Friday, May 25, 2007

Lihat Ni...Pemberitaan Berita UM

Sememangnya negara kita merdeka dan mahu menyambut merdeka bawah Program TMM 2007. Bagi pemimpin2 Malaysia mereka mahu mengurus negara hatta melibatkan pihak2 luar langsung tidak bersikap profesional. Mereka mahu buat macam yang mereka nak buat. Mereka sepatut nya terbuka mindanya.
Pokoknya, perjanjian yang mereka tandatangani mereka mahu langgari. adakah masa tandatngan mereka tak baca. Dalam hal AFC dan jemput kelab bolasepak EPL -MU ke Malaysia, sudah jelas status perjanjian yang mereka ikrarkan. Mana pelarasan kerja satu kementerian dengan kementerian lain. Betapa tidak cermat, beralah ke tarikh lain jauh sekali aibnya, sebab bagi Malaysia negara mereka, jika mahu dicari salah tentulah kita yang salah. Janji dan ikrar tidak betul, bukan masalah penghinaan bagai yang dilaporkan seperti tajuk akhbar di bawah...cuba saudara amati berita di bawah, dari sudut pemberitaannya adalah sekadar meraih simpati pembaca atau rakyat bagi menyokong mereka, yang salah adalah AFC, kerana tidak memberi laluan dan terlalu berpegang dengan perjanjian. bagi mereka perjanjian perlu dipersetankan, macam uruskan hal-hal kampungan bukan, di ambil uruskan negara. Mereka mahu semua orang ikut dia dalam semua situasi, walaupun dengan membelkangkan apa-apa yang dimaktub atau termaktub antaranya.
Keengganan Hammam penghinaan besar

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Presiden Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Mohamed Hammam membuat satu penghinaan yang besar terhadap kerajaan Malaysia sekiranya enggan membenarkan Manchester United beraksi pada 27 Julai ini.
Katanya, jutawan Qatar itu tidak wajar berbuat begitu dan menolak permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said serta ramai peminat Manchester United di Malaysia sedangkan negara ini yang menempatkan ibu pejabat AFC dan sentiasa menjadi penyokong kuatnya dan bola sepak Asia amnya.

‘‘Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) juga telah menegaskan pendirian kerajaan bahawa kedatangan Manchester United merupakan satu acara penting dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007. Jika Hammam enggan memenuhi permintaan ini, ia satu penghinaan besar terhadap kerajaan Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan akhbar di sini, semalam, Khairy menambah: “Soalnya sekarang ialah bukan mengenai kesahihan perlawanan Manchester United dari segi undang-undang tetapi berkenaan kewajaran AFC dalam menolak permintaan Malaysia menganjurkan satu acara penting sempena TMM 2007.”

Tegasnya, tiada siapa pun yang mempertikaikan hak undang-undang AFC dalam menghalang Manchester United diadakan di Malaysia pada tarikh itu memandangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menandatangani kontrak dengan AFC sebagai salah sebuah negara tuan rumah Piala Asia dari 7 hingga 29 Julai ini.

No comments: