Friday, January 05, 2007

kakitangan dan gaji kakitangan?

Senyum lebar kakitangan kerajaan baru masuk Fasa 1 saja. Maklumlah ikut laporan ini..............
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mempertahankan kewibawaan 1.2 juta kakitangan awam dalam melaksanakan tugas dan setimpal dengan permohonan semakan semula pakej gaji yang akan dikemukakan kepada kerajaan.

Sehubungan itu, Cuepacs meminta pihak tertentu yang mempersoalkan mutu kerja kakitangan awam merujuk kepada laporan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) mengenai prestasi sektor awam.Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata Mampu yang menilai keupayaan kakitangan awam dan hasilnya dapat dilihat sekarang seperti pembangunan yang dinikmati di pusat pentadbiran negara Putrajaya, di sini.
Beliau berkata, jabatan dan agensi kerajaan melalui prosedur ketat membabitkan prestasi dan kecekapan kerja seperti Petunjuk Utama Prestasi (KPI) dan pematuhan standard piawaian antarabangsa seperti ISO 9002.“Cuepacs yakin kerajaan memberi perhatian serius berhubung cadangan semakan menyeluruh pakej gaji dan kebajikan kakitangan awam berdasarkan reaksi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Sidek di pejabatnya di sini, semalam.Beliau yang mengetuai pegawai tertinggi Cuepacs dalam pertemuan pertama dengan Sidek itu, berkata Cuepacs memaklumkan surat sudah diutus kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membolehkan memorandum semakan pakej gaji kakitangan awam diserah kepada Perdana Menteri.
Omar berkata, Cuepacs berpuas hati pertemuan dengan Sidek memberikan hasil positif serta menunggu masa sesuai bertemu Abdullah.“Memorandum semakan pakej gaji kakitangan awam sudah 99 peratus siap, cuma kita hendak perkemaskan lagi.“Cuepacs sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri dan sedang menunggu jawapan. Kita dimaklumkan, Perdana Menteri sudah pulang dan kita harap selepas jumpa KSN, kita dapat jumpa PM,” katanya.Baru-baru ini, Cuepacs dilaporkan menggesa kerajaan meneliti permohonan menaikkan antara 10 hingga 40 peratus gaji kakitangan awam, terutama kumpulan sokongan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sehubungan itu, satu memorandum mengenai pelarasan gaji itu yang dikatakan tidak pernah berubah sejak 15 tahun lalu, dilaporkan akan dihantar kepada Perdana Menteri.Cuepacs juga dilaporkan menolak Skim Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) iaitu skim faedah persaraan yang dicadangkan kerajaan bagi menggantikan skim pencen sedia ada kerana menganggap ia berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memerlukan kakitangan awam mencarum.
Semua ini maklumlah , kita punyai kerajaan yang perihatin katakan, cukai jalan turun bagi kenderaan 1000cc ke bawah turun RM10 bagi setahun. maknanya kerajaan atas sikap itu saja dah rugi 250juta setahun, banyak tuuu... tapi kos tu sekali anjur mansoon cup di Terengganu aje baru2 ni.
Apapun penulis kesian kat ibu2 kat kampung atau orang kampung2 yang anak2 tak ada jadi kakitangan , tak dapat nak tumpang 'durian runtuh ' tersebut , maka terkudap2lah dia orang , tapi dengar khabor sawit RM300 lebih setan dan getah masih sekitar RM2.20 sekilo. Maka orang kampung kenalah kerja kuat2, tapi la ni ramai dah mat2 indon tawan kampung2 dan ladang, nampak gaya tinggal kudapan lah agaknya.
Penulis .... hilang kaki ada tangan, hilang tangan ?

No comments: