Wednesday, March 21, 2007

Rekod SPM bukan untuk mendabik dada

Penulis bersetuju sanat dengan pandangan beberapa penulis forum yang mengutarakan ' rekod SPM bukan untuk mendabik dada. Bangga tak pa lahhh.....
Baru-baru ini keputusan peperiksaan awam murid sekolah khsusnya SPM pada ghalibnya berkisar pada prestasi cemerlang para pelajar dan bagaimana satu demi satu rekod terbanyak A cuba diperbaharui. Persaingan sihat dalam lapangan akademik ini memang digalakkan. Kita memang mendambakan kemunculan lebih ramai cendekiawan seperti Nur Amalina Che Bakri dan Yeo Jie Ming untuk menerajui wawasan negara kelak. Walau bagaimanapun, keluhuran pendidikan dinodai ragam manusia yang berlumba-lumba mengatasi pencapaian terbaik 17 A1 setakat ini dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini digambarkan dalam kehebohan seorang pelajar mencapai 19 A1 meskipun “ombaknya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan”. Pihak tertentu terhegeh-hegeh menggantungkan papan pemidang yang mengucapkan tahniah atas "kejayaan 19 A1" Nadiah Amirah Jamil di tiang-tiang lampu di sekitar pekan Rengit, “Nadiah gagal dapat 19 A1 seperti diuar-uar” (MStar, Mac 12). Pepatah Inggeris ada menyatakan: “Don’t count your chickens before they’ve hatched”.

Sejelas-jelasnya mereka telah tersalah langkah dan tindakan mereka adalah tidak perlu.
Gara-gara keghairahan mereka, adik Nadiah menjadi mangsa dalam episod aib ini yang menjadi omongan orang. Saya mengasihaninya. Akan tetapi, kejayaannya merangkul 14 A1, empat A2 dan satu B3 bukan calang. Kemudian, timbul pula berita “Mana media? Kami dapat 24 A1 !!!” (Bernama, 14 Mac). Dua anak-beranak dilaporkan berbuat demikian demi mengungguli kesemua mereka yang terbaik dalam lapangan ilmiah. Tanpa mereka sedari, kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan bak kata pepatah: “Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya”. Lapangkan minda dan terima hakikat bahawa pencapaian akademik semata-mata tidak menjamin kejayaan seseorang. Banyak yang berjaya dalam hidup mereka tanpa menawan menara gading.

Renungkan Bill Gates, Albert Einstein, dan Tan Sri Lim Goh Tong. Sudah sampai masanya kita hayati Falsafah Pendidikan Negara sebenar-benarnya. Selain itu, amalkan ilmu padi kian berisi kian runduk. Jangan kita membawa resmi lalang.
Peranan media sebagai penyalur dan pembara semnagat amat-amat dituntuti, janganlah jadi sebaliknya. Kita memang mahukan rakyat atau warga negara terbilang dan gemilang. dalam masa yang sama kita mahu juga mereka kekal terus cemerlang sehingga bekerjaya dan menawan dunia dengan kecemerlangan, kita mahu mereka yang cemerlang ini menjadi saintis peringkat dunia, pakar-pakar level dunia sebegaimana pakar2 dari negara2 Islam lain. Bina bangsa dan negara.

No comments: