Wednesday, November 15, 2006

Perbetulkan Minda Perancang Kita .....

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu dasar yang murni. Mana2 negara yang baru merdeka anak pribumi memang ketinggalan dalam semua sudut politik, ekonomi dan sosial. Maka tidak salah jika dasar ini dibuat bagi mensasarkan memberi peluang secara lebih adil kepada bumiputera, lebih lagi negara kita yang bermasyarakat majmuk ini.
Hakikatnya dalam merancang dan perancangan kelaziman , para perancang akan meletakkan sasaran 100% , sebab dalam dunia pendidikan sendiri kita di asuh agar merancang untuk mencapai sasaran 100%. Iaitu kita tidak mahu gagal, tak tercapai itu tak apa kata pegawai perancang kepada awak semua.Alasannya lagi takkan lah kita nak mengagalkan anak murid kita katakanlah 30% sasaran kita. maka selebih 70% itu kita mahu gagalkan.
Pegawai perancang itu berkata, dimana awak bertugas bila kita hujahi dengan alasan2 tempat, suasana, faktor budak dan sebagainya. Saya katanya akan pergi ke kampung2 tempat awak bertugas nak khabor kat ibubapa2 semua awak nak gagalkan anak dia.
Berbalik penulis semalam dapat mengikuti ucapan Naib Ketua Pemuda UMNO, bahawa dia mahu tuntut angka 30% sasaran DEB kepada 70% aje. Banyaklah hujah2 yang berdegar2 keluar dari mulutnya sememangnya muluk2 dan lunak2 belaka. Tak ada siapa yang mendengar ucapan pimpinan muda ini tak terpesona, setuju dan sokong. Penulis yang menonton siaran ucapannya pun terlopong sama.
Jika begitu jadinya memanglah kita merancang pun sudah mahu gagal. Bukan merancang mahu berjaya. Penulis teringat tulisan M Jusoff Taib dalam Siasah keluaran lepas bahawa mitos angka keramat ini secara panjang lebar. Cuba baca banyak dapat kita belajar.
Itulah penulis selalu ingatkan dalam pimpinan kita mahu membina umat Melayu dan Malaysia dengan minda kelas pertama. Terkadang mereka sendiri duduk dalam minda berkelas-kelas agak. Memang kita sedap mudah dan senang bercakap, tutur kata dan kata2 yang dilafazkan amat lunak tapi dapatkah kita nak pastikan apa yang diucap tadi dilaksanakan.
Adakah kita berminda kelas pertama buat dan bolot harta dengan membelakangi peraturan MPK, buat rumah RM5 juta, bunuh dan upah RMj warga Monggolia, daftar undi tidak telus, tarikh pilihanraya disusuk, cantikkan muka dengan botox walaupun ulama kata haram. Apa jenis minda semacam ini.
Begitu pun kita akui dalam merancang dan melaksana , di sana ada kelemahan. bukanlah kita tidak boleh maafkan, tetapi biarlah jangan melampau dan terlampau. Seruan supaya masyarakat kita berminda kelas pertama, memang kita setujui, seharusnya pimpinan kena mulai dulu. Beri contoh begini begitu adalah minda kelas pertama, jangan macam ini atau macam itu. kalau macam itu kita potong, tukar ganti, atau baiki supaya nampak baik. Mestilah disegerakan tindakannya.
Abah.....tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak ngata

No comments: