Adengan paparan BUliten Utama TV3 semalam, menyaksikan gelagat dua wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang. Isunya peranan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) dalam memartabatkan bahasa jika ikut laporan akhbar pada hari ini.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) mengakui penggunaan bahasa Melayu semakin merosot dari segi tahap dan penggunaannya, kata Timbalan Menterinya, Datuk Wong Kam Hoong. Kemudian dipaparkan soalan daripada Karpal Singh tentang Palace Of Justice , begitu sahaja.
Kemudian dijelaskan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Wong Kam Hoong. dengan berkata " Senang sahaja, bunga mawar apa nama ia disebut harum juga. Jadi apa nak gaduh dengan Palace of Justice. Jangan nak gaduh dengan nama itu,” katanya.
Jikalah kita melihat adengan ini sahaja, sekali lalu. tentulah rakyat tak akan faham. Bagi penulispun sendiri jika tidak membaca akhbar pada hari ini. Pokok cerita sebenarnya tentulah tidak jelas, maka jelaslah pada kita rakyat cara pemberitaan dan pelaporan sebenarnya bukanlah media itu nak berperanan dengan mengikut etika2 kewartawanan tetapi adalah mempunyai agenda tersendiri , suka kan rakyat terkeliru.
Maka kita tidak peliklah dalam tahun 2004 , sebelum pilihanraya Tuan Guru MB Kelantan ada menyebut perkataan ' barua' .Perkataan ini dijaja dan dicanang setiap kali waktu berita dan diasak pada minda masyarakat betap tidak berhemahnya seorang diri yang mengelarkan diri sebagai ulama. Justeru pelaporan2 sebegini sebenarnya mengundang kekeliruan kepada rakyat dan masyarakat. media terus terusan meagendakan perasaan benci dan membenci dalam masyarakat disemarakkan dan disuburkan, jadi tidak pernah reda.
Justeru itu, agenda mengekalkan kuasa dan cara atau kaedah dipertahankan kuasa ala politik machivalie, sebenarnya mengundang balak daripada Allah. Kita nampak gila dan leka pertahankan kuasa , walaupun pada masa sama kita bersama terbeban dengan permasalahan masalah2 negara yang meruncing spt dadah, rasuah, penyakit sosial lain dengan sistem yang diwujudkan tidak ampuh lagi bagi menangani permasalahan2 yang dinyatakan tadi.
Maka kita amatlah mahu dan berharap agar media kita terutama media elektronik kembalilah kepada etika, dan ambil lah sedikit tanggungjawab. janganlah rigid dengan agenda kepartian yang sempit. Kita hendaklah dapat membedakan kerajaan dan parti. walaupun nampak sukar dipisahkan. Berkhidmatlah secara beretika kerana para pengendali media adalah bukanlah orang parti , tetapi pegawai yang melaksanakan dasar , bersikap profesionalisme. Ikutlah cara Barat hok ni tak pa..
Abah.... pauh dah benda ni
No comments:
Post a Comment