Wednesday, May 09, 2007

Isu patung Kudat

Perbincangan jalan terbaik selesai isu patung di Kudat
Keharmonian dan jalan pemaufakatan adalah pilihan terbaik, dikira tidak ada pihak yang merasa dia menang. Begitu juga dengan kedudukan isu patung Budhha di Kudat. Pihak mainoriti perlulah akur dengan kehendak majoriti. Langakh awal ini dikira paling bijak dan wajar sebelum ia berakhir menjadi nasi kepada bubur. Pihak yang mohon membina perlulah pertimbang dan ambil kira sama hak dan perasaan orang lain.

benarlah bagaia apa yang dikatakan oleh Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata adalah wajar bagi kerajaan untuk respon terhadap bantahan dan reaksi umum berhubung cadangan pembinaan patung Buddha di Kudat yang mencetuskan kontroversi sekarang.

Katanya, kerajaan sewajarnya perlu berbuat demikian dengan mengambil kira sensitiviti semua pihak walaupun sudah ada kelulusan terdahulu diperolehi berhubung pelaksanaan projek itu.
“Kerajaan perlu meneliti sama ada bantahan itu (yang disuarakan pelbagai pihak) berasas atau mempunyai motif lain. Semua pihak tidak harus mensensasikan (sensationalize) isu ini.
“Pada saya, isu agama tidak timbul tetapi sensitiviti semua pihak hendaklah diambil kira. Ini sebenarnya isu di Kudat saja dan kita kena melihatnya dalam konteks itu, bukan melarang kebebasan beragama,” katanya Isnin sebagai mengulas mengenai isu pembinaan pantung di Kudat yang menimbulkan kontroversi.

Beliau yakin Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dapat menangani perkara ini dengan baik menerusi perbincangan dan saluran yang ada secara tertutup. Lagipun, katanya, Ketua Menteri sendiri sudah menyatakan sebelum ini bahawa beliau tidak membantah pelaksanaan projek itu dan mengemukakan cadangan pilihan, selain hanya mengetahui mengenainya kemudian. “Saya percaya kerajaan bersikap proaktif dan memahami kemahuan rakyat yang mahu supaya isu ini jangan berpanjangan sehingga di luar kawalan,” katanya.

Salleh berkata pendirian bekas Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat, berhubung projek pembinaan patung berkenaan boleh difahami, tetapi keputusan kerajaan juga adalah selari dengan konsep kepimpinan bertanggungjawab.
Sehubungan itu, beliau berpendapat adalah wajar dihentikan perdebatan terbuka berhubung perkara itu, sebaliknya semua pihak terbabit perlu menggunakan saluran rasmi kerajaan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik yang dapat diterima oleh semua pihak.
Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata perdebatan yang berpanjangan tidak akan menyelesaikan itu itu, sebaliknya memberi ruang kepada pembangkang memanipulasinya bagi meracuni pemikiran rakyat.
Beliau berkata kerajaan negeri yang diterajui Musa sentiasa bersikap terbuka dan prihatin, dengan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat sesuatu keputusan.
Cadangan pembinaan patung Ma Tzu atau ‘Goddees of The Sea’ di pekan Kudat mencetuskan kontroversi berikutan lokasinya yang berhampiran dengan sebuah masjid.
Patung Buddha yang dicadangkan itu dikatakan setinggi 10 tingkat bangunan dan menjadikannya sebagai patung Buddha tertinggi di dunia.
Sebelum ini, Chong Kah Kiat menyatakan bahawa salah satu sebab beliau meletak jawatan adalah kerana keputusan kerajaan enggan membenarkan pembinaan patung berkenaan.
Dalam pada itu, Salleh berkata kerajaan menghormati kebebasan beragama bagi semua kaum di negara ini dan pada masa sama juga menghormati sensitiviti setiap kaum dan agama.
“Pertimbangan inilah yang sentiasa diambil kira oleh kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan terhadap hal-hal yang menyentuh soal agama, selain pandangan pelbagai pihak.
“Isu pembinaan patung ini sebenarnya boleh diselesaikan dalam semangat kekeluargaan Barisan Nasional (BN) kerana pihak-pihak yang terbabit dalam perdebatan ini adalah rakan dalam komponen BN,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap apa juga masalah yang timbul diselesaikan secara muafakat atas semangat BN demi menjamin kekuatan menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
Salleh berkata semua pihak perlu mengetepikan soal perjuangan bersifat individualistik, sebaliknya mengutamakan soal perpaduan dan keharmonian yang merupakan prasyarat membawa kemakmuran kepada negara.

Beliau merujuk kepada peribahasa Melayu berbunyi `Menang sorak, kampung tergadai’ bagi memberi gambaran kerugian jika perdebatan dibiar berpanjangan tetapi akhirnya rakyat sendiri yang rugi.

Sementara itu Bernama melaporkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman Isnini menafikan beliau cuba meghalang kebebasan beragama di negeri berkenaan. Musa berkata beliau tidak pernah membantah cadangan untuk membina patung Ma Tzu (Dewi Laut) di Kudat, tetapi menawarkan tapak alternatif untuk membina patung itu.

"Saya tak pernah membantah pembinaan patung itu. Isu sebenar di sini ialah kesesuaian tapak yang dicadangkan dan saya tidak pernah dimaklumkan, atau diajak berunding, tentang cadangan bagi membina patung berkenaan sebelum pembinaannya dimulakan," kata beliau kepada pemberita di Kota Kinabalu.

Musa berkata beliau membuat tawaran berkenaan selepas mendapatkan nasihat daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu kerana pada waktu berkenaan, perdana menteri berada di luar negara. "Beliau (Najib) menasihati saya supaya berjumpa dengan Tan Sri Chong (Kah Kiat) dan menawarkan kepadanya tapak alternatif secara percuma dan membayar pampasan bagi kos yang telah dibelanjakan bagi membina patung berkenaan pada waktu itu," katanya.

Musa berkata apabila beliau mengemukakan tawaran berkenaan, selain tidak menerimanya, Chong juga menuduh beliau menghasut Umno dan masyarakat Islam di Kudat supaya menentang projek itu.
Ketua Menteri juga berkata dalam perbincangannya dengan beberapa pemimpin Cina dan pemimpin agama tentang pembinaan patung itu di tapak alternatif yang dicadangkan, golongan itu menyatakan mereka bersetuju mengenainya demi memelihara perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Musa berkata beliau memberitahu mereka bahawa beliau tidak pernah membantah cadangan pembinaan patung itu dan menawarkan tapak alternatif kepada Chong setelah menerima tentangan daripada pelbagai pertubuhan, termasuk Persatuan Islam Bersatu Sabah (Usia) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Katanya kerajaan akan sentiasa mengambil kira sensitiviti agama dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini "kerana kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama."
"Tan Sri Chong berkata beliau meletak jawatan kerana ingin menegakkan kebebasan beragama. Dengan berkata demikian, beliau secara tidak langsung menuduh saya menekan kebebasan beragama.

"Saya bercakap hari ini kerana ingin menghentikan perbuatan memburuk-burukan peribadi. Saya juga ada prinsip," katanya. Musa berkata kenyataan yang tersiar di dalam akhbar bahawa pembinaan patung itu sudah siap sepenuhnya adalah sesuatu yang mengelirukan. Chong berkata beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri kerana ingin mempertahankan kebebasan dan hak beragama di Sabah dan di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau juga berkata patung Ma Tzu boleh dianggap sudah siap dibina dan hanya menunggu masa untuk memasang bahagian tubuhnya sahaja ketika perintah agar projek itu dihentikan pelaksanaannya dikeluarkan pada Jun tahun lepas

No comments: