Wednesday, March 21, 2007


Wajarlah desakan dan pandangan Macma supaya Hapuskan 'mualaf', ganti istilah lebih sesuai. Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) cawangan Kelantan meminta istilah mualaf dihapuskan dan diganti dengan perkataan yang lebih sesuai.

Penasihat Macma Kelantan Datuk Mustapha Yaakub berkata istilah seperti "saudara kita" adalah lebih sesuai kerana boleh mengurangkan tanggapan umum bahawa golongan mualaf perlu dibantu dalam pelbagai aspek.

"Masyarakat Cina yang memeluk agama Islam mempunyai latar belakang yang baik daripada segi ekonomi, kepakaran dan keilmuan dalam pelbagai bidang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Macma Kelantan di sini, hari ini.

Mustapha yang juga anggota World Islamic Call Council (WICC) berkata Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) yang ditubuh untuk mengendalikan golongan saudara baru atau mualaf kini sudah tidak berfungsi sebagai mana matlamat penubuhannya.

Katanya perkara itu perlu diberi perhatian oleh pengerusi Perkim, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memastikan matlamat penubuhan Perkim berada pada landasan asal.

No comments: