Friday, July 24, 2015

Anwar ramal Malaysia jadi negara gagal jika pentadbiran sekarang diteruskan..TMI

Anwar ramal Malaysia jadi negara gagal jika pentadbiran sekarang diteruskan
Published: 24 July 2015 2:57 PMDatuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sikap tidak bertanggungjawab kepimpinan sekarang menangani isu agama bagi mendapat sokongan pelampau kanan menyemarakkan sikap berpecah-belah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sikap tidak bertanggungjawab kepimpinan sekarang menangani isu agama bagi mendapat sokongan pelampau kanan menyemarakkan sikap berpecah-belah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Malaysia selaku negara berpendapatan pertengahan akan terjerumus menjadi negara gagal jika pentadbiran sekarang diteruskan.
Pandangan itu disampaikan dalam ruangan rencana pendapat yang disiarkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ), hari ini.
"Ada bahaya yang nyata di hadapan. Negara berpendapatan pertengahan seperti Malaysia – selepas salah urus ekononi berdekad lamanya, tata urus yang kabur dan pemborosan – boleh terjerumus menjadi negara gagal.
"Sikap tidak bertanggungjawab kepimpinan sekarang menangani isu agama bagi mendapat sokongan pelampau kanan menyemarakkan sikap berpecah-belah.
"Tekanan politik berterusan juga mendorong sesetengah orang berputus asa dengan sistem politik menyebabkan mereka mempertimbangkan pendekatan di luar undang-undang bagi melakukan perubahan, seterusnya menyumbang kepada kitaran tidak sihat," katanya.
Anwar merupakan bekas timbalan perdana menteri Malaysia dari tahun 1993 sehingga 1998 dan dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan meliwat bekas pemandunya – satu tuduhan yang diputuskan mahkamah tidak benar.
Namun bulan Februari tahun ini, beliau dipenjara selama 5 tahun selepas rayuan terhadap keputusan bersalah meliwat pembantu peribadinya ditolak Mahkamah Rayuan.
Keputusan serta tuduhan liwat tersebut dianggap Anwar dan Pakatan Rakyat sebagai satu konspirasi politik.
Dalam rencana pendapatnya, Anwar berkata beliau sanggup dipenjarakan kerana masih percaya kepada masa depan Malaysia "yang cerah" dan "pentadbiran berasaskan undang-undang".
"Kami percaya sistem keistimewaan berasaskan kaum yang bertukar menjadi budaya untung atas angin buat sesetengah pihak terpilih perlu diruntuhkan.
"Kami percaya rasuah adalah pendarahan perlahan yang merompak pendidikan dan peluang perniagaan generasi akan datang sepatutnya membolehkan mereka makmur," kata Anwar.
Beliau bagaimanapun percaya Malaysia masih boleh keluar daripada kemelut ini.
"Jalan keluar daripada kekacauan ini terbentang jelas, kembali kepada Perlembagaan Malaysia, yang mengekalkan dan dan memelihara hak semua rakyat Malaysia, pengurangan kuasa eksekutif yang peranannya kini menyerupai seorang diktator dan bukan berkhidmat kepada rakyat, pilihan raya yang bebas dan adil, serta media yang tidak gentar mencabar pihak berkuasa," katanya. – 24 Julai, 2015


No comments: