Saturday, November 25, 2006

Pilih & Manfaatkan Cuti Sekolah Anak2 Kita...

Cuti Persekolahan dah seminggu berlalu, tentulah para ibubapa banyak mengatur dan memilih untuk meagendakan anak2 masing-masing. Pilihan terbentang luas bergantung kepada wawasan dan perencanaan para pengurus (ibubapa), bagi yang kecil2 bolehlah kita aturkan agenda balik kampung, bercuti dengan cuti-cuti Malaysia, ada yang adakan majlis berkhatan, berkhatam AL Quran, ke kelas tuisyen, summmer camp serta ada dihantar kem2 kerohanian.
Bagi anak2 yang dihantar ke kem2 kerohanian, samada dinamakan dengan Khemah Ibadat ke, Tamrin ke , Kelas Hafalan Quran ke. Semuanya dikira adalah pilihan yang terbaik daripada agenda2 yang baik2 seperti yang dinyatakan di atas.
Penulis bukannya apa, sekarang para ibu bapa sudah sedar dan nampak serta sepakat minda mereka terarah, bahawa 'dunia kita kata kita' semakin parah dan membarahkan. Saban hari kita dipaparkan dengan paparan laporan kejadian2 jenayah dengan skala besar berlaku setiap hari, waktu dan saat tanpa memilih2 lokasi bandar, pekan , kampung dengan begitu mengerunkan. Kita hanya mampu berdoa agar dihindarkan anak2 kita daripada malapetaka sosial jenayah kejam. Berita2 perogolan, pencabulan, ragut, pergaulan melampau batas, dan bermacam2 lagi tidak mengira peringkat umur atau usia dan masa. Hanya benteng kita terakhir adalah melengkapkan anak2 dengan ilmu2 kerohanian agar mereka tidak terdedah dengan perkara2 di atas disamping berdoa dengan sesungguh2nya agar minta dijauhi ALlah. Sebenarnya isu-isu jenayah seperti yang dipaparkan di atas adalah racun atau parasit dalam kehidupan masyarakat dan keharmonian hidup kita.
Justeru itu, langkah ibubapa sertai anak2 mereka dengan 'kempen' kerohanian yang kita pasak kepada anak2 , samada mengikuti program summer camp, khemah ibadat dalam masa 2 hari 3 malam tidak cukup. tetapi setidak2 adalah usaha pembaikan dalam agenda tanggungjawab bersama. Maka diharap semua ibubapa yang lain berperanan sama bertindak seperti agenda di atas. Janganlah diselitkan fahaman kepartian politik yang sempit dan meletakkan 1001 prasangka para aktivis agama dalam masyarakat mempunyai agenda2 lain.
Jika di KL sekarang sudah bermula dan ada trend pakej khemah ibadat yang ditawarkan sampai satu minggu, 2 minggu atau 3 minggu diletakkan sebagai pilihan ibubapa. Dengan ini kita berharap ia mampu memberi suntikan yang mampu menjadi benteng atau pertahanan diri sekurang2nya daripada membiarkan anak2 dengan hanya menonton tv di rumah saja.
Abah.... pilihlah kerana pilihan ada ditangan kita

No comments: