Sedar tak sedar, bulan hadapan kita bakal melangkah masuk tahun 2007 masihi. Kerja kita, negara kita, orang kita, dan bermacam-macam lagi berkaitan dengan kita, kita juga samada sudah selesai atau belum selesai lagi berdepan dengan pelbagai masalah. Bercakap soal masalah, skala masalah yang akan dibincangkan, tidak kiralah, berat2 belaka atau tidak berat belaka. Dalam isu pendidikan dan sosial, ekonomi, keagamaan, kebudayaan, bahasa dan lain2 begitulah ....juga . Lazimnya dalam kita berdepan dengan masalah , tindakan kita dikira hangat2 tahi ayam sahaja dan kekadang bersemangat mengikut musim atau bertindak secara bermusim.
Cuba kita sorotian amati, kini 'disedarkan' dengan kewujudan mat rempit yang semakin ganas dan gila2, sebenarnya isu lama , cuma dari segi penjenamaan sahaja, dulunya dikenali dan dipopularkan dengan perlumbaan haram. Maka bertugaslah media, setiap hari dipaparkan didada2 akhbar tindakan dan tindak tanduk mat rempit. Di mana kenakalannya melampau dan terlampau, jika dibandingkan dengan usia meraka. Ini bagi kita dan mereka itu adalah satu bentuk peningkatan ke arah 'penambahbaikan' untuk jahat iaitu dari segi meritnya yakni bertambah tambah jahat dan nekad.
Gejala ragut, buang bayi, HIV, dadah, pergaulan bebas, amalan budaya hendoinsme, rogol, sumbang mahram, masalah buli, disiplin di jalanraya oleh pengguna jalanraya dan bermacam2, lagi tak pernah padam dan berkurangan. Dari segi perangkaan dan merit 'tahap' semua kes2 sosial yang dinyatakan menunjukkan merit atau darjah yang mencemaskan.
Maka, usaha kerajaan tidaklah sedikit yang direncanakan, beratus2 jawatankuasa dibentuk, memikir, mengkaji, mencadang dan pelbagai tindak ikut dibuat kerjabuat susulan bagi mengekang masalah ini. Namun, ia ibarat api dalam sekam, hakikat ia masih tidak berkurangan. Jika mahu dinilai dari segi angka dan lain-lain kaedah pengukuran.
Jalan penyelesian yang tersedia samada berbentuk wang, fikiran, sosial terus dan terusan dibuat, tapi kenapa dan mengapa gagal ? Maka hal inilah hendaklah dikoreksi.
Jawapannya, pelbagai mengikut susut pandangan dan kefahaman masing2. Apa pun kita hendaklah kembali kepada yang asal, balik ke pangkal jalan. Orang kerana kita ini makhluk maka kita kena kembali kepada pencipta. masih belum terlambat .
Abah... sekadar cadang
No comments:
Post a Comment