Saturday, November 25, 2006

Trend edar dadah menular di sekolah sekolah

Seandainya benar dan sahih serta boleh dipertanggungjawabkan sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan harian Metro seperti berikut:-
SEREMBAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri melahirkan rasa bimbang mengenai ‘trend’ pengedaran dadah yang dikesan menular di sekolah.
Lebih merunsingkan, terdapat 135 pelajar mengaku pernah mengambil dadah walaupun setakat ini AADK mengesan dua pelajar positif sepanjang tahun ini. Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan, Mahpof Mahmood, berkata walaupun angka itu kecil tetapi sangat membimbangkan kerana pelajar adalah pelapis yang akan menerajui kepemimpinan negara pada masa depan.
Menurutnya, Program Pintar dan Intervensi Pelajar yang dilaksanakan di sekolah perlu dipertingkatkan lagi di semua sekolah di negara ini bagi memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya gejala itu. Katanya, bagaimanapun, terdapat sebahagian sekolah yang tidak berminat melaksanakan program berkenaan kerana ingin menjaga imej sekolah, menyebabkan mereka tidak dapat membantu dalam memberikan pendidikan berkaitan dadah kepada murid. “Penyelesaian ke arah mencapai matlamat Negeri Bebas Dadah menjelang 2015 hanya boleh dicapai dengan usaha berterusan serta bersungguh-sungguh daripada semua pihak termasuk institusi pendidikan dan kekeluargaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Penyalahgunaan Dadah Di Negeri Sembilan: Isu, Cabaran dan Penyelesaian, di Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri Sembilan, di Allson Klana Resort di sini, semalam. Persidangan itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Jamlus Aziz mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Hadir sama Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Khaidir Jamal.
Mahpof berkata, walaupun daerah Jempol dikatakan sebagai kawasan ‘hitam’ namun pihaknya mendapati Seremban mencatatkan kadar penagih paling ramai di negeri ini berbanding di daerah lain dalam tempoh 2001 hingga September tahun ini.Beliau berkata, seramai 2,617 penagih didaftarkan di Seremban diikuti Jempol (551), Kuala Pilah (491), Rembau (469), Jelebu (467) dan Port Dickson (382). Menurutnya, golongan belia berusia antara 20 hingga 34 tahun mencatatkan jumlah paling tinggi terjebak dalam najis dadah di negeri ini. “Daripada 6,059 penagih yang direkodkan menerusi Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI) sejak 2001 hingga September tahun ini, seramai 4,901 orang adalah golongan belia yang terbabit dalam gejala tidak sihat itu,” katanya
Walaupun apa yang dilaporkan itu berlaku di NS, tetapi senarionya sama sahaja diseluruh negara. Penularan musuh No 1 negara ini hendaknya tidak dipandang ringan. Usaha bersungguh2 hendaklah dimula dan digerakkan dari sekarang. Kita tidak mahu satu ketika dahulu bilamana dilaporkan di negara kita tiada AIDS dan HIV, kita nampak berpuashati dan berpeluk tubuh.tetapi bila penyakit ini dah merebak dan 'satu rumah ada satu penagih' khususnya rumah2 Melayu maka barulah kita sibuk dan disibukan tubuh persatuan itu persatuan ini, NGO itu dan NGO ini. Kita hendaklah jangan leka dan jadikan penganugerahan NGO atau persatuan mana aktif melawan penyakit itu dan penyakit ini , diangkat sebagai pemenang. pada hal sasaran sebenar kita tak 'kecapaian'.
Selepas itu kita sibuklah kutip itu, buat kutipan ini. Maka naikkan slogan rakyat Malaysia memang pemurah. Semua orang kita berlumba2lah dan cair menderma. Maka jadilah kutipan tsunami di Kedah , tak kesampaian belako.
Kita hendaklah menjadi masyarakat yang peka tidak pekak. Masih adakah harapan ?
Abah ... tak mau jadi Si Luncai, Abah gemor gulai labu

No comments: