Meneliti tulisan Azizah Rahmad Shah Alam dalam ruang Forum UM ...Orang Melayu terlalu berlembut . Bila diamat sekali lalu ada betul dengan apa pandangan , bila diamati kali kedua dengan cara berfikir, mula dipersoalkan , Namun kita ikuti dulu tulisan beliau.
Kata beliau, Baru-baru ini orang Melayu dikejutkan dengan kenyataan menghina oleh Tony Pua di Malaysiakini bahawa penjawat awam hanya terdiri daripada orang Melayu mengalami masalah pengangguran.Ada beberapa hikmah yang orang Melayu perlu sedar dan insafi daripada kenyataan beliau itu sama ada yang tersurat apa lagi yang tersirat.
Pertamanya, bagi Tony Pua dan DAP, jawatan awam tidak penting dan wujud hanya sebagai memberi tempat dan peluang pekerjaan kepada orang Melayu. Tetapi beliau mesti akur bahawa jika kerajaan sendiri tidak mengambil graduan bumiputera mahukah sektor swasta mengambil graduan bumiputera dengan ikhlas dan memberi peluang yang sama rata? Ini termasuk dari segala aspek antaranya kenaikan gaji dan pangkat dalam jangka masa yang panjang.
Ulasan dan kupasan di atas adalah benar dan logik. Tulisan Tony Pua sekurang2 kita tahu apa pandangan bangsa lain terhadap kita. Sekuang2 beliau sudah menzahirkan secara terbuka. Cara terbuka ini adalah lebih baik baik. Seperti biasa reaksi keras, pihak yang bertindak membela, nah ruang dan kesempatan biasanya akan dimanfaatkan oleh ahli-ahli politik, kerana ini adalah modal yang perlu digarap sebaik mungkin.
Jika kita lihat Tony Pua bersikap begitu, tentulah kewajarannya dah difikirkan. banyak lagi 'bukan' sekadar kata2 penghinaan, praktikal sudah sampai tahap penghambaan ke atas bangsa dibuat oleh puak2 'taukeh' tak kira Melayu atau bukan Melayu. Dalam sektor pekerjaan swasta yang majoritinya adalah bukan Melayu , nah maka ketidakadilan kepada bangsa tertentu adalah lebih ketara. penulis pernah melalui pengalaman semasa bekerja dalam sektor swasta. Demi kebanyakkan para pekerja adalah lebih hina jika tidak bekerja daripada dihina semasa bekerja, malah mereka yang bekerja di sektor tersebut bukan tidak terfikir. Justeru ke mana mereka mahu adu, kekadang aduan tinggal aduan, sebaliknya mereka terus dicemuh . nak tak nak kekallah mereka dan redhalah mereka dengan situasi itu.
Kita mahu orang yang menulis, tidak sekadar menulis sebagai bahan berita, bahan kecaman dan bahan rasa tidakpuashati. Kita mahu ia sama-sama memperbetulkannya. Caranya yang mudah lantik dan pilih bapa atau kerajaan lain yang sanggup bertindak membela. jangan kekal dalam hegemoni kerajaan BN yang seolah-olah sukar ditolak atau mahu ditumbangkan. Beri pelaung dan kesempatan , lihat kemampuan dan cara mereka tangani masalah ini pula.
Tulisan berbaur hasutan bersifat perkauman....
Kita mahu lihat kesan sebenarnya adakah orang Melayu mendapat peluang dalam syarikat gergasi Cina di Malaysia.Sekatan untuk bumiputera dalam firma gergasi Cina ini mungkin tidak tertulis dalam hitam dan putih atau dasar syarikat mereka tetapi kita cuba lihat dalam realiti sebenarnya, siapa yang diberi peluang berurusan dengan mereka? Perlukan graduan yang hendak bekerja dengan sesetengah firma Cina fasih berbahasa Mandarin?Keduanya, Tony Pua menuduh pula Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memutarbelitkan kenyataannya. Betapa mudahnya beliau cuba lari daripada isu asas. Beliau ingin menukar arah kenyataan ini supaya Khairy pula yang menjadi sasaran.
Ketiganya, hikmah tersirat dari kenyataan Tony Pua ini adalah satu wake up call bagi semua orang Melayu betapa pentingnya kita semua bersatu demi masa depan masyarakat Melayu. Orang Melayu dulu tidak buat pepatah ‘bersatu teguh bercerai roboh’, ‘seperti aur dengan tebing’ dengan sia-sia sahaja.
Orang Melayu dan Islam walau apa pun pegangan politik mereka mesti dengan serius mementingkan dan memikirkan nasib bangsa untuk tempoh akan datang dan bertindak dengan bijak sekarang ini. Kita mesti bersatu untuk sama-sama membetulkan apa yang boleh mengganggu- gugat survival bangsa Melayu.
Kita telah terlalu banyak berlembut dan bertolak ansur demi keharmonian sebagai rakyat dalam masyarakat berbilang kaum dan agama tetapi ini tidak bermakna mereka boleh ‘memijak’ kepala kita.Hanya dengan ‘kesatuan kita’, kita boleh menguatkan bangsa, seiring dan boleh maju seperti mereka.
Nah, Tok Guru berkata maka tidak cerdikkah tuhan dengan membuat Melayu Cina India Siam. Apa sebenar masyarakat majmuk, adakah tuhan suruh kita berkelahi. Apakah bumi Malaysia ini untuk melayu sahaja. jangan lah kita beretorik, bangsa yang tebal dengan assabiyyah kaum tidak akan kekal, akan runtuh jika yang dibela dan dibajai itu adalah bangsa. Allah suruh umatnya memerlihara agamanya, suruh faham memahami suku-suku dan bangsa2 yang dibuatnya. Nah... baliklah kita ke pangkal jalan... perjuangan dan berjuang untuk bangsa tiada kesudahan. Lihat sahaja bangsa Turki yang hebat, negara sekular nya hampir bungkus, Lihat Rusia yang berbangga dengan ajaran dan fahaman komunismenya pecah dan hancur. Tunggu pula perpecahan AA pula... kita guana
4 comments:
"wahai umat manusia!Sesungguhnya kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berkenal-kenalan... sesungguhnya semulia2 kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu."Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13.
Apa yang Pua cakap itu bukanya bersifat perkauman ataupun menghina Melayu. Tetapi itulah realitinya. jangan terlalu berfikiran sempit. kalau orang melayu yang cakap pula bagaimana? hidup berpuak2 ni tak ada dah pada zaman sekarang. itu zaman dulu kala. swasta mementingkan keuntungan untuk nak bayar dividan pemegang saham. ramai juga melayu yang bekerja dalam swasta yg memegang jawatan tinggi. bangun la brother jgn mimpi disiang hari.
I think the writer still think like a kampong boy. In this world , nonbody can help you but to help yourself. In this world noby is declaring war with Malay bro. But what Tony said is correct even until this stage... Face it, private sector needs good and high productive staff to get the company going, that's the objective to setup a company, very true that in the private sector, demand from emplyer is high, working pressure is high and challenging, only those can "tahan" only survive. sorry to say that most of the time, the younger generation Malay were not prepared to face it, hence, most of them quit thier job half way. It is good that you should read the bokk called To Digress A Little by Syed Akbar Ali, you can find it in major bookstall. Bro...globalisation...think about it,,,globalisation..look at China, Indonesia and India, you will sweat by seeing how they progress..I predict, won't be too long, our children will work in Indonesia..Remember...in Indonesia..everybody is Indonesian...Wish you well...
The writer is very short-sighted and narrow-minded, and failed to look at the bigger picture. The bigger picture that the non-bumis have long ago saw and expect what is coming our way. My dear Malay brothers and sisters, your Indian and Chinese friends are not your enemies, GLOBALISATION IS. Gees, why can't you see it and how to make you understand?????
Kalau dah terima hakikat bahawa kata-kata Tony Pua adalah ' WAKE UP CALL'utk orang2 Melayu, maksudnya the writer sudah terima juga hakikat bahawa majority masyarakat Melayu sesungguhnya masih lagi tidur.
Don't blame others that the Malays are not given any opportunity. You were given every opportunities that the government can think of since you are borned, in school, in university, when you look for work, and the help goes on until you leave this planet. Because of that you become complacent, lazy, lack of confidence and incompetent. This is the very attitude that is holding back your race. Even the chinese will be like that if they are in your shoe, trust me.
Yes, the chinese were given the opportunities by the British to work in the tin mines. But what happened after that?? They treasure the opportunities and work, not double but triple hard, and many are successful now, and please don't be jealous of them, but learn from them.
Draw a lesson from Proton my fellow Malay brothers. Given the govt protection since 20 yrs ago, instead of working double hard to catch up quickly, they relax, lepak and rempit. Now, they are slowly bleeding to death being killed by "GLOBALISATION". Proton's slow demise is not caused by the non-bumis, it should be clear to you now right?
So now you understand? Tony Pua is actually giving you a good advice, my dear Malay friends. You should thank him and not asking him to appologise.
Post a Comment