Tajuk berita atas isu , "Mengerjakan haji bukan cari ‘beban’ "....
Sebenarnya kerajaan yang ada mesti memikirkan rakyatnya yang mahu menunaikan ibadat. Jika tidak 'diletakkan' keutamaan terhadap isu ini, sekurang-kuranya ada rasa keperihatinan juga sudah mencukupi. Berita atau satu berita melegakan umat Islam yang ingin menunaikan fardu haji ke Tanah Suci ialah apabila kerajaan menolak cadangan Tabung Haji menaikkan kadar tambang, sebaliknya mahu agensi menguruskan pemergian umat Islam ke Makkah mencari formula baru agar tidak membebankan bakal haji. Nah gitu dong.... (jika benarlah spt yang dilaporkan)
Difahamkan, kerajaan mengambil keputusan berkenaan selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk jumlah kenaikan dituntut Tabung Haji yang dirasakan tidak sesuai ketika ini dan mahu cadangan lebih munasabah. Penulis bersetuju kadar sekarang dikekalkan kerana berpendapat tambang dikenakan sekarang sudah memadai, lagi pun, harga minyak dunia semakin stabil. Penulis percaya Tabung Haji masih boleh meraih keuntungan daripada kadar tambang sedia ada. Kita lebih terkejut apabila membaca akhbar ini, Sabtu lalu yang memetik daripada sumber Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bahawa tambang secara pakej paling murah untuk menunaikan haji bagi rakyat republik itu ialah $3,050 (RM6,774). Jika Singapura mengenakan tambang lebih murah, mengapa Tabung Haji mengenakan RM2,300 lebih mahal.
Bagaimanapun, satu lagi isu menarik perhatian ialah mengenai cadangan membuat pinjaman bank untuk menunaikan fardu haji yang dibangkitkan baru-baru ini. Cadangan itu agak mengejutkan ramai pihak, terutama bagi mereka yang mahu menunaikan haji, tetapi tidak mampu dari segi kewangan. Imej Islam seolah-olah tercalar dan dipermain-mainkan sesetengah golongan yang faham.
Menunaikan fardu haji diwajibkan kepada mereka yang berkuasa untuk sampai kepada-Nya iaitu mereka yang ada kemampuan dalam semua aspek terutama apabila menyentuh perbelanjaan dan menepati kehendak kegunaan harta yang sebaik-baiknya menuju ke jalan Allah SWT. Pada zaman serba canggih dan moden, kita disogokkan dengan pemikiran yang begitu moden. Menunaikan fardu haji umpama satu trend yang menjadi ikutan dan kemestian bagi mereka yang berusia 40-an dan 50-an . Sedangkan kemampuan kewangan masih terbatas hingga menyebabkan mereka berhutang dengan bank konvensional untuk menunaikan haji. Amalan ini perlu dipantau kerana ia akan menjejaskan fokus atau ibadat haji umat hingga menyebabkan ia tidak sempurna. Alangkah ruginya Islam apabila ada umatnya yang pergi menunaikan haji tanpa ketenangan jiwa dan tidak mendapat haji mabrur. Maka, jika tidak cukup perbelanjaan haruslah ditangguhkan dulu pemergian ke Tanah Suci dan elakkan berhutang atau meminjam. Ia turut diakui Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bahawa Islam tidak menggalakkan berhutang atau meminjam untuk menunaikan haji lebih-lebih lagi dari bank konvensional.
Justeru, umat Islam dinasihatkan menunda pelaksanaan haji sehingga mempunyai kemampuan kewangan tanpa berhutang dan saya amat menyokong 100 peratus kenyataan itu.Mungkin ada beranggapan usaha berkenaan untuk menggalakkan umat Islam menunaikan haji, namun bukan kuantiti yang perlu dikira, tetapi kualiti umat Islam yang pergi menunaikan ibadat haji dan sejauh mana mereka mendapat hidayah dan keampunan daripada Allah SWT.
Nah, jika gitu niat baik kerajaan itu patut dan wajar diteruskan (kekal tambang sedia ada) semua mahu ia kekal, jangan kerana PRU akan datang, demi untuk memenangi hati rakyat. Demi susuatu untuk sesuatu. Sepatutnya 'harapan' yang diberikan itu (oleh rakyat terbanyak) terus kekal, sepatutnya kerajaan memberi galakan dalam soal ibadah dan semarakkan bagi golongan yang ingin 'melunaskan' rukun Islam mereka itu, walaupun tidak menjadi rukun kepada kerajaan yang sedia ada. Jangan kita(kerajaan) menjadi batu penghalang. Ingatlah seksa Allah jangan kita menjadi penghalang bagi orang yang mahu beribadat.
Dalam hal di atas, mengapa dan kenapa bab ini Tabung Haji tidak mahu meniru MUIS dari Singapura. Kita selalu dalam banyak hal merjuk dan memodelkan Singapura dalam segala-galanya. Bersaingan dan berlumba bab ibadah kan tidak menjadi hal, bukan berdengki tu......
Isu pokok kedua adalah kaedah meminjam ke bank, janganlah jadi 'kepala' atau 'bapak' sekular. Ini bukan maksud pemahaman Islam kontemporori atau Islam Orthodoks, Ini adalah Islam yang sebenar-benar. Justeru itu, dalam badan pemerintah jangan amalkan matlamat menghalalkan cara. Kelak mendapat 'tempelak' dari Allah. Berhati2 dalam berhukum dan menjatuhkan hukum sebagaimana contoh2 suri teladan sahabat sejak zaman berzaman wajib diteladani. Jangan kerana ibadah membujur lalu melintang patah, adakah ini mazhab baru Islam Hadhari yang dipelopori kerajaan UMNo-BN. Jika begitu tunggulah kehancurannya.
Allahhaukhbar !!!!!!! Allahuakhbar !!!!!!! Allahuakhbar !!!!!!
No comments:
Post a Comment