Sunday, May 27, 2007

Selamat Bermuktamar di Putik , Kelantan

Perlukah Timbalan Presiden PAS yang umpama Ibnu al Khattab?
Seorang rakan blogger http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/) menulis di dalam blognya di bawah tajuk: ................Kalau Ibnu al Khattab menjadi Timbalan Presiden PAS.........................
Untuk menghuraikan hujahnya beliau menulis:Melihat keadaan PAS sekarang, PAS perlu kepada seorang tokoh yang mempunyai ketegasan dan keberanian menyatakan pandangan untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden.Ini adalah kerana, PAS kini sering di perkotak-katikkan oleh sebilangan mereka yang BERALIRAN KIRI disamping sering DIKEMUDIANKAN pandangannya oleh GOLONGAN PAKATAN.Maka dengan demikian, pada pandanganku, dipermilihan ini, PAS memerlukan seorang Timbalan Presiden yang mempunyai ciri-ciri seperti Omar bin Al-Khattab atau seiras-iras Omar agar PAS ini bukan sekadar di pandang kuat, tetapi sememangnya mempunyai kekuatan.
Ini adalah pandangan sahabat yang sentiasa mahu baik, niat hatinya biar ia lihat dan mahu PAS dilihat kuat. Maka ukuran kuat atau tidak kuat adalah bersifat subjektif, 'kegahan, kehebatan' itu kita kena ingat adalah anugerah ALlah jika para pendokong, daei itu telah memenuhi kreteria sebagai seorang pejuang. Kalau kita berusaha dan bentuk sekali kekadang kita tidak mahu jadi 'pejuang' yang diacuankan, kita mahu lahirkan pejuang tulen. Hubungan pejuang atau calon2 atau bakal2 pejuang itu mestilah 'sentiasa memelihara hubungan dengan Allah'.
Kita , orang yang luar ini bersikap atau bersifat mahukan sesuatu yang baik, itu adalah lumrah, kita tidak beoleh menyanggah semua pandangan dalam satu masa dan menerima semua pandangan satu masa juga. Para pendokong dan merreka yang mendokogi pejuangan akan lebih faham, ia penuh dengan mehnah dan tribulasi sebagai ujian, tapisan dan ujian itu adalah sebagai saringan ujian bagi janji syurga Allah.
Perwakilan ke muktamar selamat bersidang, buat pilihan bijak..............

No comments: