tertentu dengan kenyataan SPR tersebut - iaitu lebih kepada untuk menjustifikasikan nanti penambahan "nama-nama pemilih baru" sekitar angka 200,000 orang.Adalah terlalu janggal untuk SPR hanya mengumumkan angka untuk hanya di Kelantan tetapi tidak di negeri-negeri lain. Sekalipun benar jika wujud angka 200,000 pemilih tidak berdaftar di Kelantan sekalipun, ia sebenarnya mendedahkan "kelemahan" SPR sendiri di dalam usaha mereka untuk mendaftarkan pemilih-pemili selama ini. Menepuk air di dulang terpercik di muka sendiri.
Yang berlaku selama ini SPR menjadi kuda tunggangan kepada parti pemerintah dengan segala tipu helah dan muslihat dari pemetaan semula kawasan undangan negeri dan parlimen sehinggalah kepada pembenaran wujudnya phantom voters (pengundi hantu) di dalam daftar pemilih.Setiap usaha yang tidak adil dan tidak telus serta menzalimi parti-parti pembangkang, SPR perlu bertanggungjawab di atas tindakan mereka itu dan sekalian rakyat Malaysia berhak untuk mempersoalkan tindakan SPR yang tidak bertanggungjwab itu.

No comments: