Wednesday, October 11, 2006

Peringatan.... Ramadhan..!!!!

Assalamualaikum..

Antara sebab mudahnya orang kita terpesong :

1- Tidak kenal yang mana satu yang boleh dibuat gurauan atau tidak. Sama seperti mengolok2 ayat alQuran kerana menganggap ianya seolah-olah seperti kitab biasa.

2- Tidak mahu belajar ilmu agama. Ini punca yang terbesar. Oleh kerana sudah terlalu canggih, peranan untuk menimba ilmu semakin kurang. Bukan maklumat yang betul diperolehi, malah maklumat yang sesat diterima tanpa ditapis dengan ilmu, iman dan amal sendiri.

3- Terlalu mengikut akal semata-mata. Jadilah ia seperti ateis, atau sesiapa sahaja yang hendak menggunakan akal semata-mata. Konon tidak bijak kita tidak tahu mengoptimumkan kemampuan akal, walhal akal kita dibatasi mengikut batasan yang telah ditetapkan oleh agama. Orang-orang yang menggunakan akal semata-mata juga digelar freethinker atau alaqlaniyyin. Dasar mereka "born to be freedom"

4- Faktor kawan. Rasulullah sudah menekankan pilihan kawan akan membawa kesan yang baik atau buruk (hadtih mengenai kawan dengan si tukang besi atau si penjual minyak wangi). Ini bukan untuk mengelak dari masyarakat, malah kita masih bertanggungjawab menegur segala unsur mungkar.

5- Faktor sekeliling. Oleh kerana tiada biah (sekeliling) yang mendorong untuk belajar agama, atau berkawan dengan orang-orang soleh, maka terdorong mengikut diri sendiri. Kononnya mengikut naluri. Kalau sekeliling kita tidak membina (sekeliling yang tidak sihat seperti gejala dadah dan sebagainya), maka kita akan turut merasai bahangnya.

6- Tidak ikut jemaah. Faktor suka membiarkan diri bersendirian boleh membawa kepada kebinasaan. Terlalu banyak kebaikan bersama jemaah dari terasing atau terpisah dengan jemaah. Ini banyak disebut oleh Rasulullah agar sentiasa didalam berjemaah.

Wallahua'lam

Posted at 11:35 am by ibnuhazam
alIqtirohat.. Permalink

No comments: