Jika benarlah bagai yang dilaporkan seperti ini ......Teliti ambil pelajar sekolah asrama
ANTARA lain tujuan asal sekolah berasrama penuh (SBP) ditubuhkan adalah untuk menempatkan pelajar luar bandar yang berpotensi dalam bidang akademik dan kokurikulum agar mereka dapat menikmati kemudahan yang lengkap dan sempurna setanding dengan pelajar di sekolah-sekolah bandar.
Namun demikian, sejak akhir-akhir ini, matlamat asal ini nampaknya sudah agak tersasar kerana bilangan pelajar yang datangnya daripada keluarga yang berpendapatan tinggi turut ditempatkan di SBP. Secara tidak langsung, tempat pelajar miskin telah dinafikan oleh pelajar kaya. Maka, ada pelajar luar bandar yang mendapat 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dinafikan hak mereka.
Apa lagi jika mereka mendapat 4A dan lebih rendah daripada itu.
Pelajar luar bandar yang mendapat 5A atau 4A, jika diberi peluang dan kemudahan yang lebih sempurna dan selesa, besar kemungkinan potensi diri mereka akan lebih menyerlah. Manakala pelajar daripada golongan yang berpendapatan tinggi, ibu bapa mereka berupaya menyediakan bilik belajar yang sempurna di rumah dengan buku rujukan yang lengkap, kemudahan Internet, guru tuisyen dan persekitaran yang kondusif. Mungkin ibu bapa mereka juga pada suatu masa dahulu belajar di SBP dan hari ini mereka meraih kejayaan yang cemerlang dalam bidang kerjaya atau perniagaan.
Oleh itu, mereka sewajarnya memberi peluang kepada keluarga yang pada satu masa dahulu tidak mendapat peluang belajar di SBP.
Namun, kepada keluarga yang telah berupaya mendidik dan membiayai pendidikan anak-anaknya sendiri, janganlah hendak mengambil sikap “lepas tangan” pula dalam mendidik anak-anak mereka dan seterusnya menjadikan SBP sebagai “pusat jagaan anak-anak”.
Sebenarnya, kita telah kesuntukan masa. Oleh itu, Kementerian Pelajaran haruslah tegas dalam hal ini tanpa menunggu lebih lama lagi. Jika tidak, kita terus dibelenggu dalam membuat keputusan yang tidak tepat dan sebaliknya hanya terus memberi ihsan sahaja untuk kumpulan yang tidak sepatutnya menerima hak mereka. Manakala sebahagian pelajar yang sewajarnya menerima hak mereka terpinggir begitu sahaja dan berkemungkinan mematikan semangat pelajar dan ibu bapa mereka.
Berdasarkan pengalaman, sebilangan ibu bapa daripada golongan yang berpendapatan tinggi ini sering sahaja tidak berpuas hati dengan perjalanan SBP dari semua segi. Misalnya, mereka terlalu mengharapkan bilik penginapan yang lebih selesa seperti di rumah mereka, makanan yang setaraf dengan di restoran, bilik darjah yang serba lengkap dan sebagainya.
Tetapi ini berbeza dengan ibu bapa dari kalangan ibu bapa luar bandar dan berpendapatan rendah. Mereka menghormati guru-guru, bersyukur dengan apa yang ada malahan mereka begitu menghargai dengan apa yang terdapat di SBP.
Kepada ibu bapa yang berpendapatan tinggi, sewajarnya anak-anak mereka dihantar ke sekolah swasta yang menyediakan kemudahan yang begitu lengkap dan selesa. Yang penting, yuran yang setimpal harus dibayar.
Maka peluang anak-anak orang kampung akan lebih terbuka dan mudah-mudahan pada satu hari nanti mereka juga berupaya menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah berbayar sama ada yang disediakan oleh pihak swasta atau kerajaan.
Setiap ibu bapa haruslah berfikir sejenak sama ada wajarkah mereka menghantar anak-anak mereka ke SBP atau sebaliknya dengan rela hati memberi peluang kepada pelajar dan keluarga yang memerlukannya
Penulis sebagai seorang bapa, merasakan sudah tibalah masanya kita bersungguh2 dalam memerangi budaya songsang berhubung dengan penempatan pelajar ke SBP. Momokkan minda sehingga golongan kaya dan berada melihat betapa SBP adalah pilihan tepat bagi anak2 mereka.
Situasi ini adalah lebih baik, daripada anak2 menteri yang langsung menghantar anak2 mereka ke sekolah2 antarabangsa. di mana langsung silibusnya tidak berjejak dengan budaya tempatan. Kan menyosang kerana mereka cuba membangun semua segi mengikut acuan kita dan budaya kita.
Justeru pihak berwajib perlu pertingkatkan semua sekolah2 di bandar dan luar bandar setanding setidak2 dengan kemudahan yang disediakan oleh SBP.
Bagi penulis, yang berkhidmat di sekolah luar bandar, melihat kejayaan sebenarnya ada di mana2 . tahun sebelumnya sahaja seorang pelajar sekolah penulis mencipta 10A1 dalam SPM. tapi pelajar ini berbangsa Cina.
Jika dilihat senario kini, rata2 pelajar2 yang ke SBP atau asrama yang lain. Mereka ini amat cemerlang dari segi akademik tetapi miskin dari segi akhlak dan saksiyyah. Banyak kes2 melibatkan hal2 kemisikinan bina insan yang terjadi , ini diakui oleh pegawai akhlak di daerah2 . Jika kurang percaya sila rujuk.
Eloklah kita mulakan perbetulkan dari sekarang sebelum bubur tersebut menjadi bubur basi.
Abah... alu-alukan benda baik
No comments:
Post a Comment