Monday, May 28, 2007

Pemimpin bagaimana mahu kita jaga !!!!!

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, membangkitkan isu kerajaan bertindak terhadap wujudnya 'web lucah buatan temapatan' . Manakala Harian Metro semalam ' membawa isu ' penyebaran web blog ajaran sesat , antaranya ajaran Kahar Ahmad di Selangor yang mengaku sebagai nabi.
Bagi Lee Lam Thya (bukan Islam dan bukan Melayu) mahukan atau menggesa kerajaan dan agensi berkaitan berhati-hati dan membuat pemantauan segera untuk membanteras kewujudan laman web lucah ‘buatan tempatan’ bagi menyekat sebarang sumber boleh menyumbang kepada gejala sosial di negara ini.

“Saya mencadangkan agensi berkaitan berusaha sedaya upaya menghalang kemunculan laman web lucah buatan Malaysia ini kerana ia akan menyumbang gejala sosial.“Saya juga minta kerajaan dan agensi terbabit berhati-hati dan memantau ketat laman web lucah ini. Ini kerana jika web lucah ini ‘dilesenkan’ ia satu tamparan hebat kepada usaha kita mencegah jenayah di negara ini,” katanya, yang menghubungi pejabat Harian Metro, semalam.Beliau berkata, pihaknya amat bimbang jika web lucah ‘dilesenkan’ ia akan mudah diakses sesiapa saja dan di mana-mana tanpa sekatan.“Saya terkejut dengan pendedahan pembaca Metro Ahad bahawa dia mempunyai bukti menunjukkan laman web itu adalah laman web tempatan yang menggunakan protokol Internet (IP) tempatan dan pendaftaran domain .com.my“Pembaca itu mempersoalkan bagaimana perkara seperti itu boleh berlaku dan terlepas daripada kawalan pihak berkenaan. Justeru, saya harap agensi terbabit bertindak segera untuk mengesan siapa di sebalik perkara ini,” katanya yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (NIOSH).Metro Ahad semalam melaporkan kemungkinan wujudnya lam web lucah buatan Malaysia yang menggunakan IP tempatan dan alamat Internetnya .my atau secara teknikal disebut domain.Ini kerana laman satu laman web dikesan mempunyai ciri seperti itu dikesan ‘terlepas’ ke ruang siber dan terang-terangan menggunakan perkataan lucah sebagai alamatnya yang mengandungi lebih 100,000 cerita lucah serta ratusan gambar dan filem lucah yang hanya boleh diakses jika melanggannya dengan bayaran tertentu.
Aktivis masyarakat itu berkata, jika kewujudan laman web sedemikian memberi implikasi luas dan pihaknya mengalu-alukan lebih ramai individu tampil mendedahkan perkara itu untuk tindakan pihak berkuasa.Katanya sebelum ini, laporan mengenai kewujudan laman web lucah membabitkan pengendali yang menggunakan IP luar negara sekali gus sukar untuk usaha pemantauan dan sekatan dibuat agensi berkaitan di negara ini.“Dengan isi kandungan cerita berunsur seks dan lucah ditokok gambar lucah akan mendorong serta merangsang individu terjebak melakukan melakukan jenayah seks dan perbuatan tidak bermoral seperti rogol dan gangguan seksual,” katanya.
Kedua-dua perkara di atas berbahaya, satu berbahaya kepada moral dan akhlak serta kedua bahaya kepada aqidah ummah keseluruhannya. Kedua2 kes di atas ini adalah berkembang hasil kemajuan manusia dengan teknologi yang diterokai. Bukan kita menyalahkan kemajuan atas sifatnya itu. Namun olahan tangan-tangan manusia itu sendirilah yang memaju dan memusnahkan manusia. Sebagai manusia sikap tanpa kawalan atau hilang kawalan diri yang berlaku, tentulah mereka bertindak 'terlampau' , kes pertama terlampau gemarkan kepada hidup khalayan dan kelucahan. Kedua terlampau mahukan hidup beragama , gunakan akal dalam amalan keagamaan. Malah bertindak menyebarkan fikrahnya melalui internet, Ini memang cukup bahaya dan berbahaya kepada aqidah ummah.
Sebenarnya, kita mahukan kemajuan yang makin maju semakin melihat dan rasai kebesaran Tuhannya. Semakin tunduk pattuh, semakin diperhebatkan pengabdiannya kepada Allah. Beriman dengan Rubbuyyiah dan UluyyiahNya. Sebaliknya , semakin maju semakin lara , maka ilmu kemajuan tersebut adalah tidak diberkati ke atas ummat tersebut. Inilah yang dikatakan ilmu yang tidak membawa manfaat.
Justeru hidup beragama dan berpegang kepada agama itu, perlu diperkuatkan. Maka usaha-usaha ke arah memperkuatkan aqidah umat, kuatkan umat adalah bukan kerja main-main. Maka tanggungjawab besar ini tidak terpikul kita sebagai umat, walaupun kita ketua pemimpin dalam kelaurga kita. Maka pemimpin dan mahukan kepimpian yang lebih besar, pemimpin itu adalh mestilah pemimpin yang memimpin kerajaan. Maka mahu dan rebut pemimpin tertinggi itu adalah menjadi wajib, jika kita mahu memperbetulkan semua benda yang berlaku.
Oleh itu, berhimpun untuk memilih pemimpin yang mahukan Islam didaulat dan bermesyuart memikirkan Islam didaulatkan sebagai pegangan dan panduan tatacara hidup masyarakat jadi WAJIB.

No comments: