Friday, November 10, 2006

Insaflah diri bila berkata2... jangan sampai mengata

Ramai yang menguls dengan kenyataan beberapa Ahli Parlimen terutama kenyataan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof apabila membangkitkan isu perlunya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berubah dan isu penceramah yang meminta bayaran begitu tinggi.
Rata-rata weblog2 dan pandangan ramai tak setuju dengan saranan beliau. Pelbagai pandangan dan alasan yang dikemukakan dan dihujahi. Kita janganlah terlalu beremosi, dalam hal ini memang kerja MP kita di parlimen ni dia bercakap, terkadang cakap2 itu baik dan adakala ikut sedap mulut dan rasa.
Jika teguran beliau dengan niat baik, biarlah MP hidup senang lenang, para ustaz2 kita seluruhnya di suruh berjalan kaki aje ke pejabat atau keluar berdakwah. Duit2 yang banyak tu biarlah golongan2 MP saja yang ambil guna. Ustaz2 ni tak pakai duit dia orang boleh bersama-sama membangun dengan unta2 aje. Pembangunan2 ni tak layak kepada golongan ustaz.
Mentaliti menegur sebenarnya baik. Jika ada ustaz yang terlampau minta bayaran bukan2 kita pun marah. Kalau ustaz2 di kampung letak bayaran maka tak berfardu ainlah bebudak dan anak2 kita.
Kita nak pesan kepada MP2 kita terdiri dari orang cerdik pandai. Cermin2lah diri bila bercakap jangan berkokok taik bergelumung tak nampak. Sedar2lah..... jika nak telanjangkan orang tengok sama diri kita. Apa pakaian yang kita lekatkan kat diri kita.... kertas ke benda ke... ingat lagi cerita 2 rakyat kita.
Abah.... sokmo cermin diri

No comments: