Friday, July 31, 2015

Menurut laporan Ameno World .. beginilah pulak ceritanya

Mengikut laporan portal Ameno World... ini adalah maklumat terbaru

Rosmah Cari Jalan Untuk Singkir Zeti Sebagai Gabenor Bank Negara Lapor Portal Antarabangsa.

Asia Sentinel pada semalam telah melaporkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansur sedang merangka perancangan untuk menyingkirkan Zeti Akhtar Aziz dari posisi gabenor bank negara. Maklumat katanya didapati dari sumber berpengaruh yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Laporan tersebut menyebut ;

1. Rosmah marah dengan kebocoran maklumat berkenaan account banknya dan mengenai kemasukkan wang ke dalam account peribadinya. 

2. Sekaligus cakap2 mengenai gaya hidup dan perbelanjaan mewahnya menjadi sasaran rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap pentadbiran Najib.

3. Susulan dari penyebaran tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi account banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam.

4. Zeti enggan melayan permintaan Rosmah dan sejak itu Zeti dijadikan target untuk dijatuhkan.

5. Selain itu, isu mengenai siasatan 1MDB juga menjadi antara punca kenapa Zeti perlu disingkirkan menurut sumber.

6. Ini kerana Zeti akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi2 yang melibatkan syarikat2 yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas. Zeti dikatakan akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media.

7. Perkara inila yang merisaukan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat sewenang2nya apatah lagi tidak pula Zeti mahu berkompromi dengan sesiapa demi pertahankan kedudukannya.

8. Pada tahun 2009, Najib meluluskan satu usul yang mana bank negara dikecualikan dari terlibat dengan sebarang tekanan/pengaruh politik ini termasuklan soal perlantikan ke atas jawatan tertinggi.

9. Cadangan ini dikemukakan oleh Zeti atas alasan bagi memastikan bank negara bersikap telus dan bebas dari sebarang unsur2 politism dalam mengambil atau membuat sebarang keputusan.

10. Jawatan gabenor bank negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh agung semata2nya.

11. Agong (dari Kedah) dilaporkan berkata kepada Mahathir bahawa dia bersikap berkecuali dan tidak mahu melibatkan diri dan biarkan undang2 menjalankan prosesnya.

12. Selepas seketika muncul satu blog yang memaparkan artikel kononnya Zeti terlibat dalam skandal. Dipercayai berkaitan Rosmah Mansur.

13. Blog tersebut menamakan Zeti telah menggunakan kedudukannya untuk memperolehi tender berkaitan kementerian pendidikan mengenai pembekalan air. Tender tersebut diserahkan kepada syarikat yang berkaitan suami dan anak2 Zeti.

14. Selain itu, dilaporkan suami Zeti telah memperolehi komisen yang sangat tinggi dalam 'bank deal' sebagai third party antara pihak bank dengan pelabur. Suami Zeti, Tawfiq Ayman mengambil manfaat kedudukan Zeti untuk memperolehi maklumat dalaman yang kemudiannya digunakan untuk menjayakan perjanjian perniagaan tersebut.

15. Suami Zeti agak goyang dengan perkembangan terbaru ini.

16. Sumber Asia Sentinel juga berkata agak sukar untuk menjatuhkan Zeti dari kedudukannya memandangkan Zeti bukan sahaja diakui berkredibliti dan berkeupayaan mentadbir kewangan dalam negara bahkan turut diiktirafkan di pentas antarabangsa.

17. Zeti telah berkhidmat dalam dunia perbankan selama 36 tahun dan mula diangkat sebagai gabenor pada tahun 2000.

18. Pada tahun 2009, bakat dan keupayaan Zeti diiktirafkan menerusi pentas antarabangsa menerusi award antara ketua (gabenor) bank negara terbaik dunia dan terus menerima pengiktirafan yang lebih kurang pada tahun2 selepasnya.

19. Melihat kepada ketokohan yang dimiliki Zeti, sumber memaklumkan kepada Asia Sentinel, rakyat mungkin tidak akan mempercayai dakwaan terhadap keluarga Zeti yang tersebar menerusi blog.

-------------------------------------------

Laporan asal : http://www.asiasentinel.com/politics/malaysian-pm-wife-seeks-central-bank-governor-ouster/

2 muka penuh. Untuk ulas penglibatan Rosmah bagi menyingkirkan Zeti.

Rosmah dikatakan lebih sukar dijatuhkan dari Najib kerana tidak akan mudah tunduk ke atas tekanan.

Ada satu blog. Pro Mahathir. Syed Out Side The Box ==>http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ 

Beberapa hari lepas dia ada tulis. Zeti keluar negara then balik. Masuk wad sebab sakit. Sekarang dah sihat.

Mungkin Zeti ditekan sampai perlu ke luar negara dan bercuti sekejap.

Aku tatau.

Aku cari balik artikel tersebut. Dah takde. Bukan artikel itu aje bahkan semua artikel dia dah takde. Yang ada 3 je. Kenapa?

Kena tekan?
Polis cari?

Apa2 pun baik ko dan aku semua jaga2 sikit. Kalau orang2 umno pun dihalang dari kritik 1MDB kita apatah lagi. Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

RM2.6 bilion masuk akaun Najib bukan isu besar, kata menteri cap ayam

Elok dan molek juga jawapan menteri Najib 1Malaysia. Lagi ramai menteri macam ini lagilah bagus kabinet Najib.

inilah menteri cap ayam. Apa-apa kena tanya UAI..

RM2.6 bilion masuk akaun Najib bukan isu besar, kata menteri
Published: 31 July 2015 10:50 AMPendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai RM2.67 bilion masuk akaun peribadi perdana menteri bukan isu besar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai RM2.67 bilion masuk akaun peribadi perdana menteri bukan isu besar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.
Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya. 
“Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma… apa salahnya.
“Kecuali orang kata, ‘Datuk saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO’, saya kena ikut cakap penderma.
“Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar… bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata Najib mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya.
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.
Dalam video itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat duduk bersebelahan Muhyiddin.
Mengulas mengenai tersiarnya video itu, Azalina berkata kesetiaan dan iltizam Muhyiddin untuk memperkukuhkan Umno selepas digugurkan daripada Kabinet boleh dipertikaikan.
“Saya rasa agak sedih, sepatutnya kalau ada masalah bincanglah, kita ini orang parti.
“Saya tidak faham, siang kata nak beri sokongan padu, malam keluar video,” katanya dipetik sebagai berkata.
Ditanya mengenai sama ada tindakan boleh diambil kepada Muhyiddin kerana dianggap mengkhianati parti, Azalina berkata tiada mana-mana ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memiliki imuniti.
“Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat. Saya tidak tahu lagi (sama ada Muhyiddin mengkhianati parti), tak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tak tahu.
“Yang saya tahu sesiapa pun termasuk saya boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tiada imuniti sebagai timbalan presiden atau ahli majlis tertinggi,” katanya kepada akhbar itu. – 31 Julai, 2015.

Thursday, July 30, 2015

Aziz Bari Sertai DAP - apa nak kata !

Aziz Bari Sertai DAP

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 1:54 PM
Dr Abdul Aziz Bari.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari merupakan individu terbaharu menyertai DAP.
"Saya memilih DAP kerana merasakan parti ini menyediakan ruang kepada saya untuk berkhidmat. Saya tertarik dengan prinsip keterbukaan, meritokrasi dan ketelusan DAP," katanya.
Dr Abdul Aziz menjelaskan bahawa beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan DAP semasa berkhidmat dengan rakan-rakannya di Institut Pulau Pinang.
Pelantikan beliau dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Dr Abdul Aziz menegaskan hasrat beliau adalah semata-mata untuk memberikan sumbangan dan tidak meminta sebarang jawatan di dalam parti.
Pengumuman tersebut dibuat Dr Abdul Aziz dalam sidang media yang dihadiri tokoh terkemuka DAP di ibu pejabat parti itu pada Khamis.
Antara yang hadir adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan sastrawan negara, A. Samad Said.

Zeti Tak Letak Jawatan Atau Diserang Sakit Jantung - Bank Negara

Zeti Tak Letak Jawatan Atau Diserang Sakit Jantung - Bank Negara

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 5:20 PM
Zeti Akhtar Aziz
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan khabar angin yang tersebar menerusi media tempatan dan pasaran kewangan bahawa Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah meletak jawatan.
Apabila diminta memberi komen berhubung perkara itu, jurucakap bank pusat itu berkata: "Ia tidak benar," lapor Reuters.
Ketika dihubungi The Star, jurucakap BNM juga menafikan Zeti, 67 diserang sakit jantung.
"Beliau sihat dan menjalankan tugas seperti biasa," tambah jurucakap itu lagi.

Friday, July 24, 2015

Anwar ramal Malaysia jadi negara gagal jika pentadbiran sekarang diteruskan..TMI

Anwar ramal Malaysia jadi negara gagal jika pentadbiran sekarang diteruskan
Published: 24 July 2015 2:57 PMDatuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sikap tidak bertanggungjawab kepimpinan sekarang menangani isu agama bagi mendapat sokongan pelampau kanan menyemarakkan sikap berpecah-belah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sikap tidak bertanggungjawab kepimpinan sekarang menangani isu agama bagi mendapat sokongan pelampau kanan menyemarakkan sikap berpecah-belah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Malaysia selaku negara berpendapatan pertengahan akan terjerumus menjadi negara gagal jika pentadbiran sekarang diteruskan.
Pandangan itu disampaikan dalam ruangan rencana pendapat yang disiarkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ), hari ini.
"Ada bahaya yang nyata di hadapan. Negara berpendapatan pertengahan seperti Malaysia – selepas salah urus ekononi berdekad lamanya, tata urus yang kabur dan pemborosan – boleh terjerumus menjadi negara gagal.
"Sikap tidak bertanggungjawab kepimpinan sekarang menangani isu agama bagi mendapat sokongan pelampau kanan menyemarakkan sikap berpecah-belah.
"Tekanan politik berterusan juga mendorong sesetengah orang berputus asa dengan sistem politik menyebabkan mereka mempertimbangkan pendekatan di luar undang-undang bagi melakukan perubahan, seterusnya menyumbang kepada kitaran tidak sihat," katanya.
Anwar merupakan bekas timbalan perdana menteri Malaysia dari tahun 1993 sehingga 1998 dan dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan meliwat bekas pemandunya – satu tuduhan yang diputuskan mahkamah tidak benar.
Namun bulan Februari tahun ini, beliau dipenjara selama 5 tahun selepas rayuan terhadap keputusan bersalah meliwat pembantu peribadinya ditolak Mahkamah Rayuan.
Keputusan serta tuduhan liwat tersebut dianggap Anwar dan Pakatan Rakyat sebagai satu konspirasi politik.
Dalam rencana pendapatnya, Anwar berkata beliau sanggup dipenjarakan kerana masih percaya kepada masa depan Malaysia "yang cerah" dan "pentadbiran berasaskan undang-undang".
"Kami percaya sistem keistimewaan berasaskan kaum yang bertukar menjadi budaya untung atas angin buat sesetengah pihak terpilih perlu diruntuhkan.
"Kami percaya rasuah adalah pendarahan perlahan yang merompak pendidikan dan peluang perniagaan generasi akan datang sepatutnya membolehkan mereka makmur," kata Anwar.
Beliau bagaimanapun percaya Malaysia masih boleh keluar daripada kemelut ini.
"Jalan keluar daripada kekacauan ini terbentang jelas, kembali kepada Perlembagaan Malaysia, yang mengekalkan dan dan memelihara hak semua rakyat Malaysia, pengurangan kuasa eksekutif yang peranannya kini menyerupai seorang diktator dan bukan berkhidmat kepada rakyat, pilihan raya yang bebas dan adil, serta media yang tidak gentar mencabar pihak berkuasa," katanya. – 24 Julai, 2015

Sunday, July 05, 2015

PKR terus steady di kala PAS berkrisis ?

Pendedahan AWSJ: Ambank dan Bank Negara boleh sahkan kewujudan akaun Najib

Ekoran dari pendedahan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) dan Sarawak Report (SR) bahawa sejumlah RM2.6 bilion (pada kadar tukaran matawang terkini) atau USD692 juta telah dipindahkan dari 1MDB dan anak syarikat 1MDB ke akaun peribadi milik Dato’ Seri Najib Tun Razak, kedua-dua pihak sekarang saling mempertahankan fakta dan pendirian masing-masing.
AWSJ dilaporkan menyatakan di dalam satu temuramah di Hong Kong bahawa maklumat yang mereka perolehi adalah tepat dari satu siasatan rasmi mengenai 1MDB. Dato’ Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan menafikan pernah mengambil wang bagi tujuan peribadi.
Rafizi NowPerkara ini boleh diputuskan dengan mudah melalui satu kaedah iaitu mengesahkan sama ada akaun di Ambank di bawah nama “Dato’ Seri Najib Tun Razak” itu benar-benar wujud atau tidak.
Sebelum ini, saya telah menyebut bagaimana 3 kakitangan pengurusan tertinggi Ambank telah ditukarkan kerana pemegang saham bank itu tidak puas hati dengan keterlibatan Ambank di dalam isu-isu membabitkan 1MDB. Pendedahan AWSJ dan SR bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai satu akaun di bank itu yang menerima pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion menimbulkan kembali persoalan sejauh mana keterlibatan Ambank di dalam urusan berkenaan 1MDB dan Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Oleh yang demikian, untuk membersihkan namanya Ambank perlu mengesahkan atau menafikan sama ada akaun bernombor seperti yang didedahkan oleh AWSJ di bawah nama Dato’ Seri Najib Tun Razak itu benar-benar wujud. Ini akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada Dato’ Seri Najib Tun Razak benar-benar terlibat dalam mengambil dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu.
Saya pasti jika Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009.
Jika terbukti bahawa akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu tidak wujud, maka dengan mudah sahaja Dato’ Seri Najib Tun Razak boleh menghentikan isu terbaru ini.
Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya didedahkan oleh ASWJ dan SR itu benar-benar wujud.
Jika ia tidak wujud, perkara ini tidak perlu dipanjangkan.
Jika ia wujud, maka satu siasatan segera perlu dibuat dan Dato’ Seri Najib Tun Razak perlulah bercuti dan seorang pemangku Perdana Menteri boleh mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara siasatan sepenuhnya diadakan.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Apa dah jadi dengan Mursidul Am PAS ni...

Satu dunia tahu, semua orang tahu tentang duduk Najib. WSJ mungkin fitnah najib PM 1Malaysia kot pasal duit masuk ke akaun dia.....

PAS has changed, says Guan Eng after Haron Din’s defence of Najib

BY LOOI SUE-CHERN
Published: 5 July 2015 2:58 PM
PAS spiritual leader Datuk Dr Haron Din has called allegations that 1MDB funds were channelled into embattled Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s account ‘illogical’. – The Malaysian Insider file pic, July 5, 2015.

DAP today expressed surprise that PAS has defended embattled Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is now being accused of being the recipient of billions of ringgit in his personal accounts.
DAP secretary-general Lim Guan Eng cited how PAS spiritual leader Datuk Dr Haron Din had defended Najib by describing the allegation reported in a Wall Street Journal article as "illogical".
He said even Umno ministers had not gone to such extent to defend their boss.
"Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Shafie Apdal only urged Najib to explain the allegation and sue WSJ.
“They did not say the allegation was illogical. PAS is saying that (in defence of Najib). This is another indication that PAS under its new leadership has changed," he told reporters in Bagan on mainland Penang today.
Haron reportedly said the WSJ allegation was illogical because anyone taking public funds for his own use would have a secret account for them, instead of using his personal account. He added that there had been many reports on 1MDB and Najib but after explanations, many were found to be untrue.
His statement was reported on the front page of Mingguan Malaysia, an Umno-controlled Malay newspaper, today.
PAS, following its party elections last month, is now fully controlled by the conservative ulama faction that is pushing the Islamist party's hudud agenda.
At its general assembly last month, the new PAS leadership accepted without debate a motion by its Dewan Ulama to sever ties with DAP, which had been slamming the Islamist party over hudud.
On Friday, WSJ reported that government investigators probing into 1Malaysia Development Berhad (1MDB) traced a cash flow of RM2.6 billion into Najib's account just before the general election in 2013.
Najib and his office had since strongly denied the allegation, calling it a political sabotage. He had also reportedly blamed his harshest critic, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad for it.
Lim said despite the severity of the 1MDB controversy and Najib being directly linked to the scandal for the first time, it now appeared that its once ally, PAS, was not interested in economic issues.
"Not only is PAS not interested, although they may be inexperienced, they are now seem unconcerned about the issues affecting 1MDB.
"It seems that they are more interested to work with Umno to form a unity government. PAS has really changed a lot.
"It is up to the people to decide if PAS is still a party that fights Barisan Nasional," said Lim, who is Bagan MP and also Penang chief minister. – July 5, 2015.

Wednesday, July 01, 2015

Buatlah parti Baharu ke apa ke Asal BN Umno tumbang ?

SEGERAKAN PENUBUHAN PARTI BARU!! 

Ramai berpendapat bahawa bekas pemimpin-pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan Jun harus menubuhkan parti baru dengan seberapa segera yang mungkin. Menurut mereka perkara ini penting bagi memastikan momentum rakyat yang memberikan sokongan kepada PR pada PRU 13 lalu dapat dikekalkan. 

Kalangan pemerhati politik melihat bahawa kekalahan pemimpin-pemimpin seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz dan lain-lain pada pemilihan lepas adalah bukan secara kebetulan malah ianya telah dirancang awal-awal lagi oleh kumpulan lawan mereka. Jika tidak masakan mereka boleh tewas secara berkumpulan, di mana hanya Mazlan Aliman sahaja yang terpilih. 

Yang lain semuanya tersungkur ditangan para perwakilan yang jelas sudah seolah-olah tidak dapat lagi menerima pemimpin-pemimpin terbabit ini secara total. Mereka tewas kepada calon-calon yang ada antaranya tidak dikenali tetapi kerana adanya gerakan terancang maka orang seperti itu pun boleh menang dan dipilih oleh perwakilan.  

Pemilihan itu juga dilihat begitu kotor jika diukur dari standard etika pemilihan PAS pada muktamar-muktamar sebelum ini. Awal-awal lagi FB rasmi sebuah sayap parti yang berpengaruh menyenaraikan calon-calon yang mesti dipilih oleh perwakilan ditambah pula dengan edaran 'chai' tanpa segan silu dilakukan sebelum dan ketika pemilihan berlangsung. Gambar-gambar yang menjadi bukti ujud 'chai' jelas dimuatkan oleh portal-portal berita dan media sosial pada masa pemilihan sedang berlangsung.  Malah perwakilan jelas begitu terpengaruh dengan 'kempen' yang dilakukan oleh pihak yang menang. 

Pemimpin yang tertinggi parti pun mengeluarkan kenyataan terbuka memberi katadua kepada perwakilan samada ingin memilih pemimpin yang setia DAP atau pemimpin yang setia kepada PAS. Lebih awal lagi ketika pemilihan di peringkat Kawasan, calon-calon yang tidak sehaluan telah dicantas dan ditewaskan dengan kerja-kerja lobi, kempen dan fitnah yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu. 

Hasilnya pemimpin seperti Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Dr Rani Osman, Adly Zahari tersungkur di kawasan masing-masing. Perwakilan yang mewakili PAS Kawasan dan Dewan-dewan diatur bagi memastikan mereka mengundi kumpulan yang menang.  

Media baru dan media sosial digunakan sepenuhnya untuk mencincang lumat 'pengkhianat-pengkhianat' ini dengan label dan gelaran yang sinis dan menyakitkan. Ini semua kerja-kerja yang dipelopori oleh Umno kini berjangkit ke dalam PAS. Tidak cukup dengan itu selepas keputusan diumumkan, pemimpin atasan PAS mengeluarkan kenyataan yang pedih di mana mereka menyatakan bahawa kekalahan pemimpin-pemimpin ini adalah proses penapisan ertinya pemimpin-pemimpin yang tewas seolah-olah tidak berguna dan tiada nilai malah mungkin sebagai pengkhianat parti. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya sebab mereka ini disingkirkan dengan begitu drastik. 

Siapa dalang dan 'mastermind'nya dan siapa pula yang menjadi Sponsornya. Mungkinkah adanya tangan-tangan ghaib yang menjadi pencatur dan pengarah kepada gerakan 'menghapuskan' pemimpin-pemimpin yang tewas tersebut. Ada juga yang mengkategorikan kekalahan ini sebagai proses 'ethnic cleasing' yang mahu membebaskan PAS dari pemimpinan yang tidak sehaluan dan sependapat dengan Presiden dan Ulama'. Ini berdasarkan kenyataan pimpinan sayap parti yang menyatakan, sukar untuk Presiden membuat keputusan dalam mesyuarat kerana bilangan pimpinan yang tidak sependapat dan sehaluan dengan Presiden lebih ramai dalam AJK PAS Pusat sebelum ini.  

Kini semuanya telah berlaku dan ianya sukar untuk diundurkan kebelakang. Ada yang menyatakan mengapa mereka yang kalah tidak menerima kekalahan itu seperti sebelum ini. Rata-rata mereka ramai yang merasai kekalahan dalam pemilihan tetapi tiada yang melompat seperti sekarang. Jawapannya mudah, kekalahan sebelum ini adalah kekalahan dalam proses pemilihan yang biasa dan tiada gerakan dan perancangan seperti yang berlaku baru-baru ini. Sebelum ini yang kalah pun tidak kalah secara blok macam ini. Tetapi kali ini jelas sekali ianya dirancang dengan teliti sejak dari pemilihan cawangan, dewan-dewan dan Kawasan sehingga semuanya 'ghoibul ghuyub'. 

Hati mana yang tidak terguris, perasaan mana yang tidak terkesan dengan gelaran dan kenyataan-kenyataan yang menusuk kalbu di atas. Selepas dihinjak dan dibenamkan, beberapa orang dari mereka dilantik menjadi AJK Pusat antaranya Salahuddin, Mahfuz dan Taufik Abdul Ghani. 

Namun sehingga kini ketiga-tiga mereka masih mengeluarkan kenyataan menerima atau menolak perlantikan itu. Tidak ada gunanya lagi mereka untuk terus menjadi penumpang di dalam PAS, kerana khidmat dan sumbangan mereka sudah tidak diperlukan. Malah jika inilah perangai pimpinan PAS iaitu tidak boleh menerima kepelbagaian pendapat dan pandangan, tidak mustahil perkara yang sama akan berulang pada pemilihan akan datang. Mana-mana pimpinan yang tidak sehaluan akan menerima nasib yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tewas baru-baru ini.  

Dari riak dan geraklaku pemimpin-pemimpin yang tewas itu jelas mereka sebenarnya sedang merancang tindakan tertentu bagi meneruskan kerjaya politik mereka. Ramai pemerhati politik  yakin pemimpin-pemimpin yang tewas itu mempunyai karisma dan skil masing-masing yang memungkinkan kesinambungan perjuangan mereka akan terus bersinar. Parti baru yang ditubuhkan kelak diharap dapat diterima oleh DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Baru. Usaha ke arah penubuhan parti baru dilihat masih terus berjalan dan tanda-tanda ianya diterima baik oleh DAP dan PKR jelas kelihatan. Jika ianya benar-benar berlaku maka satu lagi sejarah dicatatkan. Politik Malaysia akan melalui satu lagi era iaitu era pasca PR dengan memasuki era baru iaitu era Pakatan Rakyat 2.0. Kita sama-sama tunggu dan lihat ................. ~ Pemerhati Politik

Parti Baharu ke Apa ke Buatlah..asalkan UMNOBN tumbang ?

SEGERAKAN PENUBUHAN PARTI BARU!! Ramai berpendapat bahawa bekas pemimpin-pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan Jun harus menubuhkan parti baru dengan seberapa segera yang mungkin. 

Menurut mereka perkara ini penting bagi memastikan momentum rakyat yang memberikan sokongan kepada PR pada PRU 13 lalu dapat dikekalkan. Kalangan pemerhati politik melihat bahawa kekalahan pemimpin-pemimpin seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz dan lain-lain pada pemilihan lepas adalah bukan secara kebetulan malah ianya telah dirancang awal-awal lagi oleh kumpulan lawan mereka. 

Jika tidak masakan mereka boleh tewas secara berkumpulan, di mana hanya Mazlan Aliman sahaja yang terpilih. Yang lain semuanya tersungkur ditangan para perwakilan yang jelas sudah seolah-olah tidak dapat lagi menerima pemimpin-pemimpin terbabit ini secara total. Mereka tewas kepada calon-calon yang ada antaranya tidak dikenali tetapi kerana adanya gerakan terancang maka orang seperti itu pun boleh menang dan dipilih oleh perwakilan.  

Pemilihan itu juga dilihat begitu kotor jika diukur dari standard etika pemilihan PAS pada muktamar-muktamar sebelum ini. Awal-awal lagi FB rasmi sebuah sayap parti yang berpengaruh menyenaraikan calon-calon yang mesti dipilih oleh perwakilan ditambah pula dengan edaran 'chai' tanpa segan silu dilakukan sebelum dan ketika pemilihan berlangsung. Gambar-gambar yang menjadi bukti ujud 'chai' jelas dimuatkan oleh portal-portal berita dan media sosial pada masa pemilihan sedang berlangsung.  

Malah perwakilan jelas begitu terpengaruh dengan 'kempen' yang dilakukan oleh pihak yang menang. Pemimpin yang tertinggi parti pun mengeluarkan kenyataan terbuka memberi katadua kepada perwakilan samada ingin memilih pemimpin yang setia DAP atau pemimpin yang setia kepada PAS. 

Lebih awal lagi ketika pemilihan di peringkat Kawasan, calon-calon yang tidak sehaluan telah dicantas dan ditewaskan dengan kerja-kerja lobi, kempen dan fitnah yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu. 

Hasilnya pemimpin seperti Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Dr Rani Osman, Adly Zahari tersungkur di kawasan masing-masing. Perwakilan yang mewakili PAS Kawasan dan Dewan-dewan diatur bagi memastikan mereka mengundi kumpulan yang menang.  Media baru dan media sosial digunakan sepenuhnya untuk mencincang lumat 'pengkhianat-pengkhianat' ini dengan label dan gelaran yang sinis dan menyakitkan. Ini semua kerja-kerja yang dipelopori oleh Umno kini berjangkit ke dalam PAS. Tidak cukup dengan itu selepas keputusan diumumkan, pemimpin atasan PAS mengeluarkan kenyataan yang pedih di mana mereka menyatakan bahawa kekalahan pemimpin-pemimpin ini adalah proses penapisan ertinya pemimpin-pemimpin yang tewas seolah-olah tidak berguna dan tiada nilai malah mungkin sebagai pengkhianat parti. 

Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya sebab mereka ini disingkirkan dengan begitu drastik. Siapa dalang dan 'mastermind'nya dan siapa pula yang menjadi Sponsornya. Mungkinkah adanya tangan-tangan ghaib yang menjadi pencatur dan pengarah kepada gerakan 'menghapuskan' pemimpin-pemimpin yang tewas tersebut. Ada juga yang mengkategorikan kekalahan ini sebagai proses 'ethnic cleasing' yang mahu membebaskan PAS dari pemimpinan yang tidak sehaluan dan sependapat dengan Presiden dan Ulama'. 

Ini berdasarkan kenyataan pimpinan sayap parti yang menyatakan, sukar untuk Presiden membuat keputusan dalam mesyuarat kerana bilangan pimpinan yang tidak sependapat dan sehaluan dengan Presiden lebih ramai dalam AJK PAS Pusat sebelum ini.  Kini semuanya telah berlaku dan ianya sukar untuk diundurkan kebelakang. Ada yang menyatakan mengapa mereka yang kalah tidak menerima kekalahan itu seperti sebelum ini. Rata-rata mereka ramai yang merasai kekalahan dalam pemilihan tetapi tiada yang melompat seperti sekarang. 

Jawapannya mudah, kekalahan sebelum ini adalah kekalahan dalam proses pemilihan yang biasa dan tiada gerakan dan perancangan seperti yang berlaku baru-baru ini. Sebelum ini yang kalah pun tidak kalah secara blok macam ini. Tetapi kali ini jelas sekali ianya dirancang dengan teliti sejak dari pemilihan cawangan, dewan-dewan dan Kawasan sehingga semuanya 'ghoibul ghuyub'. 

Hati mana yang tidak terguris, perasaan mana yang tidak terkesan dengan gelaran dan kenyataan-kenyataan yang menusuk kalbu di atas. Selepas dihinjak dan dibenamkan, beberapa orang dari mereka dilantik menjadi AJK Pusat antaranya Salahuddin, Mahfuz dan Taufik Abdul Ghani. Namun sehingga kini ketiga-tiga mereka masih mengeluarkan kenyataan menerima atau menolak perlantikan itu. Tidak ada gunanya lagi mereka untuk terus menjadi penumpang di dalam PAS, kerana khidmat dan sumbangan mereka sudah tidak diperlukan. 

Malah jika inilah perangai pimpinan PAS iaitu tidak boleh menerima kepelbagaian pendapat dan pandangan, tidak mustahil perkara yang sama akan berulang pada pemilihan akan datang. Mana-mana pimpinan yang tidak sehaluan akan menerima nasib yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tewas baru-baru ini.  

Dari riak dan geraklaku pemimpin-pemimpin yang tewas itu jelas mereka sebenarnya sedang merancang tindakan tertentu bagi meneruskan kerjaya politik mereka. Ramai pemerhati politik  yakin pemimpin-pemimpin yang tewas itu mempunyai karisma dan skil masing-masing yang memungkinkan kesinambungan perjuangan mereka akan terus bersinar. Parti baru yang ditubuhkan kelak diharap dapat diterima oleh DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Baru. 

Usaha ke arah penubuhan parti baru dilihat masih terus berjalan dan tanda-tanda ianya diterima baik oleh DAP dan PKR jelas kelihatan. Jika ianya benar-benar berlaku maka satu lagi sejarah dicatatkan. Politik Malaysia akan melalui satu lagi era iaitu era pasca PR dengan memasuki era baru iaitu era Pakatan Rakyat 2.0. Kita sama-sama tunggu dan lihat ................. ~ Pemerhati Politik