Thursday, May 24, 2007

Lazimnya atau lumrah alam, musuh biasanya tidak akan menganggapkan lawannya baik, atau sebaliknya. Begitu juga dalam kes ini, jika kita rujuk kepada apa yang BN sedang jalankan agenda adalah dengan melanyak' ke atas parti seterunya. Lanyakkan itu, sebenarnya tidak wajar kerana ibarat orang yang diikat tangan kebelakang lalu dupukul dan dilanyak. Sebagai contoh pihak dilanyak tidak dijalurlebarkan medannya bagi memaklumatkan masyarakat terbanyak, haknya dinafikan.

Justeru , bagi pihak yang disasarkan serangan, adalah menjadi hak dan kewajiban untuk mempertahankan atau membela apa yang perlu dibelai. Justeru ikuti penjelasan Kerajaan Kelantan. Di katakan kerajaan Kelantan menafikan penglibatan syarikat dari Singapura dalam isu pembalakan di Tanah Tinggi Lojing tetapi mengakui seorang individu dari negara itu menjadi rakan kongsi kepada Syarikat All Green Agritech Sdn Berhad yang dibenar menjalankan kerja-kerja di kawasan itu.

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan, Anual Bakri Haron berkata syarikat terbabit bagaimanapun syarikat tempatan, tidak sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada syarikat dari Singapura menjalankan kerja-kerja penebangan balak di kawasan itu.

"Kerajaan negeri terkilan dengan pihak tertentu yang berterusan mengaitkan syarikat dari Singapura terlibat dengan pembalakan di kawasan itu kerana fakta tersebut tidak benar," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.Beliau membuat kenyataan itu bagi menafikan dakwaan Naib Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin baru-baru ini berhubung penglibatan tiga syarikat dari Singapura di kawasan Tanah Tinggi Lojing.

Khairy, Ahad lepas berkata kerajaan negeri telah menyerahkan kepada tiga syarikat dari Singapura menjalankan kerja-kerja di kawasan itu menyebabkan berlaku penggondolan teruk di kawasan tanah tinggi itu. Anual Bakri berkata perkara itu tidak berbangkit kerana penglibatan individu terbabit di dalam syarikat tempatan yang sememangnya dibenarkan memajukan tanah di kawasan itu.

Beliau berkata dua syarikat yang terlibat dengan kerja-kerja di tanah tinggi itu ialah All Green Agritech Sdn Berhad dan Jasa Benar Timber yang telah didaftarkan pada 1993.
Katanya kerajaan negeri telah membekukan segala aktiviti penebangan hutan (kayu balak) di kawasan pembanguan Lojing sejak Mei tahun lepas.
Tiga lesen yang terlibat dengan pembalakan di kawasan tanah kerajaan dan sembilan lesen beroperasi di kawasan tanah hak milik juga telah dibekukan kerajaan.

"Kerajaan negeri telah menerima permohonan daripada syarikat All Green Agritech Sdn Berhad iaitu sebuah syarikat pemaju dalam bidang pertanian supaya dibenar melakukan aktiviti penebangan balak di kawasan tapak projek pertanian syarikat itu bagi membolehkan penyediakan tapak projek dilaksanakan," katanya.

No comments: