Saturday, May 26, 2007

Ubah Jangan Tak Ubah

Bila membaca berita Pertronas, NIOC dan CNPC kini disenaraikan sebagai syarikat minyak utama dunia yang baru atau 'new seven sisiters' menurut akhbar perniagaan dari London iaitu The Financial Times aadalah sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia dan Malaysia itu sendiri.
Dilaporkan Petronas mencatatkan pendapatan RM166.9 billion naik 22% daripada RM137 billion pada tahun 2006. Keuntungan mencatatkan RM60 billion (2006), tahun ini bagaimana ..
Justeru dengan keuntungan besar Pertonas itu adakah sekadar kita cukup bangga, adakah rakyat terbanyak tidak wajar menikmati dengan apa yang diperoelhi setidak-tidak secara langsung atau tidak langsung. Bagi Husam Musa naib Presiden PAS mahukan kerajaan naikkan gaji kakitangan dan minta diturunkan harga minyak. Sementara Prof Diraja Ungku Aziz dengan pendidiran konsisten mahukan keuntugan Pertonas ini membiayai pelajar2 Melayu melalui biasiswa.
Namun jeritan demi jeritan, pandangan demi pandangan, resolusi dengan resolusi, desakan, memeorendum, dan pelbagai usaha dibuat, namun kerajaan sejak dari dulu terus membuta tulikan diri dan memekakkan telinga.
Oleh itu, kita mahu semua rakyat bangun membuat perubahan, rintihan keluhan, dengkian, sinisan terhadap kerajaan yang ada tidak memberi bekas. Maka dalam beberapa bulan ke depan ini mungkin akan diadakan PRU 12. Rakyat kena memilih wakil-wakil untuk wakili rakyat dan parti mana yang banyak kerusi akan membentuk kerajaan. Maka kita mahu rakyat ubah, ubah sekali untuk mengubah nasib. Kebobrokan demi kebobrokan hidup semakin tenat, kita sudah tidak ada dah benteng.... mahupun yang dikatakan sebagai benteng terkahir, sekarang dah runtuh belako.....
Ubah jangan tak ubah

No comments: