Wednesday, November 15, 2006

Apa Kelas Minda TV dan Media Kita mau bina ....

SYABAS kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Noraini Ahmad menegur babak lakonan suami isteri Melayu di atas ranjang yang semakin menghiasi drama dan filem tempatan. Beliau menganggapnya sudah keterlaluan. Memang sukar bagi sesiapa menyanggah apa yang beliau nyatakan itu.Inilah masalahnya. Yang diberikan amanah dan tanggungjawab mengawal hal-hal ini adalah orang kita sendiri. Apa mereka buat?

Sepatah kata Awang Selamat dalam ruang pojoknya ..., Awang rasa, ada kena-mengena dengan persaingan yang semakin sengit di antara stesen-stesen TV. Dalam keghairahan menarik penonton masing-masing akan mencuba sejauh mana mereka boleh pergi. Dalam cubaan itu, mereka pun terbabas. Apabila terbabas, apa pula yang dilakukan oleh pihak yang diberikan amanah dan tanggungjawab tadi? Awang harap mereka tidak tertidur sama dalam keasyikan adegan-adegan atas ranjang itu. Puteri UMNO perlu bersungguh-sungguh memerangi gejala ini. Mereka perlu segera menghubungi stesen TV atau penerbit filem terbabit. Jangan tunggu perhimpunan.
Nampak rasional Awang biasa macam tulah, bila ada perhimpunan baru berbunyi aje, belum bertindak. Orang kita masing2 dah puas2 tengok lihat perhati telek, bila nasi dah jadi bubur baru nak bertindak. Gejala bohsia, bohjan, sumbang mahram, buang anak, tabung PTPTN yang masih belum selesai macam mana. "Banyak' yang kita tengok setakat mana 'jauhnya' tindakan dah tak berbangkit. Hah .. macam mana pulok hok tu ?
Abah .... suka sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu

No comments: