Oleh kerana penghidap penyakit HIV tidak diberi nilai sijil atau nilai ringgit, maka beginilah jadinya ?Jika benarlah bagai dilaporkan, kekadang penulis buka apa trauma dengan angka maklumlah, macam isu murtad mufti kata ada 250,000 murtad , rakyat dan kerajaan tak percaya, dalam DUN Kelantan dilaporakn orang miskin tegar di kelantan mengikut EPU JPM dinyatakan ada 3560 keluarga, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan , kata salah ada 12,000 keluarga. Dah guana !!!!
Maka Kementerian Kesihatan melalui menterinya mengeluarkan kenyataan ini......
KUALA LUMPUR: Lebih 70,000 rakyat Malaysia dilaporkan dijangkiti HIV sejak penyakit ini dikesan 20 tahun lalu sehingga menimbulkan senario yang menggerunkan jika langkah proaktif tidak diambil segera.
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata untuk enam bulan pertama tahun ini, hampir 3,000 kes baru dilaporkan membabitkan kaum Melayu yang mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 73 peratus, diikuti Cina (15), lapan peratus India dan selebihnya lain-lain.“Statistik ini amat menggerunkan dan saya berharap satu pendekatan dapat diusahakan bagi menangani masalah ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2006, di Institut Pengurusan Kesihatan, di sini semalam.Katanya, Aids memberi kesan kepada ekonomi negara kerana sebahagian penghidap besar golongan muda berusia antara 20 hingga 40 tahun yang sepatutnya menjadi modal insan kepada pembangunan negara. Rosmah berkata, Kementerian Kesihatan merangka pelbagai strategi dan pelan baru bagi menangani masalah ini. Sementara itu, mengenai Pelan Strategi Kebangsaan (NSP) mengenai HIV/Aids baru yang dirumus, beliau berkata kerajaan menggariskan rangka kerja mengenai maklum balas kerajaan dalam menangani HIV/Aids untuk lima tahun akan datang mulai tahun ini hingga 2010.Pada majlis yang sama, Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, kerajaan menjangka dapat memberi rawatan anti retroviral kepada 10,000 pesakit HIV/Aids menjelang 2010 berbanding 4,000 tahun lalu.Beliau berkata, sepanjang tahun ini, 5,000 pesakit HIV/Aids sudah menikmati kemudahan disediakan itu berikutan keupayaan kerajaan mengurangkan kos rawatan anti retroviral daripada RM2,200 kepada RM150 sebulan

Beginilah bala dan petaka besar, jika kita bersikap dingin dan tidak bersungguh2 menangani masalah sosial. Penyakit2 ini adalah barah bagi orang yang beriman dia akan koreksi , kita tidak mahu bersikap alpa dan lalai. Masalah2 ini bukan boleh tamat atau mati begitu sahaja mengikut ketentuan. Kita semua , lebih2 lagi pihak berwajib hendaklah melakukan usaha2 bersungguh2 maka marilah kita kembali kepada Islam. Maka yakin dan percaya lah kepada Islam. Marilah kita amal dan cuba praktikkan, jika sistem dan kaedah rawatan Islam gagal, maka sama2lah kita junjung kaedah sekular. Kita janganlah tunggu kerana bala dan kerosakkan besar bakal memusnahkan kita semua.
Bertaubatlah, janganlah kerana habuan dan kenikamatan dunia yang sementara kita jadi lupa. Takut nikmat kita ditarik sebab kenikmatan itu adalah sedap, itulah menjadikan para pemimpin kita leka, keasyikkan dunia memang begitu, sedar tak sedar kita sudah berada dalam lubang kubur.
Kita rakyat sudah memberi peluang pemimpin2 kita laksana, mereka tetap berdegil sudah 50 tahun kita bersabar. Jika kumpulan ini perintah kita serulah.. macam mana seru pun tak akan berubah. maka menjadi tanggungjawab rakyat kena membuat perubahan. jangan bala sampai, katakan cukup kepada kumpulan macam ni. Sejarah akan berulang !
Abah... ajak sokmo buat baik
No comments:
Post a Comment