Tuesday, December 05, 2006

Bahasa - Minat murid dan guru bercanggah

Sungguh Bagai Di kata, Maka kajian ini harus dipertanggungjawabkan.................
Mata pelajaran kebahasaan, sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Arab amat diminati oleh pelajar berbanding mata pelajaran lain. Satu kajian yang dilakukan terhadap 1,000 pelajar di sekolah kebangsaan dan agama yang terletak di Kedah, Johor, Pahang, Selangor dan Sarawak menunjukkan minat pelajar yang tinggi terhadap literasi bahasa.

Namun begitu, kajian itu yang dilakukan oleh Timbalan Dekan Pentadbiran dan Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad mendapati, guru yang mengajar bahasa lebih berfokus kepada peperiksaan.

``Pelajar memberitahu bahawa apabila guru bahasa berada dalam bilik darjah, pengajaran bahasa lebih berfokus kepada peperiksaan dan latihan memperkukuh aspek mengarang bukannya literasi,'' katanya.

Justeru minat tinggi pelajar terhadap bahasa semakin berkurang kerana konsep yang ditekankan oleh guru dalam bilik darjah sehingga menimbulkan tidak minat pelajar terhadap pengajaran bahasa di sekolah.

Guru juga tidak cuba menggunakan kreativiti untuk menjadikan pengajaran bahasa sebagai mata pelajaran yang menarik dan dapat meningkatkan aktiviti literasi dalam bilik darjah.
``Bahan yang digunakan guru tidak menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti literasi secara aktif dan faktor masa yang tidak mencukupi untuk semua pelajar agar terlibat secara aktif,'' katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mahzan menjelaskan, aspek bahasa dan literasi adalah memastikan komunikasi yang berkesan, keterampilan dalam pertuturan, daya kreativiti dalam bahasa dan melahirkan pemikiran kritis dalam bahasa.

Terbukti
``Bahasa sebenarnya merupakan penghubung dan mempunyai elemen dan nilai-nilai perpaduan antarabangsa,'' katanya. Pendidikan bahasa dan sastera ialah peluang terbaik bagi guru menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum.

``Guru bebas menggunakan bahasa sebagai nilai perpaduan sedangkan mata pelajaran lain mempunyai contents area contohnya mata pelajaran Matematik, sukar memasukkan kemahiran daya pemikiran tinggi dalam mata pelajaran tersebut berbanding bahasa,'' katanya. Dalam pendidikan bahasa juga guru tidak mempunyai batasan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar masing-masing.

Apabila pendidikan bahasa dimasukkan dalam peperiksaan wajib maka pelajar menjadi tidak minat kepada mata pelajaran tersebut. ``Jika mereka tidak suka kenapa kita memberatkan perkara ini kepada mereka sepatutnya kita perlu menarik minat mereka,'' katanya.

Kata Mahzan, guru bahasa lebih rapat dengan pelajar berbanding guru lain kerana minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut sekali gus guru banyak mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. ``Nampak mengajar bahasa ini mudah tetapi ia amat berkait dengan pelajar malah melalui mata pelajaran inilah kita boleh berusaha menarik pelajar ke sekolah dan kelas bahasa,'' katanya.
Jelas beliau, apa yang sepatutnya guru buat untuk kemahiran bahasa dan literasi tidak diberi perhatian contohnya dalam drama, pelajar hanya disuruh untuk menghafal skrip bukan menghayati skrip tersebut.

``Sudah terbukti dalam sejarah bahasa bahawa drama amat berkesan dalam menghayati bahasa, kita melakonkan perbuatan bahasa.''``Guru tidak perasan perkara ini mereka lebih banyak memikirkan cara untuk menghabiskan silibus sedangkan banyak perkara yang lebih dekat dengan pelajar dalam konteks bahasa ini berbanding peperiksaan,'' tegas beliau.

Beliau tidak menafikan peperiksaan itu penting namun tegas beliau, mampu menguasai bahasa dengan baik adalah lebih penting.

``Dapat menguasai bahasa dengan baik maka peperiksaan bukan menjadi masalah ia hanya salah satu daripada penguasaan bahasa sahaja,'' katanya.

Menurut beliau, contoh yang paling ketara adalah penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris.
``Kita lihat bahasa Inggeris diajar dari tadika sehingga tingkatan lima, semuanya menekankan kepada peperiksaan dan akhirnya pelajar tidak menguasai bahasa itu,'' jelas beliau.

Sebaliknya pelajar mahir cara-cara menjawab peperiksaan mata pelajaran tersebut walaupun tiap-tiap hari mereka belajar bahasa Inggeris.

``Kadang-kadang ayat mudah pun pelajar tidak boleh buat kerana kita berfokus kepada perkara sebenar sebaliknya kepada peperiksaan,'' katanya.

Beliau turut melihat komputer sebagai salah satu bahan bantu pelajar menguasai bahasa terutama melalui arahan-arahan yang terdapat dalam Internet.
Bagi penulis, luahan kajian ini manifestasi banyak wacana, simposium, kolokium membincang dan membahaskan sudut pemakaian bahasa dan kebahasaan dalam dunia pendidikan. kesahihahan kajian ini sebenarnya tidak membuka langsung minda para pembuat dasar bagi melakukan keazaman politik dalam memantapkan rakyat dengan bahasa dan berbangga dengan bahasa kurniaan Allah ini.
Apalah guna Allah memcipat manusia dengan bersuku-suku dan berbangsa2 dengan pelbagai bahasa, jika manusia Malaysia ini terlalu mengagungkan BI. Maka silaplah ALlah sepatutnya orang Malaysia ni dijadikan orang bertutur dalam BI, kerana menjadi sifatnya suka menolak ketentuan tuhan. Bukanya berusaha membanggakan bangsa sendiri dan perkasakan bahasa, sebaliknya mengeluh dan lemahnya bahasa jiwa bangsa sendiri.
Tidak keterlaluan hampir puluhan tahun merdeka, bangsa2 di Malaysia gagal menguasai sepenuhnya BM dengan baik. Adalah pengausaan sekadar bahasa interaksi ala kadar iaitu bahasa pasar. Itupun atas urusan ekonomi dan pentadbiran.
Bangsa yang lemah adalah bangsa yang tidak mempunyai keazaman politik untuk membina bahasa bangsanya. walaupun kuasa berada dipundak masing2. Pertarungan dan perlumbaan mereka difokuskan dan dijuruskan bagi mengaut tembolok dan perut mereka.
Sebenarnya kita sendiri melemahkan bangsa kita, sepatutnya bahasa ini adalah menjadi benteng dan identiti kita. Maka marilah kita sama2 bermaufakat menolak kumpulan yang lemah dan gagal memartabatkan sudut pemakaian bahasa kita ke taraf atau martabatnya dan sistem pendidikan kita disegarkan bukan sekadar pendemokrasian yang melaihat dan utamakan Rm sahaja.
Abah ..... warai...warai !!!!

No comments: