Sunday, November 26, 2006

Dakwaan tidak tepat

Mari kita renungkan gelagat pemimpin2 Melayu kita, melenting tak keruan bila isu kos atau peruntukan baikpulih salah sebuah SRJKC di Muar daripada RM30,000 cuma dikeluarkan hanya RM3,000 sahaja yang melibatkan bawah kawal selia bidangkuasa Menteri Pelajaran. Dakwaan ini dibuat oleh salah seorang dalam barisan kabinet iaitu Timbalan Menteri daripada MCA iaitu Ong Tee Kiat. Akhirnya isu peruntukan sekolah SRJKC yang diselewengkan itu benar dan terang lagi bersuluh seperti yang didakwakan. Isu itu sepatutnya memalukan Menteri Pelajaran kita kerana dia salah seorang barisan pelapis bakal pemimpin kita masa depan.
Maka dalam berita hari ini kalau benar sebagaimana yang ditulis oleh wartawan UM, sandiwara yang sama akan berulang kembali agak cuma isu yang berbeda. Kebenaran dakwaan NUTP hanya masa sahaja akan menentukan dakwaan tersebut.
Isu yang didakwa tidak tepat oleh NUTP, guru - guru mendakwa sekolah minta bertugas dalam cuti sekolah atas alasan membantu guru besar atau pengetua bagi kepentingan perkhidmatan. iaitu hujah yang popular dan dikuatkan dengan pekeliling iaitu guru besar atau pengetua berhak memanggil guru pada bila2 masa. Maka guru2 lahirkan tidakpuashati maka disalurkan perassan ketidakpuashatian melalui saluran kesatuan iaitu NUTP.
Tindakan Dato Menteri Pelajaran membuat ulasan begitu secara spontan, sebenarnya mengundang beliau bukan sebagai seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah, tetapi semakin menwujudkan jurang, menghiris perasaan guru dengan aduan mereka dan melebarkan lagi perasaan tidak puashati guru2, maka betulah aduan mereka kepada NUTP jika menteri kita bersikap begini secara terus terusan. Lihatlah betapa tidak cermatnya beliau. Prinsipnya dia nak jawap jangan tak jawap. Maka oleh kerana wartawan tak puashati kena cari statment sokongan atas jawapan dakwaan tidak tepat di atas. Dakwaan NUTP tidak tepat tadi dirujuk pula kepada Dato Pengarah Bahagian Sekolah pula, mari kita lihat kenyataan di bawah....

BACHOK 25 Nov. – Kementerian Pelajaran menyifatkan dakwaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa guru dibebani pelbagai tugas ketika cuti persekolahan, sebagai tidak tepat dan kalau ada pun hanya melibatkan segelintir guru sahaja.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut terbukti apabila masih ramai berminat menjadi guru walaupun NUTP sebelum ini membuat dakwaan guru-guru dibebankan pelbagai kerja ketika waktu persekolahan.

‘‘Saya hendak kaji dan teliti laporan NUTP ini sebelum saya jawab lebih terperinci tetapi saya percaya apa yang dinyatakan itu tidak tepat dan bukan merangkumi semua guru,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan persembahan dikir barat pada Festival Dikir Barat Pemuda UMNO 2006 yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok di Tangok di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng semalam yang kesal dengan langkah kementerian menafikan hak bercuti para guru apabila membebankan mereka dengan tugas yang harus dipikul oleh pengetua atau guru besar.

Hishammuddin berkata, NUTP bersikap tidak adil kepada kementerian apabila mendakwa guru-guru diarah mengganti pengetua dan guru besar kerana pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian sama ada semasa tempoh persekolahan atau cuti sekolah.

Dalam pada itu, katanya, kementerian bersedia membuat pembaikan sekiranya NUTP boleh memberikan maklumat lengkap termasuk negeri dan nama sekolah serta guru terlibat.

‘‘Sebelum ini saya telah mewujudkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan meneliti banyak perkara dibangkitkan dan membuat pembaikan termasuk menghapuskan yuran peperiksaan dan mengurangkan beban guru dari segi pentadbiran,” ujarnya.

Hisahmmuddin juga berharap NUTP pada masa depan tidak lagi mengeluarkan kenyataan melulu kerana ia boleh menyebabkan orang ramai memandang serong terhadap pegawai kementerian dan para guru.

‘‘ Kalau orang ramai dengar bahawa guru tidak mahu mengajar sebab bebanan di sekolah dan masa cuti, saya bimbang masyarakat akan membuat tanggapan bahawa mereka tidak mampu dan tidak mahu memikul tanggungjawab yang berat,” katanya.

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran, Noorezan Bapoo Hashim mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap pengetua atau guru besar yang mengarahkan guru menjalankan tugas pentadbiran semasa cuti persekolahan.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat atau pekeliling membenarkan pengetua, guru besar menyerahkan tugas pentadbiran kepada guru semasa cuti sekolah.

‘‘ Jika ada arahan, ia bukan dari kementerian tetapi dilakukan oleh pengetua atau guru besar itu sendiri, mereka terbabit boleh diambil tindakan,” katanya semasa dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Mengulas lanjut Noorezan menegaskan tugas pentadbiran hanya boleh diserahkan kepada guru penolong kanan atau kakitangan yang terbabit dalam pentadbiran.

‘‘ Walaupun demikian, semasa peperiksaan, guru biasa dikehendaki bertugas walaupun semasa cuti bagi membolehkan mereka membuat laporan tentang pengendalian peperiksaan.

‘‘ Tujuan kehadiran mereka ke sekolah semata-mata untuk memastikan kehadiran pelajar dan jika pelajar tidak hadir, mereka dikehendaki melaporkan kepada pihak pentadbiran untuk tindakan ,’’ kata beliau.

Noorezan berkata, pada umumnya cuti sekolah tidak bermaksud semua guru harus bercuti dengan meninggalkan semua tugas-tugas sekolah.

Katanya, guru boleh dipanggil bertugas ke sekolah oleh guru besar atau pengetua sekiranya terdapat kerja mereka yang belum diselesaikan.

‘‘Terpulanglah kepada pengetua atau guru besar mengatur setiap program yang diatur bagi memastikan kelicinan pentadbiran dan pengurusan sekolah masing-masing,” katanya.
Abah ... teringat pepatah orang tua2 senangnya lidah kerana dia tak bertualang

No comments: