Wednesday, July 01, 2015

Buatlah parti Baharu ke apa ke Asal BN Umno tumbang ?

SEGERAKAN PENUBUHAN PARTI BARU!! 

Ramai berpendapat bahawa bekas pemimpin-pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan Jun harus menubuhkan parti baru dengan seberapa segera yang mungkin. Menurut mereka perkara ini penting bagi memastikan momentum rakyat yang memberikan sokongan kepada PR pada PRU 13 lalu dapat dikekalkan. 

Kalangan pemerhati politik melihat bahawa kekalahan pemimpin-pemimpin seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz dan lain-lain pada pemilihan lepas adalah bukan secara kebetulan malah ianya telah dirancang awal-awal lagi oleh kumpulan lawan mereka. Jika tidak masakan mereka boleh tewas secara berkumpulan, di mana hanya Mazlan Aliman sahaja yang terpilih. 

Yang lain semuanya tersungkur ditangan para perwakilan yang jelas sudah seolah-olah tidak dapat lagi menerima pemimpin-pemimpin terbabit ini secara total. Mereka tewas kepada calon-calon yang ada antaranya tidak dikenali tetapi kerana adanya gerakan terancang maka orang seperti itu pun boleh menang dan dipilih oleh perwakilan.  


Pemilihan itu juga dilihat begitu kotor jika diukur dari standard etika pemilihan PAS pada muktamar-muktamar sebelum ini. Awal-awal lagi FB rasmi sebuah sayap parti yang berpengaruh menyenaraikan calon-calon yang mesti dipilih oleh perwakilan ditambah pula dengan edaran 'chai' tanpa segan silu dilakukan sebelum dan ketika pemilihan berlangsung. Gambar-gambar yang menjadi bukti ujud 'chai' jelas dimuatkan oleh portal-portal berita dan media sosial pada masa pemilihan sedang berlangsung.  Malah perwakilan jelas begitu terpengaruh dengan 'kempen' yang dilakukan oleh pihak yang menang. 

Pemimpin yang tertinggi parti pun mengeluarkan kenyataan terbuka memberi katadua kepada perwakilan samada ingin memilih pemimpin yang setia DAP atau pemimpin yang setia kepada PAS. Lebih awal lagi ketika pemilihan di peringkat Kawasan, calon-calon yang tidak sehaluan telah dicantas dan ditewaskan dengan kerja-kerja lobi, kempen dan fitnah yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu. 

Hasilnya pemimpin seperti Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Dr Rani Osman, Adly Zahari tersungkur di kawasan masing-masing. Perwakilan yang mewakili PAS Kawasan dan Dewan-dewan diatur bagi memastikan mereka mengundi kumpulan yang menang.  

Media baru dan media sosial digunakan sepenuhnya untuk mencincang lumat 'pengkhianat-pengkhianat' ini dengan label dan gelaran yang sinis dan menyakitkan. Ini semua kerja-kerja yang dipelopori oleh Umno kini berjangkit ke dalam PAS. Tidak cukup dengan itu selepas keputusan diumumkan, pemimpin atasan PAS mengeluarkan kenyataan yang pedih di mana mereka menyatakan bahawa kekalahan pemimpin-pemimpin ini adalah proses penapisan ertinya pemimpin-pemimpin yang tewas seolah-olah tidak berguna dan tiada nilai malah mungkin sebagai pengkhianat parti. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya sebab mereka ini disingkirkan dengan begitu drastik. 


Siapa dalang dan 'mastermind'nya dan siapa pula yang menjadi Sponsornya. Mungkinkah adanya tangan-tangan ghaib yang menjadi pencatur dan pengarah kepada gerakan 'menghapuskan' pemimpin-pemimpin yang tewas tersebut. Ada juga yang mengkategorikan kekalahan ini sebagai proses 'ethnic cleasing' yang mahu membebaskan PAS dari pemimpinan yang tidak sehaluan dan sependapat dengan Presiden dan Ulama'. Ini berdasarkan kenyataan pimpinan sayap parti yang menyatakan, sukar untuk Presiden membuat keputusan dalam mesyuarat kerana bilangan pimpinan yang tidak sependapat dan sehaluan dengan Presiden lebih ramai dalam AJK PAS Pusat sebelum ini.  

Kini semuanya telah berlaku dan ianya sukar untuk diundurkan kebelakang. Ada yang menyatakan mengapa mereka yang kalah tidak menerima kekalahan itu seperti sebelum ini. Rata-rata mereka ramai yang merasai kekalahan dalam pemilihan tetapi tiada yang melompat seperti sekarang. Jawapannya mudah, kekalahan sebelum ini adalah kekalahan dalam proses pemilihan yang biasa dan tiada gerakan dan perancangan seperti yang berlaku baru-baru ini. Sebelum ini yang kalah pun tidak kalah secara blok macam ini. Tetapi kali ini jelas sekali ianya dirancang dengan teliti sejak dari pemilihan cawangan, dewan-dewan dan Kawasan sehingga semuanya 'ghoibul ghuyub'. 

Hati mana yang tidak terguris, perasaan mana yang tidak terkesan dengan gelaran dan kenyataan-kenyataan yang menusuk kalbu di atas. Selepas dihinjak dan dibenamkan, beberapa orang dari mereka dilantik menjadi AJK Pusat antaranya Salahuddin, Mahfuz dan Taufik Abdul Ghani. 

Namun sehingga kini ketiga-tiga mereka masih mengeluarkan kenyataan menerima atau menolak perlantikan itu. Tidak ada gunanya lagi mereka untuk terus menjadi penumpang di dalam PAS, kerana khidmat dan sumbangan mereka sudah tidak diperlukan. Malah jika inilah perangai pimpinan PAS iaitu tidak boleh menerima kepelbagaian pendapat dan pandangan, tidak mustahil perkara yang sama akan berulang pada pemilihan akan datang. Mana-mana pimpinan yang tidak sehaluan akan menerima nasib yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tewas baru-baru ini.  

Dari riak dan geraklaku pemimpin-pemimpin yang tewas itu jelas mereka sebenarnya sedang merancang tindakan tertentu bagi meneruskan kerjaya politik mereka. Ramai pemerhati politik  yakin pemimpin-pemimpin yang tewas itu mempunyai karisma dan skil masing-masing yang memungkinkan kesinambungan perjuangan mereka akan terus bersinar. Parti baru yang ditubuhkan kelak diharap dapat diterima oleh DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Baru. Usaha ke arah penubuhan parti baru dilihat masih terus berjalan dan tanda-tanda ianya diterima baik oleh DAP dan PKR jelas kelihatan. Jika ianya benar-benar berlaku maka satu lagi sejarah dicatatkan. Politik Malaysia akan melalui satu lagi era iaitu era pasca PR dengan memasuki era baru iaitu era Pakatan Rakyat 2.0. Kita sama-sama tunggu dan lihat ................. ~ Pemerhati Politik

2 comments:

yen uchop said...

Macam ni dah punya haprak jadinya, menusahkan semua orang biasa, aku dah x kira siapa dah. ABU BN (asalkan bukan umno dan B N, perintahlah asalkan ugama dan keadilan ditegakkan semula bagi Muslim dan non Muslim ), ikut landasan ugama contoh akhlah maam nik Aziz.

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI