Bagaimana kita berkongsi pandangan dengan segelintir pandangan ibubapa di bawah, apa pun dalam situasi benda semua naik, nilai ringgit yang ditambat, gaji kakitangan baru dalam pertimbangan, pendapatan orang kiampung yang semakin naif berhadapan dengan renjetan ekonomi Malaysia khasnya dan dunia amnya. Kita kena fikirkan sesuatu , mau redha atau bertindak sesuatu dan fikirikan sesuatu, kerna di mana2 saja ada jalan penyelesian. Kita jangan ambil terus semua dan tinggal terus, kelak akan rugi belaka2.
Fikirkan2 pandangan di bawah daripada 3 respondeon yang dibuat oleh BH, Satu mewakili ibu India dan dua Melayu- bapa dan ibu Melayu yang berpendapatan sederhana. Ibu India ini adalah yang datang daripada golongan marhaien. Cuba nilai pandangan yang dikutip hasil tinjauan BH semalam. Ikuti laporan berita seperti di bawah ini.
MUSIM cuti sekolah adalah hari yang paling dinantikan kanak-kanak. Ini kerana mereka boleh meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan aktiviti digemari tanpa perlu risau untuk ke sekolah.
Pada musim cuti sekolah, ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi bercuti, membeli-belah dan sebagainya untuk menghabiskan masa bersama. Aktiviti sebeginilah yang boleh mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Dalam keseronokan bercuti bersama keluarga tersayang, pasti ada ibu bapa yang masih lagi berada dalam kerisauan memikirkan persiapan sekolah anak mereka. Segala wang gaji yang dikumpul perlu dibahagikan untuk perbelanjaan seharian termasuk perbelanjaan persekolahan anak-anak. Pelbagai keluh kesah sering kedengaran apabila ibu bapa memikirkan mengenai persekolahan anak mereka. Kerenah anak-anak yang inginkan peralatan serta pakaian baru sering membuatkan ibu bapa pening kepala. Jika kehendak mereka tidak dituruti, pasti ada yang merajuk dan sanggup mogok lapar. Ada yang enggan ke sekolah kerana kehendak tidak dipenuhi.Mahu atau tidak ibu bapa terpaksa mengikut kehendak anak mereka untuk menghadapi musim persekolahan akan datang. Sesetengah ibu bapa terpaksa meletakkan syarat supaya keputusan yang cemerlang mesti ditunjukkan jika inginkan persiapan persekolahan serba baru.
Ibu tiga anak, Jayaletchumy Gunasegaran, 47, dari Kuala Lumpur, berkata persiapan persekolahan anak memang penting dari segi pakaian dan peralatan tetapi beliau lebih mengutamakan persiapan buku sekolah. “Jika pakaian atau peralatan yang lama masih boleh digunakan, itu lebih baik. Sekurang-kurangnya boleh menjimatkan perbelanjaan,” katanya.
Bagaimanapun, Azman Awang Tengah, 37, yang berasal dari Labuan mempunyai pendapat berbeza.Azman yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Penilaian di Labuan, berkata kos perbelanjaan persekolahan memang tinggi dan kadang-kadang pendapatan bulanan yang diperoleh masih tidak cukup. Beliau berkata, kedatangannya ke Kuala Lumpur ibarat pepatah Melayu, ‘sambil menyelam minum air’ kerana pada asalnya beliau ke sini untuk bercuti tetapi mengambil kesempatan untuk membuat persiapan persekolahan anak-anaknya. “Saya ada dua orang anak yang masih bersekolah dan akan mula sesi persekolahan tahun depan pada tahap satu dan tahap tiga. Perbelanjaan yang perlu saya keluarkan untuk membeli peralatan serta pakaian baru mereka berdua saja RM400. “Itu baru perbelanjaan sebelum masuk sekolah. Apabila sesi persekolahan bermula, yuran persekolahan juga perlu dibayar. Itulah inilah semuanya menggunakan wang. Kalau tidak ada wang, bagaimana saya mahu sediakan keperluan mereka?” katanya.Pada masa inilah ibu bapa perlu peka dengan keadaan sekeliling agar tidak mudah terpengaruh dengan jualan murah yang diadakan di pusat membeli-belah. Berjimat-cermat amat digalakkan supaya tidak membazir. Pelbagai promosi dan tawaran hebat disediakan di kompleks membeli-belah sempena musim cuti sekolah bertujuan untuk menarik perhatian pelajar. Ditambah dengan kerenah mereka yang sentiasa inginkan penampilan menarik dengan pakaian baru, kasut baru dan peralatan baru membuatkan ibu bapa tidak senang duduk. Ada juga yang terpaksa membeli buku teks sendiri untuk memulakan sesi persekolahan yang baru.
Pendapat yang sama turut diberikan oleh Abdul Halim Ibrahim, 43, yang berasal dari Terengganu. Bapa kepada enam anak, termasuk empat yang bersekolah. Beliau berpendapat, persiapan persekolahan untuk anak-anak perlu disediakan walaupun membabitkan kos yang tinggi. “Bagaimanapun, kos yang tinggi tidak menghalang saya untuk membuatkan persiapan anak-anak asalkan berkualiti,” katanya.
Selain itu, ibu kepada tiga anak, Rubiah Haji Yusop, 32, berkata zaman sekarang semua benda menggunakan wang dan beliau tidak menafikan bahawa perbelanjaan persekolahan untuk anak memang tinggi. “Apabila sesi persekolahan hendak bermula pasti banyak kelengkapan sekolah perlu disediakan untuk anak saya,” katanya.
Keluhan sebeginilah yang sering menjadi isu apabila musim persekolahan hampir tiba. Walaupun sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan agenda yang lain, keutamaan menyediakan keperluan anak lebih penting daripada segalanya. Perbelanjaan yang lebih tidak menjadi penghalang bagi ibu bapa untuk menyediakan persiapan persekolahan anak mereka. Kasih dan sayang daripada ibu bapa lebih utama dalam membentuk akhlak dan disiplin anak supaya mereka patuh serta taat dengan kedua orang tua mereka.
]
]
Abah .... entah bila !!!!!!
No comments:
Post a Comment