Saturday, May 26, 2007

Antara Sejuta Warna,Sejuta Senyum oleh PM Dengan Sejuta Wajah , Satu Aqidah Oleb Bebudak FPI UKM

Antara PM dan bebudak UKM (Sesi 2001/2) FPI , lancarkan kempen. Bandingkan hal ini.....dilaporkan hari ini, PM lancar `Sejuta Warna, Sejuta Senyuman' . Manakala bebudak FPI UKM Sesi 2001/2 lancarkan Kempen 'Sejuta Wajah , Satu Aqidah' .
Pengisian kempen oleh PM Malaysia cuba lihat ini.... Citrawarna Malaysia ke-9 yang berlangsung selama 16 hari hingga 10 Jun ini dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Putrajaya di sini malam ini.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan acara tahunan tersebut yang bertemakan `Sejuta Warna, Sejuta Senyuman'.Kira-kira 70,000 orang rakyat negara ini dan pelancong asing membanjiri majlis pelancaran yang berlatar belakang bangunan kompleks mahkamah Palace of Justice.
Majlis sambutan bermula sejak 6.30 petang yang mempamerkan persembahan kumpulan tarian dan perarakan di Putrajaya Boulevard, pertunjukan fesyen pakaian hasil karya pereka tempatan serta pertunjukan Balet Berbasikal.Perdana Menteri tiba di majlis perasmian kira-kira 8 malam dengan diiringi persembahan muzik dan tarian tradisional.Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan ucapan sebelum Citrawarna Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri.Para pengunjung seterusnya dipersembahkan dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan rakyat seperti persembahan paluan gendang oleh 100 pemukul gendang dari tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India, tarian topeng masyarakat orang Asli, tarian musim menuai masyarakat Sabah dan tarian pahlawan masyarakat Sarawak.Ia disulami dengan persembahan tarian pelbagai masyarakat Melayu, Portugis, Siam, Cina dan India dengan disimbahi pancaran lampu berwarna-warni.Acara kemuncak ialah gabungan tarian dan nyanyian kesemua 1,800 penari dan peserta yang mengambil bahagian mengiringi lagu yang digubah khas.Pertunjukan bunga api yang mewarnai langit pusat pentadbiran Putrajaya selama lima minit mengakhiri majlis pelanncaran.Citrawarna Malaysia kali ini yang berlangsung sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara disambut secara besar-besaran dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk di hotel, pusat pelancongan dan pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.
Sementara bebudak UKM, yang muda di mana memimpin satu komuniti mahasiswa, lebih nampak dan lebih kreatif dengan kerajaan UMNO-BN pada hari ini. Bebudak ini sedar benteng terakhir yang diyakini dan dipegang oleh mereka adalah aqidah. Maka usaha2 ke arah mempertahankan aqidah perlu dibuat dengan apa cara sekalipun. Walaupun ia berbentuk atau berupa kempen.

Perbandingannya sama ada mahu membaca surah Yassin (mlm Jumaat) sebagai rutin yang dianggap bidaah oleh Mufti Muda Perlis dengan membaca suratkhabar Utusan, mana lebih baik dan manfaat atau faedah kepada kita orang islam. Begitu juga dengan hal dan keadaan di atas. Maknanya usaha bebudak UKM lebih diberkati dan dituntut.
Alangkah comelnya jika PM sendiri turun ke 'padang' dalam hal-hal seumpama ini daripadsa Program Citrawarna Malaysia.

No comments: