Friday, January 05, 2007

Hampir 80% makanan dan minuman umat Islam dihasilkan oleh bukan Islam


Umat Islam di Malaysia tidak harus cepat melatah dan marah-marah apabila timbul isu makanan tidak halal yang dihasilkan oleh pengusaha bukan Islam. Hampir 80% makanan dan minuman yang digunakan oleh orang Islam dikeluarkan oleh pengilang bukan Islam.


Perkara ini terjadi kerana kelemah umat Islam sendiri. Umat Islam masih lagi bergantung kepada bukan Islam untuk keperluan harian dan cukup selesa dengan budaya makan gaji.


Demikian dinyatakan oleh Ustaz Ahmad Tajudin seorang pendakwah dan usahawan muslim dalam ceramahnya di sini.


Menyentuh tentang isu logo halal beliau berkata,"umat Islam tidak harus sangat bergantung kepada logo halal."


Menurut beliau lagi pihak peniaga tidak harus dipersalahkan. Mereka merupakan golongan yang pandai mengambil peluang yang dibiarkan oleh orang Islam. Orang bukan Islam menggunakan logo halal ini bagi mengaut keuntungan sebanyak mungkin.

Beliau memberikan contoh bagaimana logo halal yang digunakan oleh pengeluar kuih bulan. Penggunaan logo halal pada kuih bulan dapat meningkat jualan syarikat itu kepada 40 juta biji sebulan.Tetapi bila ada pihak yang mempertikaikan bagaimana status halal itu diberikan kepada syarikat tersebut jualan merudum kepada 4 juta biji sebulan.


Ahmad Tajudin menegaskan lagi, umat Melayu Islam perlu mempunyai ilmu tentang makanan dan minuman bagi membebaskan diri daripada ditipu oleh pengilang bukan Islam yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.


Beliau menjelaskan lagi umat Islam wajib menghasilkan produk sendiri yang berstatuskan konsep "Halalan Thoyyiba."


Menurut beliau lagi kilang yang hanya suci dari segi lahir sahaja tidak mencukupi untuk mengubah watak peribadi, akhlak maupun anutan terhadap agama. Hasilnya manusia sekadar kenyang sahaja.Tidak berlaku perubahan terhadap jiwa raga dan ruhani untuk patuh dan tunduk kepada Allah.





Oleh SHAKIR MD TAHA

Pegawai Media Teras



No comments: