Thursday, November 16, 2006

Tersedak atau tersentak .... fikir semula Kata dikota Janji dilaksana

Penulis minggu ini ambil anak dari asrama untuk balik ke rumah, anak penulis dan rakan2 diminta mengosongkan asrama kerana asrama dan bilik2 darjah mahu dikosongkan untuk memberi laluan kepada para murid senior untuk menduduki peperiksaan SPM dengan lebih selesa dan kondusif.
Dalam2 menunggu anak penulis kemaskan barang2 dan angkat barang maka penulis tinjau2 dan pandang kawasan sekolah, didinding 'tertebeng' kata orang Temerloh visi misi sekolah, falsafah . Betapa murninya gagasan dan wawasan sekolah yang ingin dicapai, apa yang menarik penulis terselit di dalam banyak2 kata2 tu. Ada terselit 'Bahasa Jiwa Bangsa', 'Sopan santun budaya kita' dan sebagainya.
Dalam banyak2 tu, berlaku perisitiwa seorang penjaga bertanya seorang pelajar iaitu bertanya di manakah asrama lelaki. Maka pelajar itu tanpa berlengah terus minta 'pakcik' di bahasakan kepada penjaga itu mengikut dia.
Penulis bukannya apa, lahir rasa bangga dalam hati. Betapa bagusnya pelajar itu, hati bertanya anak siapakah dia? Perisitiwa tadi menjadi penawar hati kepada penulis masih lagi ada mereka yang dapat dibentuk. kalau macam ni nampak nya usaha kempen oleh KEKWA bawah Dr rais Yatim mestilah bersungguh2 menlancarkan kempen budi bahasa. Kempen hendaklah diperluaskan merentasi semua kementerian dan lapisan masyarakat.
Walaupun begitu, perkhidmatan kaunter kita masih lemah, pintu2 masuk di lapangan terbang, pintu masuk sempadan dan terutama kaunter2 'kritikal' kena letakkan orang seumpama pelajar yang disebutkan di atas tadi. Tidak ada nilai masyarakat kalau maju dari fizikal miskin rohaninya.
Penulis sedar lahirnya pelajar itu tadi dia adalah pelajar sekolah agama. Pelajar yang baru masuk dari Tahun 6, maknanya pendidikan awal di sekolah kebangsaan dari tahun 1 ke Tahun 6. Tapi dapat juga diasuh dan dibentuk. Nah terjawablah dalam kepala penulis kot2 mana kita pusing sebenarnya agama itulah yang dapat dan mampu pandu arah kebaikan yang tidak dibuat2. Maksud penulis pertolongan pelajar itu tadi adalah atas dasar keikhlasan dan kefahamannya bagaimana membantu orang yang memerlukan pertolongan.
Penulis terbayang alangkah beruntungnya kalau kita mempunyai akhlak bantu membantu seperti pelajar itu tadi, jika dia ketua pejabat kita, jika dia pegawai daerah kita, jika dia itu tadi tok2 wakil kita. Penulis kira rakyat teramai tak adalah seumpama paparan dalam ranvangan BersamaMu TV3 , pemimpin berjudi RM6juta di London, rakyat nun dihujung dunia goreng siput babi sebagai juadah bagi mengalas perut untuk hidup esok harinya.
Sebenarnya nilai2 ini , berakhlak mulia mesti direncanakan, bukan dibiar akan terbentuk dengan sendiri, seumpama fahaman manusia lahir dari monyet, alam ini wujud secara semulajadi, taufan tsunami bukan taufan Qadim.
Bentuk2 pemesongan fahaman2 seumpama ini diminda setkan. Maka sekarang tak pasal2 mahu Minda Melayu disetting semula, mahu bina minda kelas pertama. Usaha2 ini bukanlah kita nak tentang secara babi buta. Sebenarnya babipun ada mata, maka kita manusia yang celik dan ada akal budi mahukan perencanaan itu dibuat bersungguh2 siap dengan langakah2nya. Jangan dilontarkan idea begitu sahaja , maka instrument perlaksaanaan itu dipalorkan gitu aje... nak jadi2 . Kita tak ada kuasa 'kun faya kun?
Abah....berat tanggungjawab pemimpin oi

No comments: