Saturday, November 25, 2006

NUTP kesal guru dibebankan tugas masa cuti sekolah

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) kesal dengan langkah Kementerian Pelajaran yang menafikan hak bercuti para guru apabila membebankan mereka dengan tugas yang harus dipikul oleh pengetua atau guru besar.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai guru-guru yang diarah bertugas semasa cuti sekolah.

Katanya, guru seperti kakitangan kerajaan lain tetapi tidak berhak untuk cuti tahun dan sebagai ganti mereka diberi cuti semasa cuti penggal sekolah.

‘‘Tugas guru lain sama dengan kakitangan kerajaan, antara tugas mereka termasuk perkeranian, mesyuarat panitia, kursus dalaman dan tugas semasa cuti sekolah.
‘‘Selain itu guru juga dikehendaki mengawal peperiksaan, memeriksa kertas peperiksaan, mengawal disiplin, memeriksa buku dan kelas tambahan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas banyak rungutan mengenai guru-guru yang diarah bertugas semasa cuti penggal sekolah.

Katanya, berdasarkan surat pekeliling Kementerian Pelajaran bil K.P.(BS) 850/jil.V (52) bertarikh 7 Julai 1977 telah menyatakan bahawa guru tidak seharusnya diwajibkan bertugas secara bergilir-gilir untuk menjalan tugas-tugas guru besar dan penolong kanan.
‘‘Dalam hal ini nampaknya hak guru dinafikan dan apa yang kami kesalkan kebanyakan tugas yang diberi ditetapkan mengikut selera pentadbir tanpa rundingan. Hanya borang tugas diedarkan dan mengikut kesesuaian pentadbir.

‘‘Jika membantah guru terbabit dianggap melampaui batas dan dilabel sebagai ‘guru sura’ atau tidak berdedikasi,’’ kata Yim Pheng.
Menurutnya, guru sebagai manusia biasa perlu waktu rehat bersama keluarga dan membuat pelbagai persediaan lain.

Tegas Yem Pheng, penafian cuti merupakan keseksaan kepada guru, NUTP khuatir arahan seperti itu akan menjejaskan imej dan kualiti guru terbabit.
Abah... Hidup NUTP

No comments: