Friday, November 10, 2006

Sampai bila nak dipatuk ular .......!!!!!

Rutin penulis ulangalik sekembali dari bertugas . Maka kesempatan berjumaat biasanya dipertengahan perjalanan sahaja sejak 3 tahun yang lalu. Kebiasaannya penulis akan pilih dan singgah lah di salah sebuah masjid, lokasinya adalah di kawasan perkampungan tradisional tepi Sg Pahang.
Seperti biasa (sokmo)sebleum solat Jumaat maka bangunlah 'tok empat' atau ketua kampung bagi mengumumkan perkara2 penting baik berupa arahan drp Pejabat Agama Daerah atau lain2 edaran pekeliling yang sampai dibaca dan dimaklumkan kepada sidang jemaah kampung tersebut.
Lalu apa yang menarik dan tertarik penulis dalam bahasa atau loghat Pahang beliau maklumkan pada hari minggu ini masjid akan bermesyuarat antara isi mesyuarat katanya nak membincangkan macam benda dan perkara antaranya guana gaya kite nak memberi pendidikan fardu ain, bab2 agama sikit sebanyak kepada anak cucu umpama katanya macam mana zaman kita dulu lalui , bagai itulah nak diterap asuh kepada generasi anak cucu kita ni... ujar beliau.
Walaupun pengumumnya nampak simple, mudah dan biasa sahaja. Tapi nun jauh dihati beliau diandaikan penulis tersemat rasa cemas, ragu, was2 tentang masa depan anak cucu dengan situasi dan kekangan serta situasi masyarakat semasa. Nampak sangat usaha2 sokongan daripada badan sukarela seperti masjid2 , madrasah berperanan memberi pendidikan teras ni supaya mantap. Mungkin beliau banding dan perhatikan tahap penguasaan fardu ain, kenal celik al Quran lemah agaknya berbanding dengan tahap penguasaan beliau. Saranan ini dikira cetusan rasa yang ikhlas dan spontan selaku orang kerdil yang berperanan di kariahnya.
Penulis cuba bayangkan suasana bagaimana beliau dengan suara terketar2 , mungkin faktor tua dan ketuaannya nampak nak menyampaikan hajat nya sebelum solat Jumaat. Beliau kira ini adalah kesempatan dan peluang yang ada , waktu orang ramai dikira kawasan setempat berkumpul maka digagahinya juga menyampaikan rasa terbuku di hati dan dilepaskan.
Penulis kira inilah sisa2 Islam yang masih ada yang cuba dipertahankan, bersungguh 2 dengan kemampuan yang ada. Betapa rugilah penulis kira orang ini tak sedar bahawa dia sebenarnya digula2 kan UMNO ingin pertahankan islam. Sokong UMNO automatiklah Islam di Malaysia dipertahankan. Jika Tok Ketua ini dapat penjelasan sebenarlah penulis kira dah lama UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang. Cuma maklumat sebelah pihak Tok Ketua ni dikira dirinya dah jalankan tugasnya peringkat kampung mengikut medan2 nya . Bagi m,edan2 Tok2 Menteri peringkat KL agaknya.
Abah .... kesian orang kampung tertindas dan ditindas mindanya

No comments: