Wednesday, May 09, 2007

Miskin bukan punca utama pelajar tercicir09


Sepatutnya topik ini yang wajar diperdebatkan kenapa dan mengapa para pelajar kita kini dalam pasca modenisasi dalam dunia tanpa sempadan ini, semakin tiris minat mahu mengejar kemajuan diri melalui usaha melalui bidang akademik. Bukannya perbahasan kenapa dan mengapa Fasha Sandha sanggup terima watak kecil berlakon adengan ranjang dalam sebuah filem Indonesia ,.... yang judul nya tah apa-apa itu. Berbalik kita kepada isu serius ini.
Menurut laporan ini faktor kemiskinan bukanlah faktor utama pelajar tidak meneruskan persekolahan, sebaliknya faktor pencapaian akademik yang rendah dan serta sikap pelajar yang tidak berminat untuk belajar lebih mempengaruhi keadaan itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim.

Beliau berkata kajian Kementerian Pelajaran menunjukkan 67.5 peratus pelajar yang tercicir disebabkan faktor pencapaian akademik yang rendah atau tidak dapat mengikuti pelajaran, manakala 31.3 peratus berpunca daripada sikap pelajar yang tidak minat untuk mengikuti pelajaran.

"Faktor lain termasuklah kemiskinan, ketiadaan sokongan keluarga dan masalah kesihatan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Musa Sheikh Fadzir pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Musa bertanya mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengatasi masalah keciciran pelajar ketika negara sedang mengorak langkah ke arah mencapai Wawasan 2020.Hon tidak menolak bahawa faktor kemiskinan turut menyumbang ke arah itu, malah kajian Kementerian Pelajaran dan Unesco pada 2003 mendapati 84.6 peratus pelajar yang tercicir daripada sekolah rendah daripada keluarga golongan sosioekonomi rendah.

"Secara keseluruhannya, keciciran di sekolah rendah dan menengah menunjukkan trend penurunan yang ketara dalam tempoh 10-15 tahun kebelakangan ini," katanya.Bagaimanapun berdasarkan perbandingan antara sekolah bandar dan luar bandar menunjukkan peratusan keciciran di peringkat sekolah rendah adalah tinggi sedikit di bandar berbanding di luar bandar.

"Tetapi tidak semua pelajar yang tercicir daripada sekolah benar-benar tercicir daripada sistem pendidikan. Sebahagian pelajar ini sebenarnya meneruskan pelajaran di sekolah seperti Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat, Sekolah Menengah Persendirian Cina dan sekolah menengah swasta," katanya.

Antara langkah yang dilakukan untuk membendung masalah itu ialah menambah baik kemudahan asas, meningkatkan kesedaran ibu bapa, mewujudkan dan memperluaskan program bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan, Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Baucar Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin serta memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib, katanya.

Mengenai masalah keciciran pelajar dalam kalangan Orang Asli, Hon berkata, bagi menanganinya, Kementerian Pelajaran telah mewujudkan sekolah khas untuk Orang Asli di kawasan-kawasan tertentu selain menyediakan kelas pemulihan untuk mengenal pasti murid-murid yang lemah dan Kelas Intervensi Awal membaca dan menulis untuk membantu mereka meneruskan persekolahan.
Justeru itu, kita mahu akhbar-akbar kita berperanan dan ambillah sedikit tanggungjawab sosial, memberatkan sedikit atas apa2 yang sudah berat. Janganlah rakyat kita terbuai dan dibuai dengan perkara2 khayol dan asyik kepada mahshuk sahaja. Janganlah kita ulangi sejarah, para wartawan peganglah dengan etika kewartawanan. jangan lah dihiburkan rakyat dengan hiburan2, cerita2 klasik artis2 Melayu. Benda2 ini dah cukup banyak dah dalam internet, janganlah kerana keuntungan dan demi perniagaan semua dibelakangkan.

No comments: