Friday, March 23, 2007

Lihatlah bila pemimpin yang tidak bertaring tapi berperanan dari belakang memberi pandangan yang memunahkan , kita bukanlah ultra Melayu, tapi apa-apa sahaja kontrak sosial yang sudah termeterai usahlah usik, yang usik bukan pak man seorang nelayan, pak abu pesawah padi. Tapi pemimpin yang pandai cerdiknya dan panjang akalnya....Tun Musa Hitam menggesa agar hak istimewa orang Melayu di Johor dihapuskan sama sekali supaya lebih ramai pelabur luar akan melabur di negeri Johor. Itulah tajuk termuramah terkini oleh Bloomberg. Apa komen orang Melayu, khususnya Melayu Johor, bersedia untuk menggadaikan hak orang Melayu, tanah orang Melayu? Tiada lagi kontrak khusus untuk orang Melayu, tiada lagi kuota minima pekerja Melayu dalam sesebuah syarikat. Musa Hitam dan jutawan billionaire Robert Kuok adalah merupakan salah seorang dari lima penasihat Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang dilantik oleh kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi

1 comment:

neutralsite said...

jika kita hendak pelabur asing datang belabur jadi kita mesti bersedia menghadapinya, jangan asyik hendak mengharapkan bantuan dan kontrak kerajaan saja.jika sesebuah syarikat berkemampuan sudah tentu ia dapat bersaing mendapat tender secara terbuka.