Friday, May 25, 2007

Seni politik dan berpolitik , tidak ada dalam buku. Malah tidak boleh dipelajari melalui institusi. Begitu juga jika kita mahu ambil tahu dan campurtangan dalam hal ehwal parti politik. Terkini ulasan Malayasiakini dengan 'pergolakan kecil' dalam PKR yang kini dalam proses pemilihan sebagaimana biasa agenda rutin bagi sebuah institusi politik. Anatara ulasan sahabat kita .......
Apa nak jadi dengan PKR kita sibuk hadapi Pilihanraya, PKR sibuk bertelagah sesama sendiri nak rebut jawatan.
Ikuti laporan Malaysiakini di bawah :-Datuk Nalla keluar PKRKecewa dengan apa yang berlaku, Datuk S Nallakaruppan hari ini mengesahkan beliau akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat ini, bersama-sama sekumpulan pemimpin India dalam parti pembangkang itu. “Cukuplah…!” kata ahli perniagaan yang berusia 61 tahun itu kepada malaysiakini. “Sudah lama saya dipermainkan.” Menurutnya, beliau sudah dua kali dipermainkan oleh “kawan karibnya” Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga penasihat PKR, selepas memberi jaminan bahawa beliau (Nalla) akan diberi peranan penting dalam parti itu. “Kali pertama Anwar memberitahu saya patut bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok. Tetapi pada saat-saat akhir, beliau meminta saya menarik diri dan memberi kerusi itu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. “Saya marah kerana sehingga saat-saat akhir pun, beliau masih lagi mahu saya bertanding tetapi saya (kemudiannya) bersetuju dengan keputusannya (supaya tidak bertanding) dan memberitahu akan melakukan apa sahaja untuk membantu Khalid memenangi kerusi tersebut,” katanya. Pada pilihanraya kecil Ijok pada 28 April lalu, Khalid tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, K Parthiban. Diminta tarik diri Nallakaruppan berkata beliau sekali lagi ‘dipermainkan” berhubung dengan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada 25 Mei depan. Beliau yang diajak oleh Anwar menyertai PKR Ogos lalu untuk menarik sokongan masyarakat India berkata, beliau kecewa apabila Anwar menelefonnya Jumaat lalu dan memintanya menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden. “Alasannya ialah penyandang bagi tiga jawatan naib presiden itu telahpun ditentukan dan beliau tidak mahu ianya terganggu,” kata Nallakarupan yang juga ketua PKR bahagian Kepong. Nallakaruppan berkata, dengan hati yang berat beliau menyetujui permintaan Anwar itu walaupun beliau memperolehi pencalonan kedua tertinggi bagi bertanding jawatan tersebut. “Saya memberitahunya yang saya kecwa. Malah, sebelum dicalonkan untuk bertanding jawatan tersebut, saya telah bertanya pendapatnya dan beliau berkata okay untuk saya bertanding, dan berkata beliau tiada halangan. “Sekarang beliau memutuskan saya tidak perlu bertanding kerana ia akan menjejaskan senarai penyandang yang sudah ditetapkan itu. Demokrasi apakah yang sering laungkan dalam parti itu?” soalnya. Nallakaruppan berkata, beliau telah menyatakan kekecewaannya itu kepada Anwar dan memberitahunya beliau merasa “dikhianati” oleh seorang kawan yang dikenali sejak 30 yang lalu. “Saya memberitahu yang beliau telah mempermainkan saya tetapi saya tidak menghentak telefon,” tambahnya. Beliau merujuk kepada laporan akhbar the Star hari ini yang mendakwa beliau menghentak telefon apabila bekas timbalan perdana menteri itu memintanya menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden. Nallakarupan juga mendedahkan yang beliau menolak tawaran Anwar untuk dilantik sebagai naib presiden selepas pemilihan parti hujung minggu ini. “Saya tidak lagi percaya beliau akan mengotai kata-katanya itu. Lagi pula, saya tidak mahu jawatan lantikan. Pokoknya, mengapa halang saya daripada bertanding?” soalnya. Langkah seterusnya? Nallakaruppan, yang pernah menjadi rakan permainan tenis Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri berkata, beliau akan memanggil sidang akhbar Jumaat ini untuk mengumumkan keputusannya keluar daripada PKR dan sebab-sebab beliau berbuat demikian. “Ia bukan reaksi tindak balas saya. Saya sepatutnya menumpukan kepada perniagaan saya tetapi telah dibawa masuk parti ini oleh Anwar. Ketika itu, beliau meminta saya memainkan peranan aktif dalam usaha menambah ahli daripada kalangan masyarakat India, dan saya telah lakukan. “Tetapi apabila saya mahu bertanding salah satu jawatan tinggi parti, saya tidak diterima,” tambahnya. Ditanya mengenai langkah beliau seterusnya, Nallakarupan berkata, beliau akan kekal aktif dalam politik tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya. “Saya akan kekal aktif dalam politik. Saya mahu membantu masyarakat dan apa juga yang saya boleh sumbangkan, saya akan lakukannya. Tunggulah Jumaat ini dan saya akan dedahkan semuanya,” kata beliau. Beberapa pemimpin India dalam PKR di peringkat negeri telah menyuarat hasrat mereka untuk meninggalkan parti itu bersama dengan Nallakaruppan. Sesetengah daripada mereka, termasuk pemimpin utama akar umbi, telah menyertai parti itu sejak penubuhannya pada 1999. Satu lagi kumpulan pemimpin India dalam PKR mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menyatakan taat setia mereka kepada parti dan menafikan laporan berlaku perpecahan di kalangan ahli kaum India. 30 calon AMK tarik diri bantah campurtangan Anwar Lebih 30 calon menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jumaat ini kerana membantah campurtangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha AMK, SD Johari Yassin berkata, campurtangan Anwar adalah satu amalan yang tidak sihat dalam sistem demokrasi. “Saya menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan ketua AMK walaupun mendapat pencalonan tertinggi (42),”katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini. Hadir sama ialah Ketua Penerangan AMK, Latheefa Koya dan Timbalan Ketua Penerangan AMK, Amirudin Shari. Sidang media tersebut diadakan bagi mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan AMK di Seremban, Jumaat ini. Selain Johari, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman yang mendapat 37 pencalonan dan tertinggi untuk jawatan naib ketua AMK, turut menarik diri. Johari berkata, beliau sudah menghantar mesej yang jelas kepada pihak atasan supaya jangan masuk campur dalam urusan pemilihan parti. ‘Sahabat Ezam’ Beliau juga berkata, Anwar bersikap prejudis terhadapnya walaupun beliau banyak berkorban untuk parti selama lebih dari lapan tahun. Johari mendakwa, Anwar tidak senang dengannya kerana beliau terlalu rapat dengan bekas ketua AMK, Ezam Mohd Noor dan tindakannya mengkritik bekas timbalan perdana menteri itu semasa kempen pilihanraya kecil Ijok baru-baru ini. Dalam pemilihan parti, katanya, para perwakilan harus diberikan kebebasan sepenuhnya tanpa campur tangan pihak atasan termasuk penasihat parti. "Saya kecewa dengan campurtangan Anwar dalam pemilihan AMK yang sepatutnya diputuskan oleh para pewakilan daripada 82 bahagian AMK di seluruh negara,” katanya. Bila ditanya mengenai penafian Anwar campurtangan dalam pemilihan parti, Johari berkata “sesiapa sahaja boleh mengatakan apa-apa dan kemudian menafikannya”. “Saya mempunyai bukti mengenai hal itu dan bukannya mengatakan sebarangan berdasarkan khabar angin,” katanya lagi. Sejumlah 828 perwakilan dari 92 bahagian dan 300 pemerhati dijangka menghadiri kongres nasional PKR di Dewan Sekolah Menengah Chung Hwa, Seremban.
Intipati atau kehendak isi penulisan penulis di atas, mahu PKR menfokuskan agenda mahu PKR tumpukan kepada pilihannraya. Penulisan di atas mestilah belajar daripada sejarah, bagaimana asas pembinaan bagi sesebuah parti politik di dunia.
Apa pun adalah tidak adil ulasan jika kita mahu sebagaimana yang ada dalam fikiran kita dipraktikkan oleh pihak PKR. Pandangan kita, adalah pandangan luaran, mana2 parti politik perlu dan wajib lalui prosrs jatuh bangun dan pendokongnya perlu kuat bagi membawa visi dan misi oragnisasi masing2. PKR teruskan .......

No comments: