Benarlah kata Tengku Razaleigh semasa merasmikan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke 7 baru-baru ini: Dalam sistem kita berpolitik kerajaan sepatutnya takut dan akur kepada rakyatnya.Rakyat yang lemah melahirkan pemimpin yang leka.
Kemudian dalam filem Ahmad Albab, antara dailog AR Tompel kepada P Ramle.. kau pakai baju macam tu tengok, serupa Yahudi mabuk. Tamsil ibarat boleh diumpamakan kemabukan kuasa dan kelekaan pemimpin sebenarnya memberi kesan atau terkesani oleh rakyat. Sebagai contoh ingatan YBM Tg Razaleigh Hamzah nyata benar. Soal kegagalan Bahasa Melayu dimartabatkan. Sepatut hal ini sudah lama selesai , kerana perjuangannya bermula sejak merdeka. Ini kerana kita kata kita ada agenda besar memajukan negera ke taraf negara maju dan industri, sebagaimana yang wawasankan. Kita sepatut sudah masuk fasa demi fasa ke negara maju. Mengapa Singapura sebuah negara kenit boleh maju. Mengapa menjelang 2010 Indonesia bakal saingi Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit dengan keluasan ladangnya 1.2 juta hektar.
Rakyat yang lemah melahirkan pemimpin leka, sehingga mereka (para pemimpin) diberi peluang ibarat Yahudi mabuk memerintah negara kita kerana umpama mendapat kekayaan instant seperti Ahmad Albab. Namun Ahmad Albab yang difilemkan nampak baik sikit kerana telah menolong 'beras'nya. Bebaskan daripada ditahan sebagai pencuri dan beli hadiah mewah2 kepada bapa mertua. Nampak apa yang cuba dimesejkan oleh P Ramlee nampak macam realiti berlaku di negara kita.
Rakyat yang lemah melahirkan pemimpin leka, saban tahun Musbaqah dah pindah nama kepada Tilawah, Al Quran sekadar dibaca, tidak buat apa2 tindakan. islam merempat biarpun banyak orang merempat, lahir mat rempit...
Rakyat yang lemah melahirkan pemimpin leka, rumah mereka di roboh, surau diroboh, rakyat teramai sekadar membaca laporan utusan, tindakan tidak ada. Pemimpin jadi leka , besar kepala, angkuh dan sombong
Rakyat yang lemah melahirkan pemimpin yang leka, selepas kaut untung balak , belasah guru agama ngapa bayar dan demamnd harga sekali ceramah bayar RM100 kira mahal tu, agama ni bagi free aje, lillah aje.. Pemimpin leka , jadi pembela taukeh balak, kenapa kastam rampas balak saya, kalu macam ni pelabur lari, terpinggir dan dipinggirkan para pelabur dan tokeh, kita ?????
Rakyat yang lemah melahirkan pemimpin yang lekan, Tol naik lagi!Kerajaan sudah tidak mampu lagi menanggung pembayaran pampasan kepada pemilik-pemilik konsesi bagi lebuhraya-lebuhraya Guthrie Corridor, Karak, Grand Saga, LDP dan Kesas yang dikatakan mencecah RM2billion. Lalu kerajaan tidak ada pilihan lain melainkan membenarkan pemilik-pemilik konsesi ini untuk menaikkan kadar tol masing-masing. (Rujuk laporan THE STAR hari ini: Toll to go up). Pemimpin leka rakyat dikenakan maka keluarkan slogan keramat tidak ada di dunia perkhidmatan yang free, kalau nak selesa bayarlah , hujah pemimpin yang leka. Syok berada dipundak kuasa.
Rakyat yang lemah , melahirkan pemimpin yang leka. PETRONAS kita dikatakan wajar berbangga walaupun kocek kita kosong, dalam hal Genting bagaimana? Tidakkah ini juga merupakan satu pencapaian kerajaan BN juga? Kalau tidak kerana BN yang memberi lesen, memberi tanah dan keizinan, mustahil Genting boleh beroperasi dan menadah untung sedemikian besar.Ini baru Genting saya menunggu-nunggu pula keputusan bagi Magnum 4D(yang pengarah Melayu/Islamnya selema alebih 20 tahun baru meninggal), Berjaya Toto, Tanjong dan lain-lain. Agaknya kesemua syarikat judi ini jika bergabung mampu mengeluarkan perbelanjaan mengurus seluruh Malaysia! . Oleh rakyat yang lemah menerima apa sahaja. Pemimpin makin bertambah leka. Nak takut ke sapa, mati kubur lain2. dak gitu ...!!!!
Abah ... alahai Malayyysiaaa tanahair!!!!!!ku
No comments:
Post a Comment