Sunday, October 08, 2006

Berpada-pada...usah mengada !!!!

Zaman politik kotemporari ni banyak benda-benda yang pelik dan luar biasa. Susah dan payah jika kita nak terangkan kepada para pelajar sama ada yang berada di bangku sekolah ataupun yang yang mahu belajar hatta para pelajar kita yang sedang atau tengah ambil bidang sains politik di IPT . Ini kerana kaedah, etika dan prinsip politik malaysia yang manusia Malaysia pakai payah untuk dijangkakan. Apa pun hak yang diuar-uar oleh Machavile tu .. politik matlamat halalkan cara bentuk inilah yang digunapakai dan terpakai dalam dunia politik Malaysia.

Bagi dunia politik di Malaysia, slogan , alasan yang dipakai sering disendat dan diasak bahawa kita nak merdeka berlandaskan acuan kita. Kita nak berhukum , ikut hukum acuan kita. Malah pendekakata semua nya ikut acuan kita. Kerajaan yang memerintah dengan bertunjangkan UMNO ( di kira tunjang yang tidak reput ) sering mendabik dada dan sombong kuasa yang berada ditangan kami atasi segala-gala.

Dibenak hati para pemimpin langsung tidak ada perasaan bersalah, takut, risau bila membuat sesuatu perkara lebih-lebih lagi perkara atau benda itu yang berbentuk benda salah. Sudahlah hukum yang sepatutnya berhukumkan Islam digunapakai, dalam mentadbir ekonomi, sosial, kewangan dan seumpama semuanya digunapakai hukum ikut "acuan' kita.

Perisitiwa Tsunami ( atau taufan Al Qadim ) sikitpun tidak menginsafkan para pemimpin negara kita. Bantuan rakyat dari rakyat untuk rakyat yang disalurkan melalui pelbagai sektor, invidu, syarikat tak sampai-sampai dalam kes mangsa Tsunami di Kedah hingga ke hari ini masih gagal disampai dan tidak sampaipun. Buktinya kleuhan demi keluhan, paparan media hak milik kerajaan sendiripun dedahkan mangsa tsunami masih tidak sampai.

Inilah bala bila mana 'roh' tadbir duit tidak berdasarkan iman dan taqwa. Pungut dana, sumbangan kerana riak, curiga kepada pihak-pihak yang ingin membantu. Berniat dengan niat jahat, maka keikhlasan itu tidak dicampakkan dalam diri atau roh kerajaan yang ada. Tadbir duit dan urus duit secara tidak ikhlas dan tiada kesungguhan untuk menyampaikan sumbangan mana ada manusia bukan Islam mahu respect kita sebagai pemimpin Melayu Islam urus tadbir negara. Berbuih-buihlah mulut Kharam Singh Walia dedahkan penyelewengan demi penyelewengan dalam mentadbirurus hal alam sekitar dan jangkaan kesan masa depan kepada generasi akan datang. wahai para pemimpin UMNO/BN sudah-sudah dan jadilah kita sebagai manusia. kembalikanlah ..kembalikanlah hak rakyat, hak Islam, hak sebagai manusia yang dipimpin dan memimpin.

Bercakap adil sekadar dibibir mulut, janganlah ucap Islam dan agenda Islam dalam pentadbiran negara sebagi retorik. Malulah kepada ibu ayah yang melahirkan kita wahai para pemimpin.

Abah ... terkapai sabaruddin Chik menteri kecapaian

No comments: