Friday, December 12, 2014

Malaysia tidak dipercayai sampai ke dalam padang bola ?

Episod yang mengejutkan dan memalangkan Malaysia ? Sampai begitu sekali orang tidak percaya dengan malaysia ? Vietnam yang baru merdeka dan baru membangun selepas Perang Vietnam pun tidak percaya dengan apa yang kita buat dan capai ?



PRESIDEN VFF ( PERSATUAN BOLA SEPAK VIETNAM) SYAK ADA SESUATU YANG BERLAKU.


Dalam sesi temuramah selepas Vietnam tewas kepad Malaysia 2-4, Le Hung Dung, Presiden VFF ( Persatuan Bola Sepak Vietnam) ingin meminta pihak berkuasa Vietnam untuk melakukan siasatan ke atas pemain Vietnam terutamannya di bahagian pertahanan. 

Dung dalam temuramahnya berkata, beliau seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku, malah beliau melihat permainan pemain Vietnam sangat tidak baik dan tidak berada pada prestasi sebenar. Beliau melihat corak permainan sangat-sangat berbeza jika dibandingkan dengan ketika  menang mengatasi Malaysia 2-1 di Stadium Shah Alam.

"Sebenarnya saya tidak faham apa yang sedang berlaku di atas padang. Saya pasti Miura (jurulatih Vietnam) juga tidak mengerti apa yang sedang berlaku sebenarnya."


"4 gol yang terhasil, kesemuanya disebabkan kesilapan pertahanan. Benarkah pemain Vietnam bermain sangat teruk jika hendak dibandingkan dengan ketika Vietnam menang di Malaysia tempoh hari?"

" Apabila kejadian sebegini terjadi, saya syak ada sesuatu yang telah berlaku. Jadi, saya akan meminta pihak berkuasa untuk menjalani siasatan ke atas kejadian ini."

Dalam masa yang sama, jurulatih Vietnam, Miura merasakan perlawanan ini merupakan perlawanan terburuk pasukan Vietnam, malah beliau juga akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas prestasi dan kekalahan pasukan Vietnam


Follow us: http://www.stylosport.com/2014/12/presiden-vff-persatuan-bola-sepak.html#ixzz3LfkFZlY2
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives


No comments: