Saturday, October 07, 2006

Hilang Kawal.......

Sebutan perkataan kebelakangan ini yang popular dikalangan kenalan Abah, iaitu ..hilang kawal.
Bagi warga sealiran dengan Abah , kalu hilang kawal class huru hara jadinya. Bebudak tak respect. Pokoknya ajor dinding aje....

Hari Jumaat, Abah dalam perjalanan kembali ke rumah, memang rutin Abah akan singgah Jumaat di masjid dalam laluan balik, ikut masjid mana yang sempat. Di pendekkan cerita , Abah sampai khatib sedang berkhutbah, Maka Abah jenis manusia yang lambat , kena duduk saf belakanglah aje.. Abah duduk, selang beberapa minit maka datang dua beranak duduk disaf belakang Abah. Maka duduklah dua beranak ni saf belakang. Bila duduk Abah jeling-jeling aje, maka siayah tadi membetulkan songkok anaknya, Abah kira dalam 3 atau 4 tahun gitu. sambil-sambil kemas dan tekan songkok kat kepala anaknya, Si ayah tadi berpesan kat anak..katanya " nanti ikut ayag sembahyang ye " dengan nada bersungguh2. Abahpun tersenyum , ini namanya dalam kawalan.

Pada firasat Abah, bila anak2 kenik (bahasa orang Temerloh) bolehlah kita kawal agaknya. Sebab Abah sedang menjadi ayah yang anak-anak sedang / tengah membesor.

Berbalik , dalam perjalanan Abah tadi. Abah sedang mengekori sebuah kenderaan (kereta) dalamnya ada 3 orang pemuda, pandangan dari arah belakang. Masa Abah ekori kereta, tak lak Abah nak memotong sebab jalan nya doble line. Maka dalam Abah ekori, Abah terkejut sebuah kotak minuman soya bean agaknya saiz besar di camapakkan keluar. Mula Abah terkejut sebab ke benda yang dicamapk keluar dari kereta di hadapan kereta Abah yang sedang bergerak. Kedua terkejut bulan ni kan bulan puasa ngomel hati Abah. Abah kejor nak potong tapi tak dapat dia lagi laju. Abah ambil no pendaftaran JBX 3936 Protosn Iswara warna silver jam 12.50 tgh, hari Jumaat.

Teringat Abah, ini namanya hilang kawalan agaknya. 3 pemuda tadi x rasa takut sikitpun kat Tuhan. Kedua nak tunjuk bila x puasa dan menentang suruhan Allah tu.. satu macam kejantanan lahir. Ketiga , x disiplin buang sammpah masa memandu. Inilah mentaliti dan minda orang hilang kawalan kot.

Bila, selesai sembahyang, Abah bertolak nak balik ke rumah. masa ni pula mengekori sebuah kenderaan lori 6 tayar, terbuka membawa barangan runcit, yang abah nampak bertimbun gula, di bawa.. tak perasaan pula samada gula pasir atau gula kasar.

Teringat tadi, kerajaan melalui KPNHEP nak tambah puluhan tan gula menjelang raya bagi kawasan sekitar Temerloh, Maran dan Jengka.

Ingat lagi , Abah hok ini hilang ke.. tak kerkawal ke... apa jenis kawalan daa...

Abah ... Awal dah kawal anak

No comments: