Tuesday, October 10, 2006

Antara Kelab Vespa dan Mat Rempit...?

Seantero dunia Malaya sudah digegarkan dan digemparkan, Putera Umno sudah dan sedang mengambil pendekatan mendekati secara dekat-dekat atau bersungguh-sungguh untuk mendekati Mat Rempit dengan kaedah lebih terarah. Maka himpunan demi himpunan dibuat. namun dari laporan media pendekatan yang diambil tidak meninggalkan impak yang besar kepada Putera Umno amnya dan UMNO Perdana khasnya. Apatah lagi himpunan di Lumut Perak , Mat Rempit bersama-sama 'puteri'nya bukan Puteri UMNO mandi dalam kolah, kolah surau pulak tu. Hal ini dibuat serbuan oleh Penguatkuasa Agama Daerah Manjung.

Bila dilihat, memanglah kerja2 UMNO dia nak yang besaor2 dan hak megah2. Sebab tu orang kampung dekat kampung Abah, kalu miskin ..lantaklah 5 tahun datang bagi sehelai kain , gula sekilo ..udah. Tentu dia (UMNO) Perdana kata dapat undi. Saraf dan khurafat UMNO /BN Perdana kalu ubah undi huru-hara, kuasa jatuh ke tangan Cina secara total masuk dalam kepala opah2, wan2, hatta hok dikatakan cerdik2 balik luar negeripun termakan juge ... tu. Abah mula pelik tapi bila dah celik poltik ni.... Dah tak kisah........

Berbalik, ngan isu kita. Diberitakan 10,000 ke 30,000 Mat Rempit berjaya dikepung oleh Putera UMNO, Dia orang ini adalah 'dana' masa depan untuk undi UMNO/BN nanti. Gitulah agaknya para perancang UMNO kot...

Bagi Abah, baru ni berkesempatan berbuka dengan Kelab Vespa, masyallah dia orang punya ramai, dari segi ukuwwah Abah terkejut ,. Semua ahli keluarga kalu boleh dibawa bersama2 untuk majlis berbuka bersama2 anak yatim , Abah jadi kaget mula dalam kepala Abah... persepsi awal, macam dulu.. tentu kelab ni teruklah.... tapi tengok ahli dari hok muda, hak sederhana ada, hak tua (warga emas) ada juga masing2 ada dtg bawa anak2, isteri2 masing-masing terasa ke meriahnya. Lepas tu ramai2 berterawih bersama. ahli2 kelab terdiri daripad pelbagai latar belakang ada bekas guru, bekas pensyarah, peniaga, orang kampung, usahawan tapi mereka bersatu bawah Kelab Vespa.,

Wah, betapa hari ini Abah belajar dari satu kehidupan, jangan pandang orang pada kulit tu yee.... (ada masa2 jugek ye).

Abah.... belajar makan asam dan garam

No comments: